Kemaskini terakhir: 03/12/2012 (Isnin)
Sila hantarkan permohonan baru melalui Sistem eHebahan.
Sila klik untuk melihat garis panduan kemasukan buletin universiti sebelum mengemukakan permohonan.

  [ Arkib: 2012 | 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2007 | 2006 | 2005 ]

 

Tahniah - Outstanding Awards for Indexation of ASEAN Journal of Psychiatry [atas]


Tahniah diucapkan kepada Profesor Hatta Sidi, Profesor Srijit Das, Prof Madya Marhani Midin, Prof Madya Nik Ruzyanei Nik Jaafar dan Dr Hazli Zakaria yang telah dianugerahkan "Outstanding Awards for Indexation of ASEAN Journal of Psychiatry" dan "Editor-in-Chief, ASEAN Journal of Psychiatry" sempena 13th ASEAN Congress of Psychiatry and Mental Health di Marina Mandarin, Singapura daripada 16 - 17 November 2012.

Syabas !


Sila klik : Sijil
Sila klik : gambar


(ewarga/bul/bil.03122012-06)

 

 

 

Pemakluman dan Pelaksanaan e-Cuti Bagi Tahun 2013 [atas]


Sila klik : Pengumuman urusan cuti
Sila klik : Jadual pelaksanaan e-cuti 2013


(ewarga/bul/bil.03122012-05)

 

 

 

Jemputan kepada Penilai 1 SPPU - Program Pemantapan Profesionalisme Ketua dan Penyelia ( Kaedah Penilaian Prestasi Kakitangan) [atas]


Semua Ketua Jabatan dan Penilai 1 diwajibkan hadir ke Program Pemantapan Profesionalisme Ketua dan Penyelia ( Kaedah Penilaian Prestasi Kakitangan).

Tarikh : 4 Disember 2012 (Selasa)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Auditorium, PPUKM. 

Kehadiran adalah diwajibkan.


Hubungi Jabatan Sumber Manusia HUKM untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03122012-04)

 

 

 

Jemputan ke Konvensyen Kampus Lestari, Institusi Pengajian Tinggi 2012 [atas]

Anjuran: Kolej Antarabangsa Ibu Zain (iZISH) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Tarikh: 8-9 Disember 2012

Semua Warga tenaga akademik dan pelajar UKM dijemput hadir.

Sila klik untuk borang penyertaan dan maklumat lanjut.

Maklumat lanjut, sila layari www.kkl2012.wordpress.com.


(ewarga/bul/bil.03122012-03)

 

 

 

Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan UKM 2012 (MPAP) [atas]

Kepada kakitangan yang telah membuat pengesahan kehadiran secara atas talian, MPAP 2012 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 3 Disember 2012
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Tema Pakaian :
Pakaian batik/kebangsaan (lelaki)
Pakaian sesuai/sopan (wanita)

Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai. Sila klik untuk atur cara majlis.


(ewarga/bul/bil.03122012-02)

 

 

 

Bengkel Keterampilam Diri Melalui Sukan Dan Kecergasan [atas]


Terbuka kepada semua Warga UKM. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Bengkel Keterampilan Diri Melalui Sukan Dan Kecergasan yang akan diadakan pada 17- 18 Disember 2012 bertempat di Tanah Aina Farah Soraya bolehlah mengisi borang di dalan Espel atau mengisi borang yang telah dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah datang ke Unit Pembangunan Insaniah Pusat Sukan atau hubungi Cik Alia di talian 4454.


(ewarga/bul/bil.03122012-01)

 

 

 

Kejayaan Audit Stage 1 (Kecukupan) dan Persediaan Audit Stage 2 (Pematuhan) Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM bagi Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 [atas]


Pasukan Audit dari SIRIM Qas International Sdn Bhd telah selesai menjalankan Audit Stage 1 (Kecukupan) Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM pada 28 dan 29 November 2012 dengan jayanya.

Hasil Audit Stage 1: SPKP UKM disyorkan ke Audit Stage 2 (Pematuhan) pada 10-18 Disember 2012.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa SPKP dan Warga PTJ/UKM di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi ini.


(ewarga/bul/bil.30112012-156)

 

 

 

Pemakluman Penting Kepada Penerima Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) [atas]


Sila ambil maklum bahawa taklimat berkaitan dengan penajaan dan perihal Cuti Belajar oleh Bahagian Tajaan Pendidikan akan diadakan pada 10 Disember 2012 (Isnin), jam 9.30 pagi di Dewan Kuliah Utama, Pusat Pengurusan Siswazah, UKM. Senarai nama pelajar tajaan seperti lampiran.


(ewarga/bul/bil.30112012-155)

 

 

 

Iklan Permohonan Zamalah Universiti Penyelidikan 2012 [atas]


Pemakluman berkaitan Iklan Permohonan Skim Zamalah Universiti Penyelidikan, UKM 2012. Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.30112012-154)

 

 

 

Pemakluman Kepada Kakitangan PPUKM Yang Mengahadiri Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan 2012 [atas]


Kepada kakitangan yang menaiki kenderaan rasmi untuk mengahadiri Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan 2012 pada 3 Disember 2012 (isnin) di UKM Bangi. Sila berkumpul di Lobi Blok Asrama Jururawat pada jam 6.00 petang.


(ewarga/bul/bil.30112012-153)

 

 

 

Kutipan Sumbangan bagi Mangsa Perang di Gaza, Palestin [atas]


Unit HEJIM-PPUKM telah mengaktifkan inisiatif bantuan kemanusiaan di bawah UKM-MAGHRO yang berkerjasama dengan MERCY Malaysia dengan memulakan kutipan sumbangan di kampus Cheras. Wakil MERCY Malaysia di Palestin telah memaklumkan bahawa mereka amat memerlukan sumbangan kewangan untuk membeli peralatan perubatan kecemasan terutama alat-alat pembedahan, bantuan untuk kecederaan seperti luka, pendarahan, kebakaran dan sebagainya.

Sehubungan ini, Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (PHUM-HEJIM) akan menyelaraskan kutipan sumbangan menyeluruh kepada semua kakitangan di UKM kampus Bangi bermula 29 November sehingga 6 Disember 2012.

Sumbangan derma boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
a) Bank Akaun: 12180005001058 CIMB atas nama Bendahari UKM (mohon hantar slip/bukti pembayaran kepada PHUM)
b) Cek: atas nama Bendahari UKM (Nyatakan dibelakang cek: Sumbangan kepada Mangsa Perang di Palestin dan hantar cek/slip pembayaran ke PHUM)
c) Wang Tunai:
i. mohon diserahkan kepada wakil/Penolong Pendaftar yang dilantik oleh Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
ii. dimasukkan ke kotak sumbangan di Masjid UKM pada 30 November 2012 (ketika waktu Sembahyang Jumaat)

Alamat PHUM: Pengurus Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat Aras 5 Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia Tel: 8921 4653/3355 .

Segala hasil kutipan akan disalurkan melalui MERCY Malaysia. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa sumbangan YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.


(ewarga/bul/bil.30112012-152)

 

 

 

Program Khidmat Masyarakat Penanaman Pokok di Tanah Rata Cameron Highland [atas]


Makluman kepada warga UKM yang berminat untuk menyertai aktiviti penanaman pokok bertempat di Tanah Rata, Cameron Highland pada 12 Disember 2012, bolehlah hubungi Cik Alia di talian 03-89214454 atau datang ke Unit Pembangunan Insaniah Pusat Sukan.


(ewarga/bul/bil.30112012-151)

 

 

 

Kursus Seni Khat Sempena Cuti Sekolah [atas]

Anjuran: Persatuan Khat Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama UKM-CESMED dan KOSISWA UKM

Tarikh: 10 -13 Disember 2012
Tempat: Aras 3 FEP, Bilik Latihan CESMED

Program yang berbentuk indoor ini diadakan khas buat pelajar-pelajar sekolah yang berumur (13-17 tahun). Antara objektif dan pengisian program perkhemahan ini berkisar berkenaan :

Untuk menyuburkan semangat mencintai Islam melalui penghayatan tulisan arab/jawi.
Memberikan pendedahan, motivasi dan menggalakkan generasi muda meminati dan menghayati tulisan arab dan jawi dalam membudayakan AlQuran dan pembangunan masyarakat.
Melahirkan generasi pelapis tulisan khat.
Membantu pencinta seni khat berkarya dan menulis dengan betul mengikut kaedah-kaedah seni khat dan tulisan jawi berpiawaian.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 200 sahaja termasuk makanan dan alatan seni khat. Untuk maklumat lanjut boleh lihat edaran yang turut dilampirkan atau boleh menghubungi Ustaz  Syafie 019-3847556/ En. Shahrizan 013-3886651 untuk pendaftaran.

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.30112012-150)

 

 

 

Siri Wacana Pusat Pengajian Bahasa Dan Linguistik [atas]

Tajuk: The Cost of English Divide
O leh: Prof Gyonggu Shin

Tarikh : 4 Disember 2012 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

Sila klik untuk maklumat lanjut.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.30112012-149)

 

 

 

Penerbit Jurnal Yang Meragukan [atas]


Makalah mengenai penerbit jurnal yang meragukan telah diterbitkan dalam jurnal Nature pada tahun 2012 (Faktor Impak 36.280). Senarai jurnal dan penerbit berkenaan boleh dilihat di alamat http://scholarlyoa.com/individual-journals/ dan http://scholarlyoa.com/publishers/.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.29112012-148)

 

 

 

Tarikh Kuatkuasa Polisi Tempat Letak Kenderaan PPUKM [atas]


Polisi Tempat Letak Kenderaan Pusat Perubatan UKM akan berkuatkuasa mulai 01 Disember 2012. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi En Shahrul Nazli Ismail di talian 9145 5107.

Sila klik - Polisi Tempat letak Kenderaan PPUKM
Sila klik - Pelan Tempat Letak Kereta PPUKM


(ewarga/bul/bil.29112012-147)

 

 

 

Intellectual Discourse On Turkish Scholar Said Nursi's Concept Of Science  [atas]


Tajuk: Intellectual Discourse on Turkish Scholar Said Nursi's Concept of Science
Anjuran: Kumpulan Kajian Rantau Asia Barat (AKRAB), Kumpulan Penyelidikan FRGS/1/2012/SSI05/UKM/02/1 (Model Interaksi Antara Tamadun Berpusatkan Nilai Teras Tamadun Islam), UKM dan Malaysia-Turkey Cultural Association (MTCA)

Tarikh: 3 Disember 2012 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

 

Pembentang:

1. Prof Dr Colin Turner, Durham University Durham, United Kingdom
On reading creation: Said Nursi and the concept of the 'self-referential' and the 'Other-indicative'

2. Prof. Dr. Faris Kaya, Istanbul Foundation for Science and Culture, Istanbul, Turkey
The concept of science in the writings of Said Nursi

3. Prof. Madya Dr. I. Latif HACINEBIOGLU, S.
Demirel Univ., Isparta -Turkey, Philosophy Department
Epistemic preferences through wholistic approach of knowledge: Nature, Science and Revelation as books of divine.

4. Mrs. Mahshid Turner, Durham University Durham, United Kingdom
Can the effects of religion and spirituality on both physical and mental health be scientifically measured?


Sila klik: poster
Sila klik: atur cara seminar

Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila klik lampiran atau layari www.ukm.my/ikrab.


(ewarga/bul/bil.29112012-146)

 

 

 

Tahniah - Keputusan Pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-17 UKM Tahun 2012 [atas]


Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ke-17 UKM Tahun 2012 yang telah diadakan pada 27 November 2012 (Selasa) di DK43.101 Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Sila klik atau layari laman web www.ukm.my/kik untuk maklumat lanjut.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.29112012-145)

 

 

 

IKON Seminar Series No 10/2012: Interdisciplinary European Studies And The Question Of European Identity [atas]


Tajuk: Interdisciplinary European Studies and the Question of European Identity
Penceramah : Prof. Dr. Zdzislaw Mach Jagiellonian University, Krakow, Poland

Tarikh : 3 Disember 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Sudut Wacana, Bangunan ATMA , UKM Bangi

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.29112012-144)

 

 

 

Syarahan Umum: Key Principles of Nuclear Liability [atas]


Penceramah:  William Wilson, Barrister
Tajuk: Public Lecture Key Principles Of Nuclear Liability

Tarikh: 30 November 2012 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Auditorium, Bangunan Mahkamah Moot, Fakulti Undang-Undang

Anjuran: Fakulti Undang-undang UKM

Sila klik: poster

Semua dijemput hadir.




(ewarga/bul/bil.29112012-143)

 

 

 

Jemputan Untuk Memetik Dan Menikmati Buah Rambutan [atas]


Unit Hartanah dan Penjanaan, Jabatan Bendahari menjemput seluruh warga UKM untuk bersama-sama memetik dan menikmati buah rambutan di Taman Pantun, UKM.

Tarikh: 3 Disember 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Taman Pantun UKM

Sila klik: poster

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nazri Putra bin Ramli di talian 012-2336746 atau En. Abdul Muiz bin Sheafi di talian 016-4424136.



(ewarga/bul/bil.29112012-142)

 

 

 

Makluman Perkhidmatan UKM Conference System [atas]


Sistem Persidangan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu aplikasi yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat untuk menguruskan persidangan bermula dari penghantaran abstrak/kertas kerja penuh secara atas talian, serta mempunyai fungsi paper review dan notifikasi emel bagi setiap fungsi dalam sistem tersebut sehinggalah kepada pengurusan pendaftaran peserta untuk hadir ke persidangan.

Sistem ini sesuai digunakan oleh Fakulti/Pusat/Institut yang ingin menguruskan sesuatu persidangan secara online. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Zetti Taip/ En Sharhan di talian 8921 6439 atau emel kepada bkt@ptm.ukm.my.

URL: http://www.ukm.my/confukm



(ewarga/bul/bil.29112012-141)

 

 

 

International Conference On Consumerism 2013 [atas]

Panggilan Kertas Kerja International Conference On Consumerism 2013, 27 Mac 2013, Hotel Equatorial Bangi.


Tarikh tutup penghantaran abstrak: 20 Disember 2012
Tarikh Pemberitahuan penerimaan abstrak: 30 Disember 2012
Tarikh Tutup penghantaran kertas kerja penuh: 30 Januari 2013

Maklumat lanjut layari : http://www.ukm.my/icc2013

Sila klik: poster
Sila klik: brosur


(ewarga/bul/bil.29112012-140)

 

 

 

Roundtable Discussion on Globalisation, Peace and Human security in Southeast Asia [atas]

Tarikh: 4 Disember 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Persidangan FST, FST

Tetamu Kehormat: Prof. Dr Hazim Shah Abdul Murad
Anjuran: PSSM, FSSK

Sila klik untuk poster.



(ewarga/bul/bil.29112012-139)

 

 

 

Majlis Sambutan Deepavali UKM 2012 [atas]

Tarikh: 6 Disember 2012 (Khamis)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Bankuasi, Aras 2, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Pakaian:  Tradisi India/Sesuai

Sila klik untuk atur cara.

Perkhidmatan bas disediakan Kakitangan KKL.

Warga UKM Beragama Hindu dan Jemputan Khas saja dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.28112012-138)

 

 

 

Seminar Infineon [atas]

Tarikh : 28 November 2012
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : DK43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh

Penceramah : Dr. Matthias Ludwig (President & Managing Director, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd
Sasaran Peserta : Ahli Akademik dan Pelajar Tahun Akhir FKAB, FEP, FSSK dan GSB


Sila klik untuk poster.

Seminar ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dengan kerjasama Infineon Technologies.


(ewarga/bul/bil.28112012-137)

 

 

 

Sistem Pengurusan Artikel Dalam Talian [atas]

Sistem Pengurusan Artikel adalah sistem yang menguruskan artikel bermula dari penghantaran sehinggalah kepada penerbitan artikel secara online. Sistem ini sesuai digunakan oleh Fakulti/Pusat/Institut yang hendak menguruskan buletin atau rencana secara online. Sila klik: Ciri - ciri sistem.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Suzita di talian 6439 atau emel kepada bkt@ptm.ukm.my.



(ewarga/bul/bil.28112012-136)

 

 

 

Aktiviti Perpustakaan UKM Bersama Pelajar Sekolah Menengah (Anak Yatim) [atas]


Perpustakaan UKM akan mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah menengah (anak yatim) pada 5 Disember 2012 (Rabu) jam 8.00 pagi - 12.30 tengah hari. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuk tayangan video, lawatan berpandu ke premis perkhidmatan dan koleksi, infohunt, spell it right dan ceramah motivasi pelajar. Rumah jagaan yang dijemput ialah:

1. Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Sg Merab Luar
2. Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg Ramal Baru
3. Rumah Keluarga Kami, Jalan Bukit, Kajang



(ewarga/bul/bil.28112012-135)

 

 

 

Tahniah - Jabatan Seni Bina FKAB [atas]



Tahniah kepada  Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM kerana telah dilantik sebagai Sekretariat Identiti Seni Bina Kebangsaan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Seketariat ini merupakan langkah permulaan bagi penubuhan Majlis Identiti Seni Bina Malaysia dan merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada UKM.

Syabas !



(ewarga/bul/bil.28112012-134)

 

 

 

Seminar on Discovery of Bioactive Natural Products [atas]


Oleh: Prof. Madya Dr. M. Ahmed H. Mesaik dari ICCBS, University of Karachi, Pakistan
Tajuk: Newly discovered Immunomodulators and Immune-regulators to control various immune disorders dan Honey, as One of the Best Natural Immunomodulators.

Tarikh: 4 Disember 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi

Anjuran: Pusat Penyelidikan Dadah dan Herba, Fakulti Farmasi

Sila klik poster untuk maklumat lanjut.

Semua warga UKM dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.28112012-133)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr. Mohd Raihan [atas]


Tahniah diucapkan kepada Prof Dr. Mohd Raihan Taha dari Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina atas penerimaan anugerah berprestij "Telford Premium" 2012 dari Institution of Civil Engineers, United Kingdom. Penganugerahan ini dibuat bagi kertas kerja terbaik dalam jurnal "Ground Improvement" bagi tahun 2012.

Hadiah ini diterima di London baru-baru ini. Keterangan kertas kerja adalah seperti pada lampiran: (Ahmad, K., Taha, M.R., & Kassim, K.A. (2011). Electrokinetic treatment on a tropical residual soil, Ground Improvement, Proc. Inst. of Civil Engineers UK, ICE, Vol. 164, 1: 3-13.). Sila klik untuk lampiran.

syabas !



(ewarga/bul/bil.27112012-132)

 

 

 

Tahniah - Pelajar FUU-The 7th LAWASIA International Moot Competition 2012 [atas]


Tahniah diucapkan kepada pelajar FUU kerana telah berjaya memenangi kategori "Best Memorial" dalam pertandingan The 7th LAWASIA International Moot Competition 2012 yang telah berlangsung dari 17-20 November 2012 yang lalu di Bali, Indonesia menewaskan pasukan dari 12 negara lain.

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh The Law Association for Asia and the Pacific (LAWASIA), Perhimpunan Advokat Indonesia dan Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration.Pasukan UKM dianggotai oleh Choo Yuen Phing, Lam Kian Yip dan Surendran yang turut memenangi tempat kedua Best Mooter. Di bawah bimbingan En Azizullah Kinayatullah dan Prof Madya Dr Faridah Jalil.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.27112012-131)

 

 

 

Siri Seminar ANGKASA 4/2012 [atas]

Tema: Atmospheric Science Research Exploration
Penceramah: Prof. Ir. Dr. Ahmad Faizal Mohd Zain & Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah

Tarikh: 4 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
T empat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori

Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.27112012-130)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dato' Zakaria Stapa [atas]

Tahniah diucapkan kepada Profesor Dato' Zakaria Stapa, Fakulti Pengajian Islam di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) yang membawa gelaran Dato' sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan daripada Sultan Muhammad V pada hari Ahad, 27 Zulhijjah 1433H bersamaan 11 November 2012 di Kota Bharu, Kelantan.

Syabas !


Sila klik untuk gambar.

(ewarga/bul/bil.27112012-129)

 

 

 

Latihan Instructor Teaching Assistant dan Resident Assistant, Perkhemahan Cuti Sekolah, PERMATApintar Negara UKM-JHu CTY 2012 [atas]

Anjuran: Pusat PERMATApintar Negara

Tarikh: 25 November - 1 Disember 2012
Tempat: Pusat PERMATApintar Negara, UKM Bangi


Sila klik untuk poster.

(ewarga/bul/bil.27112012-128)

 

 

 

Makluman Mengenai Kejadian Jangkitan Novel Coronavirus [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.26112012-127)

 

 

 

Bicara Hijrah - Sham Kamikaze [atas]


Oleh : Sham Kamikaze
Anjuran: Kelab Warga Kebajikan Perpustakaan

tarikh: 30 November 2012(Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat : Bilik Serbaguna,Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Sila klik untuk poster.

Semua warga UKM dijemput hadir.

 

(ewarga/bul/bil.26112012-126)

 

 

 

Seminar Radioterapi [atas]


Tema:  Current Trend In Radiotherapy: Are We Dancing To The Right Tune?

Tarikh: 12 Disember 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah 1, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Seminar ini adalah anjuran bersama Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, FSK dengan Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM

Sila klik untuk poster.
Sila klik untuk atur cara dan maklumat lanjut.

 

(ewarga/bul/bil.26112012-125)

 

 

 

Makluman "The 3rd ISESCO International Workshop and Conference On Nanotechnology 2012 (IWCN2012)" [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dan Teknologi UKM bersama ISESCO akan menganjurkan The 3rd ISESCO International Workshop and Conference On Nanotechnology 2012 (IWCN2012) pada 5-7 Disember 2012 di Pusat Pengurusan Siswazah UKM.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ukm.my/iwcn2012. Sila klik untuk poster.

 

(ewarga/bul/bil.26112012-124)

 

 

 

Tahniah - Penghargaan Makalah Terbaik bagi Kluster Sains Tulen dan Perubatan [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Wayan Suparta, Prof. Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali, Prof. Madya Dr. Mandeep Singh dan Prof. Dato Dr. Baharudin Yatim atas penghargaan Makalah Terbaik bagi Kluster Sains Tulin dan Perubatan bertajuk ‘A Physical Mechanism Proposed for Upper-Lower Atmospheric Coupling using Global Positioning System via Polar Regions’ di Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi Bil2/2012 pada 8-9 November 2012 bertempat di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Bandar ENSTEK, Negeri Sembilan.

Syabas !

 

(ewarga/bul/bil.26112012-123)

 

 

 

Tahniah-Pelajar Fakulti Farmasi, UKM [atas]

Tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar Fakulti Farmasi, UKM, Wong Shea Chin - Penerima PhAMA Academic Excellence Award dan  Tan Chor Meng - Penerima Anugerah Menteri Kesihatan Malaysia.

Penerima telah dipilih dari kalangan pelajar cemerlang farmasi seluruh Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan bersempena Majlis Makan Malam Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) ke-40 bertempat di Sime Darby Convention Center pada 23 Nov 2012.

Syabas !

 

(ewarga/bul/bil.26112012-122)

 

 

 

Program Kemilau FSK Citra Kecemerlangan UKM Bersempena Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan [atas]


Aktiviti :
Pameran Kemilau FSK Citra Kecemerlangan UKM bersempena Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan
Tarikh: 27 November 2012 hingga 14 Disember 2012
Tempat: Foyer, Bangunan Canselori UKM

Majlis Pengkesahan FSK :Memahat Kemilau Dua DARSAWARSA
Tarikh: 28 November 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori UKM
Ahli Panel:
1. Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin
2. Prof. Dr. Azman Abu Bakar
3. Dr. Suhaina Sulaiman
4. En Mohd. Jamil Mohd. Rafaai
Moderator: Prof. Dr. Baharudin Hj.

Omar 3- Perkhidmatan Klinikal
Tarikh: 28 November 2012
Masa: 10.30 pagi - 5 petang
Tempat: Foyer, Bangunan Canselori UKM
Semua warga UKM dan Orang ramai dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.23112012-121)

 

 

 

Bengkel Kesedaran Penjagaan Kesihatan Payudara [atas]


Tarikh: 27 November 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Tinggkat 9, Blok Klinikal, PPUKM

Anjuran: Pusat Perubatan UKM
Tajuk: Kesedaran Penjagaan Kesihatan Payudara

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.23112012-120)

 

 

 

Multaqa Thaqafi V [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.23112012-119)

 

 

 

Makluman - Research Design & Analysis Workshop [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.23112012-118)

 

 

 

Makluman - World Academy of Science, Engineering and Technology (WASET) [atas]


Penerbitan makalah dalam jurnal "World Academy of Science, Engineering and Technology (WASET)" tidak lagi diindeks oleh SCOPUS mulai tahun 2012. Klik untuk butiran selanjutnya.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.23112012-117)

 

 

 

Yes 4G Beri Akses Wifi Percuma 300 MB kepada Pelajar UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Yes 4G akan memberi akses wifi percuma sehingga 300 MB sebulan kepada semua pelajar UKM sehingga mereka tamat pengajian.

Untuk mendapat kemudahan wifi percuma ini pelajar perlu mendaftar dan mendapatkan satu alat (dongle). Pendaftaran adalah percuma dan harga alat RM99.00 (RM50 akan dipulangkan dalam bentuk kredit).  

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Yes 4G,  Aras 3, Bangunan Pusanika, UKM.


(ewarga/bul/bil.22112012-116)

 

 

 

Iklan Kekosongan Jawatan Bil.2/2012 [atas]


Sila layari laman Peluang Pekerjaan untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.22112012-115)

 

 

 

Syarahan Umum: The Development of Contract Formation Theory In Korea [atas]

Tarikh: 23 November 2012 (Jumaat)
Masa: 10.00 Pagi - 12.15 tengah hari
Tempat: Auditorium, Bangunan Mahkamah Moot Fakulti Undang-Undang UKM

Tajuk Syarahan: The Development Of Contract Formation Theory In The Republic Of Korea
Anjuran: Fakulti Undang-undang UKM
Penceramah: Professor Dr. Seunghyeon Seong,  Profesor Jemputan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia dari Law School Chonnam National University Gwangju ,South Korea

Sila klik untuk melihat poster.


Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.22112012-114)

 

 

 

Perubahan Tempat Jadual Pengukuran Pakaian Seragam [atas]

Perubahan tempat pengukuran bagi kakitangan di UKM Kampus KL dari Bilik Mesyuarat Akademik, Aras 2 Blok E, Fakulti Perubatan ditukar kepada: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 Blok Q, Fakulti Pergigian. Tarikh dan masa adalah tidak berubah.


(ewarga/bul/bil.22112012-113)

 

 

 

Pemakluman Penstrukturan Semula Fakulti Pendidikan [atas]

Mesyuarat Lembaga Universiti (LPU) Bil 6/2012 pada 11 Oktober 2012 telah meluluskan penstrukturan semula Fakulti Pendidikan.Tarikh rasmi pelaksanaan penstrukturan baru ini akan ditentukan nanti. Pengurusan Fakulti Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea dan sokongan penuh dalam merealisasikan penstrukturan Fakulti Pendidikan.

Tahniah & Syabas!


(ewarga/bul/bil.22112012-112)

 

 

 

Wacana : Memartabatkan Penyelidikan Masyarakat Peribumi [atas]

Saksikan wacana bertajuk "Memartabatkan Penyelidikan Masyarakat Peribumi" bersama Prof. Emeritus Dato' Dr. Hood Salleh, Pengarah Muzium Akademik, UKM pada  malam ini 22 November 2012 (Khamis) jam 10.00 malam di Agenda Awani, Astro Awani.


(ewarga/bul/bil.22112012-111)

 

 

 

Penggunaan Sistem Kewangan dan Perakaunan Universiti (UFASt) & Kerja-Kerja Penutupan Akaun UKM Bagi Tahun 2012 [atas]

Jabatan Bendahari akan menggunapakai Sistem Kewangan Dan Perakaunan Universiti (UFASt) yang menggantikan Sistem Kewangan Universiti (SKU) mulai 1 Januari 2013. Semua urusan kewangan di setiap pusat tanggungjawab (PTJ) perlu menggunapakai UFASt kerana SKU sedia ada akan dihentikan penggunaannya.

Disamping itu, Jabatan Bendahari akan membuat kerja-kerja penutupan akaun Universiti bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. Oleh yang demikian bagi melancarkan proses penutupan akaun tersebut, semua Pusat Tanggungjawab perlu mengikuti jadual yang telah ditetapkan seperti didalam Pekeliling Bendahari Bil. 24/2012. YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat mengambil tindakan dan menyampaikan perkara ini kepada semua kakitangan yang terlibat di Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut sila [klik] lihat surat Pekeliling Bendahari Bil. 24/2012.


(ewarga/bul/bil.21112012-110)

 

 

 

Makluman - 6th International Forum on Engineering Education (IFEE 2012) [atas]

Tarikh: 20 - 22 November 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur

Anjuran Bersama: 2nd International Conference : Towards Sustainable Development : Sustainability in Built Environment Engineering Education

Sila klik untuk melihat poster.


(ewarga/bul/bil.21112012-109)

 

 

 

Majlis Syarahan Perdana Profesor Dr. Mohd. Salmi Md. Noorani [atas]

Oleh: Profesor Dr. Mohd. Salmi Md. Noorani, Timb. Dekan (Siswazah dan Antarabangsa), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Tajuk: Memahami dan Menjinakkan Kekalutan

Tarikh: 7 Disember 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Sila klik untuk melihat poster.

Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.21112012-108)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr. Teo Kok Seong [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di atas pengurniaan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) oleh KDYMM Sultan Muhammad V pada 11 November 2012 di Istana Balai Besar, Kota Baharu.

Syabas !

Sila klik : surat


(ewarga/bul/bil.21112012-107)

 

 

 

Tawaran Biasiswa Pelajar oleh Texas Instruments [atas]

The Asia Foundation (TAF) mempelawa para pelajar yang telah berjaya menerima tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik untuk memohon pembiayaan biasiswa ini dibawah program “Star Student Scholarship Program”.

Program ini ditubuhkan oleh Texas Instruments dengan objektif untuk memberi peluang kepada pelajar lelaki dan perempuan yang layak memasuki universiti tetapi terhalang disebabkan oleh kesempitan kewangan. Biasiswa ini membiayai secara penuh yuran pembelajaran, dan sejumlah baki peruntukan biasiswa ini juga boleh digunakan untuk membayar kos buku-buku pengajian.

Sila rujuk borang untuk panduan dan kriteria.


(ewarga/bul/bil.21112012-106)

 

 

 

Direktori Sementara Institut Informatik Visual (IVI) [atas]


Untuk makluman, talian telefon pejabat Institut Informatik Visual (IVI) buat sementara waktu adalah seperti pautan yang dilampirkan.

Sila klik : direktori


(ewarga/bul/bil.21112012-105)

 

 

 

Syarahan Umum: The Human Proteome Project and The Kidney Project [atas]


Tarikh: 23 November 2012 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Seminar Room, 9th Floor, UKMMC

Penceramah: Professor Dr Tadashi Yamamoto
Tajuk: The Human Proteome Project and The Kidney Project

Sila klik : poster


(ewarga/bul/bil.21112012-104)

 

 

 

Jemputan ke Latihan dan Pemilihan Pemain Badminton Mewakili PERTADI UKM Bangi [atas]


Exco PERTADI UKM menjemput mereka yang berminat untuk mewakili PERTADI UKM Bangi sempena Perlawanan Persahabatan PERTADI Bangi vs PERTADI KL & Cheras ke sesi latihan yang akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh: 20 November 2012 (Selasa)
Masa: 6 petang - 8 malam
Tempat: VROX Sport Centre, Sg Tangkas (berhadapan SQ Motor & Restoren Tupai-tupai)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi En. Idris (019-3493570), En. Azli (013-3357103), Cik Azimah (017-2472862) atau emel excopertadi@ukm.my


(ewarga/bul/bil.20112012-103)

 

 

 

Audit Dalaman Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 SPK Pengurusan Pengajian Prasiswazah & Siswazah (PPPS) Fakulti Perubatan Tahun 2012 [atas]


Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajian Prasiswazah & Siswazah (PPPS) Fakulti Perubatan akan diadakan pada 23 November 2012 (Jumaat).

Sila klik : poster


(ewarga/bul/bil.20112012-102)

 

 

 

Pemberhentian Sementara Permohonan Alatulis Dan Perabot Melalui Aplikasi Web MPS Bagi Tahun 2012 [atas]


Unit Aset, Stor & Pelupusan akan menjalankan pemeriksaan dan pengiraan stok fizikal akhir tahun dari 17 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012. Untuk makluman tuan-puan, dalam tempoh berkenaan Unit Aset, Stor dan Pelupusan akan memberhentikan semua pengeluaran barang-barang untuk memastikan kerja-kerja pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Sehubungan dengan itu, sekiranya Fakulti / Pusat /Jabatan masih memerlukan barang-barang tersebut, sukacita dapat kiranya mengisi permohonan sebelum atau pada 07 Disember 2012 supaya permohonan berkenaan dapat diproses tertakluk kepada stok yang ada.

Sila klik : surat


(ewarga/bul/bil.20112012-101)

 

 

 

Syarahan Perdana Profesor : Prof. Ir. Dr. Mohd. Sobri Takriff [atas]


Warga UKM dipelawa menghadiri dan menyaksikan live conference Majlis Syarahan Perdana Profesor, Prof. Ir. Dr. Mohd. Sobri Takriff, Profesor Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 23 November 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat : Bilik Senat, UKM

Tajuk Syarahan Perdana : Dinamik Proses: Melihat Tanpa Mata

Video conference tersebut boleh dicapai melalui laman web : http://live.ukm.my

Sila klik : poster

Semua dijemput hadir menyaksikan live conference ini.


(ewarga/bul/bil.20112012-100)

 

 

 

Gangguan Capaian Web Kampus Kuala Lumpur [atas]


Gangguan capaian akan berlaku pada 23 November 2012, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pada server melibatkan gangguan capaian ke Web KKL.


(ewarga/bul/bil.20112012-99)

 

 

 

Festival Gendang Antarabangsa UKM 2012 [atas]


Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan mengadakan Festival Gendang Antarabangsa UKM 2012 yang akan menampilkan persembahan hebat daripada Malaysia (UKM), Indonesia (Sekolah Tinggi Seni Indonesia, Bandung), Thailand (Phetchaburi Rajabhat University), Vietnam (University of Economics and Business-Vietnam National University, Hanoi), Filipina (De La Salle University, Manila) dan Ochun Group, Ecuador pada 24 November 2012, jam 8.00 malam bertempat di DECTAR UKM. "Pocket Show" akan diadakan pada 23 November 2012 bertempat di Pusanika (3.00 petang), Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Keris Mas dan Kolej Antarabangsa Ibu Zain (5.00 petang).

Semua Warga UKM dijemput hadir, masuk percuma!


(ewarga/bul/bil.20112012-98)

 

 

 

Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia), Botol Kosong & Peralatan Kaca [atas]


Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) akan menguruskan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia), botol kosong dan peralatan kaca mengikut jadual yang telah dirancang seperti butiran berikut:

Tempat : Kampus Kuala Lumpur
Tarikh : 27 Nov 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi

Tempat : UKM Bangi
Tarikh : 28 Nov 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Semua kakitangan yang terlibat diminta menghantar UKM-SPKP-KKP-PK04-BO02 (Borang Ringkasan Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia))dan UKM-SPKP-KKP-PK04-BO04 (Borang Ringkasan Pelupusan Botol Kosong & Peralatan Kaca)

. Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Siti Rahimah Umar - 03 8921 3257.


(ewarga/bul/bil.20112012-97)

 

 

 

Program Kitar Semula PPUKM [atas]

Program Kitar Semula yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kitar Semula PPUKM akan diadakan pada 23 November 2012 (Jumaat) pada jam 4.30 petang di kawasan Laundri PPUKM.


(ewarga/bul/bil.20112012-96)

 

 

 

Peluang menjalani ujian Pendengaran dan Keseimbangan secara Percuma [atas]

Subjek dewasa berumur di antara 24-60 tahun amat diperlukan sebagai subjek kajian pelajar Sarjana Program Audiologi, Fakulti Sains Kesihatan.

Mereka yang berminat hanya perlu menjalani Ujian Pendengaran dan Keseimbangan.

Semua warga UKM dan ahli keluarga yang berminat dijemput menyertai kajian ini. Bayaran saguhati turut diberikan. Mohon rujuk lampiran untuk perincian berkaitan.

Sila klik : untuk maklumat lanjut


(ewarga/bul/bil.20112012-95)

 

 

 

Polisi  Dan Pelan Tempat Letak Kereta PPUKM 2013 [atas]

Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Sila klik : Pelan
sila klik : polisi


(ewarga/bul/bil.20112012-94)

 

 

 

Bengkel Penyelidikan Kualitatif 2012: Doing Qualitative Research: Get It Right ! [atas]

Anjuran: Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, UUM CAS dengan kerjasama Institute For Advanced Research In Education (IARE), Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences dan Qualitative Research Association of Malaysia (QRAM)

Tarikh: 2 - 3 Disember 2012 (Ahad - Isnin)
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Dewan Seminar CAS, (Bangunan Teknologi Maklumat), UUM

Penyertaan terbuka kepada semua individu yang berminat dan tarikh tutup adalah pada 1 Disember 2012.

Maklumat lanjut sila layari www.myqra.org.

Sila klik : brosur
sila klik : atur cara

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan menghebahkan maklumat ini kepada warga kampus masing-masing.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Dr. Abdul Halim bin Mohamed di talian 017-597 6617.


(ewarga/bul/bil.20112012-93)

 

 

 

Sumbangan Derma Membantu Penderitaan Rakyat Palestin Berikutan Pencerobohan Israel di Gaza [atas]

Warga Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur memandang serius dan amat bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin berikutan pencerobohan Israel di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) PPUKM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuat inisiatif membuka ruang untuk warga PPUKM dan orang ramai terutama pelanggan PPUKM bagi menyampaikan sumbangan untuk membantu mengurang dan meringankan penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Sumbangan yang diperlukan oleh pihak PPUKM adalah dalam bentuk wang tunai. Pungutan derma dari warga PPUKM melalui jabatan masing-masing serta juga sumbangan yang boleh dibuat melalu tabung-tabung yang akan ditempatkan:

i. Kaunter Lobi Utama PPUKM
ii. Kaunter Lobi Pelawat PPUKM
iii. Kaunter Lobi Blok Pendidikan PPUKM
iv. Surau Ibnu Sinna, PPUKM (Sumbangan derma semasa solat Jumaat (23 November 2012) Semua bentuk sumbangan ini akan dibuka mulai 19 November 2012 (Isnin) sehingga 23 November 2012 (Jumaat).

Maklumat lanjut mengenai penyaluran sumbangan boleh diperolehi di Unit Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) (9145 5055) dan Jabatan Perhubungan Awam (9145 5057 / 5058).

Sila klik untuk poster.

(ewarga/bul/bil.19112012-92)

 

 

 

Tahniah - Jawatankuasa 5S PPUKM [atas]


Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa 5S PPUKM telah menyertai International Conference & Carnival On Management System melalui Konvensyen 5S pada 7 hingga 8 November 2012, bertempat di Hotel Seri Malaysia Perlis. Universiti Malaysia Perlis merupakan penganjur bersempena sambutan 10 Tahun UniMAP. Sukacita dimaklumkan bahawa, PPUKM telah Berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi Konvensyen ini. Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa 5S dan seluruh warga PPUKM yang telah melaksanakan Program Amalan 5S dengan jayanya. Syabas !

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.19112012-91)

 

 

 

Senarai Alatulis dan Perabot yang tidak dibekalkan Unit Aset, Stor dan Pelupusan, Jabatan Bendahari, UKM [atas]


Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Bil. 4/2012  memutuskan agar senarai barangan seperti di lampiran A tidak lagi dibekalkan oleh Unit Aset, Stor dan Pelupusan kerana pengeluarannya yang kurang aktif sebelum ini.

Sehubungan itu, pihak Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian perlu menguruskan sendiri pembelian barang tersebut untuk kegunaan jabatan YBhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan. Untuk makluman senarai barang tersebut masih boleh dilihat di dalam Sistem MPIS dan hanya boleh dikeluarkan pada 15 Januari 2013.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.19112012-90)

 

 

 

Lawatan ke Aquaria, KLCC [atas]


Sempena musim cuti sekolah ini, Biro Perpustakaan Kanak-Kanak SUKMANITA akan menganjurkan program lawatan ke Aquaria, KLCC. Penyertaan terbuka kepada anak-anak ahli SUKMANITA yang berumur 4-12 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur yang berlampir.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.19112012-89)

 

 

 

Jemputan ke Kovensyen Amalan 5S Peringkat PPUKM [atas]



Anjuran: Jawatankuasa 5S PPUKM

Tarikh: 17 Disember 2012 (Isnin)
Masa  :  8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Auditorium PPUKM

Sebanyak 30 zon akan mengambil bahagian pada hari tersebut.

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan PPUKM adalah dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.16112012-88)

 

 

 

Pelawaan Menyertai United Nations Public Service Awards 2013 [atas]


United Nations Public Service Network (UNPAN) mempelawa agensi-agensi Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menyertai United Nations Public Service Awards bagi tahun 2013. United Nations Public Service Awards merupakan pengiktirafan paling berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Untuk maklumat lanjut sila klik lampiran berikut:

Surat United Nations Public Service Awards
Garis Panduan dan Maklumat United Nations Public Service Awards

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Zaimi Makhtar atau Encik Barudin Baharin di talian 03-8921 5234 atau 03-8921 4757 Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK), Aras 3, Bangunan Canselori UKM Bangi.



(ewarga/bul/bil.16112012-87)

 

 

 

Jadual Pengukuran Pakaian Seragam [atas]


Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar,  mengaturkan sesi pengukuran pakaian seragam kakitangan (Lantikan UKM sehingga 31 Ogos 2012).  Jadual pengukuran telah ditetapkan seperti berikut :

(A) Sesi 1 (bagi kakitangan di UKM Bangi)
Tarikh: 26.11.2012 hingga 28.11.2012 (Isnin – Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Unit Aset, Stor dan Pelupusan, UKM Bangi

(B) Sesi 2 (bagi kakitangan di Fakulti Perubatan – Kompleks PPUKM)
Tarikh: 29.11.2012 hingga 30.11.2012 (Khamis – Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Dewan Peperiksan, Tingkat 4, Blok Pendidikan, PPUKM

(C) Sesi 3 (bagi kakitangan di UKM Kampus KL)
Tarikh: 3.12.2012 hingga 4.12.2012 (Isnin - Selasa)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Akademik, Aras 2, Blok E, Fakulti Perubatan

Senarai jawatan yang terlibat mengikut kategori seperti di Lampiran A.
Senarai Tukang Jahit Panel yang dilantik mengikut kategori seperti di Lampiran B.

2.   Bagi kakitangan yang tidak dapat hadir ke sesi pengukuran tersebut boleh mendapatkan bekalan kain di Unit Aset, Stor dan Pelupusan dan menguruskan sendiri jahitan pakaian di Tukang Jahit Panel yang dilantik.  Tarikh akhir penerimaan menjahit pakaian seragam kakitangan adalah pada 7 Disember 2012 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Amirudddin Isa (8921 4004).



(ewarga/bul/bil.16112012-86)

 

 

 

Scientific Seminar: The Application of Next Generation Sequencing (NGS) in Genome Studies [atas]



Anjuran: INBIOSIS UKM

Penceramah Jemputan: Mr. Shi Quan Li (Beijing Genomics Institute, Asia-Pacific)

Tarikh: 21 November 2012 (Isnin)
Masa: 2.55 petang
Tempat: Dewan Seminar INBIOSIS

Sila klik untuk maklumat lanjut.

Semua warga penyelidik UKM adalah dijemput hadir Muat turun poster & borang pendaftaran.



(ewarga/bul/bil.16112012-85)

 

 

 

Syarahan Umum : Tajuk: Development of a Liquid Fuel Production Process for Locally-Generated Biomass [atas]


Anjuran: Institut Sel Fuel UKM
Tajuk: Development of a Liquid Fuel Production Process for Locally-Generated Biomass
Pembentang: Prof Dr Reiji Noda

dan

Tajuk:Direct liquid fuel cell and desiccant cooling system 
Pembentang: Dr Takuya Tsujiguchi

Tarikh : 21 November 2012
Masa   : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Semua Warga UKM dan orang ramai dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.16112012-84)

 

 

 

Anugerah Tesis Ternaik Yayasan Nurul Yaqeen 2012 [atas]


Yayasan Nurul Yaqeen akan menganjurkan Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2012. Pencalonan tersebut terbuka kepada pelajar siswazah yang telah menghasilkan tesis yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang dipandang menerusi perspektif Islam bagi menyertai anugerah ini. Yayasan ini dapat dihubungi melalui talian 03-41422902 atau faksmili 03-41423717 serta emel ke alamat anugerahtesis_yny@yahoo.com (u.p : Puan Nor Zanah Jamri).

Sila klik : surat
Sila klik : pengenalan
Sila klik : borang pendaftaran



(ewarga/bul/bil.16112012-83)

 

 

 

Makluman - Global Leader Forum & Conference (GLFC) [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.16112012-82)

 

 

 

Siri Perkongsian Ilmu Anjuran UKM-GSB [atas]

Anjuran: UKM-GSB
Penceramah: Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Pengarah, Institut Sel Fuel, UKM
Tajuk: Teknologi Pancaran Sifar & Teknologi Hijau: Peluang dan Cabaran

Tarikh: 19 November 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, UKM-GSB

Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir. Kehadiran peserta akan disahkan dalam eSPeL.


(ewarga/bul/bil.16112012-81)

 

 

 

Nasihat Keselamatan Semasa Musim Tengkujuh [atas]

Warga Kampus UKM dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui atau meletakkan kenderaan di kawasan pokok yang besar di lereng-lereng bukit kerana dibimbangi pokok akan tumbang disebabkan tanah mengelungsur atau runtuh.  Elakkan berteduh di pokok-pokok besar dan pondok ketika petir dan hujan lebat. Bahagian Keselamatan  UKM telah meletakkan papan tanda di kawasan-kawasan yang terlibat. 

Kerjasama dipohon kepada semua warga UKM untuk melaporkan segera jika kecemasan berlaku di talian hotline: 013 3195449.




(ewarga/bul/bil.16112012-80)

 

 

 

Hari Pramatang Sedunia peringkat PPUKM [atas]

Unit Rawatan Rapi Neonatal, Jabatan Pediatrik akan mengadakan sambutan Hari Pramatang Sedunia peringkat PPUKM seperti berikut:

Tarikh : 16 November 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM.

Anjuran: Jabatan Pediatrik, PPUKM

Sila klik untuk poster.

Semua dijemut hadir.


(ewarga/bul/bil.16112012-79)

 

 

 

Pameran Kesihatan Diabetis Sempena Program Hari Diabetis [atas]

Tarikh : 9 - 16 November 2012
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar Pusat Kesihatan UKM

Anjuran: Pusat Kesihatan UKM

Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.16112012-78)

 

 

 

Program Penjualan Pelekat Kenderaan Sesi 2013/2014 [atas]


Bahagian Keselamatan akan mengadakan penjualan pelekat kenderaan sesi 2013/2014 kepada semua warga kampus Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut:

Tarikh : 19 - 23 November 2012
Masa  : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Ruang PUSANIKA, Aras 4

Pihak kami berbesar hati menjemput semua warga UKM menyertai program tersebut. Pastikan tuan/puan telah mendaftar kenderaan di Laman Web Sistem Trafik


(ewarga/bul/bil.16112012-77)

 

 

 

Pameran Kesihatan Penyakit Kanser [atas]


Tarikh: 1 - 30 November 2012
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar Pusat Kesihatan

Anjuran: Pusat Kesihatan UKM

Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.16112012-76)

 

 

 

Iklan Kenaikan Pangkat Jawatan Pegawai Kewangan W52/W48/W44 [atas]


Sila layari laman Peluang Pekerjaan untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.14112012-75)

 

 

 

Siri Wacana Hadhari 6/2012 "'Memugar Kecemerlangan Guru Pendidikan Islam" [atas]


Tajuk: Memugar Kecemerlangan Guru Pendidikan Islam

Tarikh: 19 November 2012 / 5 Muharram 1434H (Isnin)
Masa: 02.30 – 5.30 Petang
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori UKM

Disampaikan oleh :
YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri
Felo Kanan Bersekutu Hadhari

Anjuran bersama:
Institut Islam Hadhari, UKM

Semua dijemput hadir.

Penyertaan akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL)

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.14112012-74)

 

 

 

Kenyataan Media UKM : Kejadian Pejalan Kaki Berbumbung Runtuh [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.14112012-73)

 

 

 

Iklan Kekosongan Jawatan Research Assistant [atas]


Kursi Pembangunan Lestari Teknologi Sifar UKM YSD sedang mencari RA untuk salah satu projek.

Hubungi Nor Rajaie di talian 012-6876184 untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12112012-72)

 

 

 

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Berhubung Keselesaan Ruang Menunggu Di Klinik-Klinik Pakar Dan Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM [atas]


Pusat Perubatan UKM akan melaksanakan soal selidik Kepuasan Pelanggan berhubung Keselesaan Ruang Menunggu di Klinik-klinik Pakar dan Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM mulai 19 November 2012 hingga 31 Disember 2012. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini sila hubungi pihak urusetia di sambungan 5068/5064/5036/5035.

Sila klik : poster


(ewarga/bul/bil.12112012-71)

 

 

 

Jemputan Ke Walk-In Seminar Sempena MAHA 2012 [atas]


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan Walk-In Seminar sempena MAHA 2012 bermula pada 25 November hingga 1 Disember 2012 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor. FAMA dengan berbesar hati menjemput warga UKM untuk menyertai seminar tersebut.


Sila klik : surat
Sila klik : poster


(ewarga/bul/bil.12112012-70)

 

 

 

Portal SPP [atas]


Untuk makluman warga UKM, portfolio Sokongan Penyelidikan & Pendidikan (SPP) Pusat Teknologi Maklumat UKM telah membangunkan Portal SPP dan boleh dicapai di http://portalspp.ukm.my.

Portal tersebut mengandungi perincian perkhidmatan yang disediakan di bawah SPP dan pengguna boleh mengisi borang permohonan untuk perkhidmatan tertentu secara atas talian. Perkhidmatan yang disediakan di bawah SPP adalah:
• e-Pembelajaran
• Turnitin
• Pembangunan Multimedia
• Pengurusan Jurnal
• Bilik Mesyuarat Maya (VCube)
• Soal Selidik
• UKM Conference System
• Pengurusan Artikel
• Aktiviti MYREN
• Pengkomputeran GRID
• Pengkomputeran CLOUD


(ewarga/bul/bil.12112012-69)

 

 

 

Sebutharga PPpN 03/2012: Perkhidmatan Pengangkutan Sewaan Bas Untuk Peserta Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permatapintar 2012, Pusat Permatapintar Negara [atas]


Pusat PERMATApintar™ Negara sedang membuka Sebutharga Bagi Perkhidmataan Sewaan Bas Untuk Peserta Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar 2012. Sebutharga ini adalah dibuka kepada syarikat-syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Kewangan serta berpengalaman bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan sewaan bas.

Dokumen sebutharga bole didapati di Pejabat Pentadbiran Pusat PERMATApintar™ Negara pada waktu berikut:

Waktu Urusan: 8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis) 8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat).

Tarikh tutup tawaran ialah 20 November 2012(Selasa), jam 12.00 tengah hari. Sila bawa bersama Salinan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.



(ewarga/bul/bil.12112012-68)

 

 

 

Tuntutan Insuran Mengenai Kejadian Pokok Tumbang Berhampiran DECTAR [atas]


Tuntutan insuran boleh dikemukakan kepada Unit Aset, Jabatan Bendahari. Dokumen yang diperlukan seperti berikut:

1. Surat iringan (berkaitan kejadian)
2. Salinan IC
3. SAlinan polisi insuran kenderaan
4. Salinan Geran kenderaan
5. Salinan lesen memandu
6. sebutharga pembaikan

Dokumen tersebut perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 19 Nov 2012 untuk tujuan tuntutan insuran. sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Hamizah Abdul Rahman di talian 012-3451274 atau 03-89215459.




(ewarga/bul/bil.12112012-67)

 

 

 

Pekeliling Bendahari Bil. 22/2012 - Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Universiti Kebangsaan Malaysia Bagi Tahun 2013 [atas]


Sila klik : Pekeliling Bendahari Bil. 22/2012
Sila klik : Agihan Mengurus
Sila klik : Cadangan Dasar baru /One Off

Maklumat hendaklah dikembalikan/dihantar ke Unit Belanjawan, Jabatan Bendahari selewat-lewatnya sebelum/pada 30 November 2012.




(ewarga/bul/bil.12112012-66)

 

 

 

PERFIK2012 - National Physics Conference 2012 [atas]


Tarikh: 19 - 21 November 2012
Tempat: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Anjuran: Pusat Pengajian Fizik Gunaan, FST, UKM

Sila klik untuk melihat banner.


(ewarga/bul/bil.12112012-65)

 

 

 

Tahniah - Senarai Peningkatan Gred Dari Profesor Gred Khas C ke Gred Khas B [atas]


Sila klik untuk senarai penerima.

Syabas !



(ewarga/bul/bil.12112012-64)

 

 

 

Bengkel Penulisan Proposal Geran KTP Rolling Ketiga [atas]

HEJIM akan mengadakan Bengkel Penulisan Proposal Geran KTP Rolling Ketiga ini, kepada penyelidik yang telah mengisi borang permohonan Geran KTP bagi memberikan penjelasan dan tips yang dapat menepati kriteria Geran KTP ini.

Bengkel tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 November 2012 (Jumaat)
Jam : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Pujangga 4, Puri Pujangga UKM

Penyelidik perlu menghantar draft borang permohonan yang telah diisi dan mengesahkan borang kehadiran seperti lampiran, kerana tempat adalah terhad. Mohon maklumbalas kehadiran sebelum 21 November 2012 kepada Puan Syazriza Zulkapli di emel syazriza@ukm.my atau faks 8921 4660. Sebarang pertanyaan lanjut mohon hubungi beliau di talian 03-8921 3195 atau Pengurus PHUM,HEJIM: Puan Prabha Sundram di talian 8921 4655. Semoga usaha ini, akan dapat meningkatkan lagi pemindahan ilmu universiti kepada industri dan masyarakat. Sila klik muat turun surat maklum balas.


(ewarga/bul/bil.12112012-63)

 

 

 

Majlis Perhimpunan Kakitangan Pusat Perubatan UKM Bil. 6/2012 [atas]


Majlis Perhimpunan Kakitangan Pusat Perubatan UKM Bil. 6/2012 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 November 2012 (Isnin)
Masa : 7. 45 pagi
Tempat : Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, PPUKM



(ewarga/bul/bil.12112012-62)

 

 

 

Makluman - All For Membership: Young Scientists Network - Academy Of Sciences Malaysia (YSN-ASM) [atas]


The Academy of Sciences Malaysia (ASM) ingin mengumumkan penubuhan The Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM).

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Cik Khairul Akma binti Mahamad, Pegawai Sains, ASM (Tel: 03-2694 9898, Faks: 03-2694 5858, emel: akma@akademisains.gov.my). Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12112012-61)

 

 

 

Biasiswa Maxis [atas]


Maxis Scholarship For Excellence sekarang dibuka permohonan kepada pelajar Prasiswazah sehingga 10 Disember 2012. Sila layari URL di bawah untuk permohonan dan maklumat lanjut.

URL: http://www.maxis.com.my/scholarship


(ewarga/bul/bil.12112012-60)

 

 

 

Selamat Menyambut Deepavali [atas]

Seluruh warga HEJIM mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua kakitangan yang beragama Hindu. "Deepavali Nalvalthukal".


(ewarga/bul/bil.12112012-59)

 

 

 

Jemputan Menghadiri Seminar Dan Bengkel Kampus Lestari UKM 2012 [atas]


Jemputan Untuk Menghadiri Seminar Dan Bengkel Kampus Lestari UKM 2020 Pada 22-23 Disember 2012 Di Hotel Equatorial Bangi.

Sila klik : brosur
Sila klik : borang
Sila klik : surat

Tempat Adalah Terhad.


(ewarga/bul/bil.09112012-58)

 

 

 

Portal eWarga Berwajah Baharu [atas]


Untuk makluman warga UKM, urus setia Portal eWarga sedang dalam usaha melaksanakan proses peralihan penggunaan portal eWarga yang sedia ada sekarang kepada portal eWarga yang berwajah baharu. Portal eWarga yang berwajah baharu ini sedang dalam proses pengujian.

URL Portal eWarga Baharu: http://portalewarga.ukm.my (sila gunakan internet explorer)

Tarikh mula pengujian: 12 November 2012 (Isnin)
Tarikh pelaksanaan (mula diguna pakai) : 26 November 2012

Warga UKM dinasihatkan supaya membiasakan diri dengan portal yang baharu ini khususnya dari segi capaian setiap menu kerana telah disusun atur semula.

Sebarang maklumbalas bolehlah dihantar ke emel pkk@ukm.my.


(ewarga/bul/bil.08112012-57)

 

 

 

Portal eWarga Berwajah Baharu [atas]


Untuk makluman warga UKM, urus setia Portal eWarga sedang dalam usaha melaksanakan proses peralihan penggunaan portal eWarga yang sedia ada sekarang kepada portal eWarga yang berwajah baharu. Portal eWarga yang berwajah baharu ini sedang dalam proses pengujian.

URL Portal eWarga Baharu: http://portalewarga.ukm.my

Tarikh mula pengujian: 12 November 2012 (Isnin)
Tarikh pelaksanaan (mula diguna pakai) : 26 November 2012

Warga UKM dinasihatkan supaya membiasakan diri dengan portal yang baharu ini khususnya dari segi capaian setiap menu kerana telah disusun atur semula.

Sebarang maklumbalas bolehlah dihantar ke emel pghpkk@ukm.my.


(ewarga/bul/bil.08112012-57)

 

 

 

Iklan Kenaikan Pangkat -  Penolong Juruukur Bahan J38 & Penolong Juruukur Bahan J36 [atas]


Sila layari laman Peluang Pekerjaan untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.08112012-56)

 

 

 

Makluman - Invitation To Present A Scientific Research Paper At Scientific Conference On Occupational Safety And Health (SCI_COSH) [atas]



Sila klik : surat untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.08112012-55)

 

 

 

Seminar Penyelidikan : Thermal Effects in InAs/GaAs Quantum Dot Vertical Cavity Surface Emitting Lasers [atas]

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM akan menerima lawatan daripada Penilai Luar bagi Program Mikroelektronik : Prof. Yoon Soon Fat dari Nanyang Technological University pada 19-21 November 2012.

Sehubungan dengan itu, beliau akan menyampaikan seminar penyelidikan seperti berikut :

Tarikh : 19 November 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, Paras 1, Kompleks Akademik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM

Sila klik : poster

Semua Kakitangan Akademik dan Pelajar Siswazah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang berminat dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.08112012-54)

 

 

 

Tahniah - Encik Wan Suhaimi Ariffin dari Perpustakaan PPUKM [atas]

Tahniah diucapkan kepada Encik Wan Suhaimi Ariffin dari Perpustakaan PPUKM kerana telah dilantik sebagai ahli Cambridge Asia Library Advisory Board (CALAB).

Sila klik : surat

Syabas !


(ewarga/bul/bil.08112012-53)

 

 

 

Bengkel Penulisan Buletin Dan Rencana 2: Teori Dan Praktis [atas]

Anjuran: Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, FST

Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti Sains dan Teknologi Dewan Anuar Mahmud (DAM)

Sila klik : brosur dan borang pendaftaran
Sila klik : poster

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian 03-89214246 (Cik Asma Hamsan).

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.08112012-52)

 

 

 

Iklan Kekosongan Jawatan Jurutera J48 - UMK [atas]


Sila klik : untuk maklumat lanjut


(ewarga/bul/bil.08112012-51)

 

 

 

Penutupan Sementara Pejabat Institut Informatik Visual (IVI) [atas]

Dimaklumkan bahawa terdapat tanah mendap dan kegagalan cerun serta tembok penahan di sebelah Bangunan Institut Informatik Visual (IVI). Oleh yang demikian, sebagai langkah keselamatan, pihak JPP telah mengeluarkan surat pengosongan bangunan tersebut mulai 6 November 2012 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pihak JPP akan melaksanakan langkah-langkah awal iaitu penutupan permukaan tanah dan mengalihkan laluan air, seterusnya pihak JPP akan menguruskan kerja-kerja pembinaan semula tembok penahan.

Sehubungan itu, bagi tujuan pengosongan dan perpindahan peralatan di IVI, Institut ini akan ditutup sementara waktu bermula tarikh 8 November 2012 dan akan dibuka semula pada 12 November 2012. Pejabat sementara Institut ini adalah di Perpustakaan Lingkungan Ke-2, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang urusan surat-menyurat boleh dihantar melalui emel ivi@ukm.my / pengarah@ivi.ukm.my / su@ivi.ukm.my . Talian telefon untuk dihubungi untuk urusan rasmi adalah seperti berikut:

Pengarah : 013-335 7766
Timbalan Pengarah : 019-394 6765
Penolong Pendaftar : 019-269 6035
Setiausaha : 013-298 5386


Sila klik : memorandum


(ewarga/bul/bil.08112012-50)

 

 

 

Senarai Calon Berjaya Skim Zamalah Universiti 2012 (K2) [atas]


Sila klik : senarai calon yang berjaya
Sila klik : pengumuman taklimat


(ewarga/bul/bil.07112012-49)

 

 

 

Promosi Kraf Sempena Konvensyen Institut Kraf Negara Ke-11 [atas]


Dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf sempena Konvensyen Institut Kraf Negara yang kesebelas di Institut Kraf Negara bermula pada 8 hingga 12 November 2012 bermula pada jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

Sila klik : surat jemputan
Sila klik : brosur


(ewarga/bul/bil.07112012-48)

 

 

 

Makluman- 2nd ISRA Colloquium 2012, Islamic Finance In A Challenging Economy: Moving Forward [atas]


Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Sila klik : brosur
Sila klik : borang pendaftaran
Sila klik : surat


(ewarga/bul/bil.07112012-47)

 

 

 

Seminar Keselamatan Sinaran [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Asialab dan NR Imaging Sdn. Bhd. akan menganjurkan seminar keselamatan sinaran. Berikut adalah butir-butir seminar:

Tarikh: 10 November 2012 (Sabtu)
Masa :8.00 pagi- 5.00 petang
Tempat: Auditorium PPUKM

Sijil dan CME point akan diberi kepada para peserta. Pendaftaran adalah percuma.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En Hairul/Pn Saidah 03-91456186/6197/6564.

Sila klik : brosur


(ewarga/bul/bil.07112012-46)

 

 

 

Bengkel Aplikasi Scilab [atas]


Dimaklumkan bahawa PTM dengan kerjasama syarikat Trity Technologies akan menganjurkan Bengkel Aplikasi Scilab seperti berikut:

Tarikh: 28 November 2012
Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Makmal Komputer, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi

Bayaran: RM 600.00 Scilab adalah satu pakej perisian yang sesuai untuk membuat pengiraan numerical dalam bidang kejuruteraan dan sains. Scilab telah dicipta hampir sama dengan perisian MATLAB dan boleh laksanakan (run) hampir semua skript yang ditulis untuk MATLAB. Scilab mengandungi beberapa bahasa pengaturcaraan seperti C,C++ dan Fortran. Ia mempunya data struktur seperti (list, polynomials,rational functions, linear systems dan lain-lain). Scilab juga adalah perisian sumber terbuka dan mungkin alternatif lain bagi MATLAB.

Sila klik : brosur

Untuk maklumat lanjut sila klik brosur atau hubungi En. Mohd Sharhan ditalian 6439 atau email bkt@ptm.ukm.my.


(ewarga/bul/bil.07112012-45)

 

 

 

Promosi  Anak  Pokok Cilibangi Khas Untuk Warga UKM [atas]


Serotech Sdn Bhd, anak syarikat UKM yang mengkomersilkan hasil penyelidikan UKM iaitu Cilibangi, ingin menawarkan promosi istimewa dengan penghantaran PERCUMA khas untuk warga UKM seperti berikut:

a. Pakej A: Anak pokok Cilibangi = RM5.00 / pokok
b. Pakej B: Kit Permulaan* Cilibangi = RM10.00 / kit
*(1 anak pokok, 4 jenis baja serta manual cara penanaman) +PERCUMA 1 fridge magnet Cilibangi dengan pembelian lebih 5 anak pokok / 5 kit permulaan Promosi terhad ini adalah sah dari 7/11/2012 hingga 16/11/2012.

Untuk tempahan, sila SMS NAMA, ALAMAT PEJABAT, KUANTITI, PAKEJ PILIHAN ke – 011-15713715. Penghantaran adalah hanya pada hari Jumaat: 9/11/2012 dan 16/11/2012. +Tempahan hanya melalui SMS

Keterangan lanjut sila hubungi talian 03-8926 1238.


(ewarga/bul/bil.07112012-44)

 

 

 

Kursus Sains Sukan Tahap 1 [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis Sukan Negara seperti berikut :

Tarikh : 21 - 25 November 2012
Tempat : Grand Sentosa Hotel, Johor Bahru
Yuran : RM250.00

Borang pendaftaran bolehlah difakskan di talian 03-89215435.Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Pn. Umi di talian 4192 atau Cik Alia di talian 017-6238927/4454.

Sila klik : borang


(ewarga/bul/bil.07112012-43)

 

 

 

Makluman - Radiation Safety Awareness in the Medical Practice [atas]


Dimaklumkan bahawa Jabatan Radiologi, PPUKM dengan kerjasama Asia Lab (M) Sdn. Bhd. (Agensi Kelas H) dan NR Medical Imaging Sdn. Bhd. akan menganjurkan Bengkel Perlindungan Sinaran pada 10 Nov 2012 (Sabtu) di Auditorium PPUKM.

Sebarang pertanyaaan boleh menghubungi En.Hairul Faizal/Pn.Khadijah/Pn.Saidah di talian 03-91456186/6197/6564.

Sila klik : brosur
Sila klik : jadual
Sila klik : borang pendaftaran
Sila klik : poster


(ewarga/bul/bil.07112012-42)

 

 

 

Audit Dalaman SPK PPPS [atas]


Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman SPK PPPS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 14  - 23 November 2012
Tempat:  PTJ-PTJ yang terpilih

Sila klik : poster
Sila klik : Senarai Tarikh dan PTJ Yang Diaudit SPK PPS

Mohon semua PTJ Memberi kerjasama semasa Audit Dalaman SPK PPPS dijalankan.



(ewarga/bul/bil.06112012-41)

 

 

 

Jemputan ke Latihan dan Pemilihan Pemain Badminton Mewakili PERTADI UKM Bangi [atas]


Exco PERTADI UKM menjemput mereka yang berminat untuk mewakili PERTADI UKM Bangi sempena Perlawanan Persahabatan PERTADI Bangi  vs PERTADI KL & Cheras ke latihan dan pemilihan pemain yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 November 2012 (Rabu)
Masa     : 6 petang - 8 malam
Tempat  : VROX Sport Centre, Sg Tangkas (berhadapan SQ Motor & Restoren Tupai-tupai)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi En. Idris (019-3493570), En. Azli (013-3357103), Cik Azimah (017-2472862) atau emel excopertadi@ukm.my




(ewarga/bul/bil.06112012-40)

 

 

 

Pelantikan Menjalankan Tugas Pendaftar [atas]


Sila klik : surat pelantikan untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.06112012-39)

 

 

 

Lawatan Agensi Nuklear Mongolia Ke Fakulti Undang-Undang [atas]

Dimaklumkan bahawa Lawatan Agensi Nuklear Mongolia Ke Fakulti Undang-Undang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 November 2012 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bangunan Mahkamah Moot FUU UKM

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.06112012-38)

 

 

 

Program Seminar Kesedaran Kecederaan Tajam Peringkat PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Seminar Kesedaran Kecederaan Tajam Peringkat PPUKM akan diadakan pada 27 November 2012 (Selasa) Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium PPUKM.

Sila klik brosur untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut sila sila hubungi 9145 5078 / 77, Unit Kawalan Infeksi.



(ewarga/bul/bil.06112012-37)

 

 

 

Sebutharga Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Dato Onn [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Dato Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :    8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
                          8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 20 November 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari.


Maklumat lanjut sila klik lampiran.



(ewarga/bul/bil.06112012-36)

 

 

 

Sebutharga Mesin Basuh Layan Diri di Blok Asrama Kompleks PERMATApintar NEGARA UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Blok Asrama, Kompleks PERMATApintar NEGARA , Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :   8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
                         8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 20 November 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari


Maklumat lanjut sila klik lampiran.



(ewarga/bul/bil.06112012-35)

 

 

 

Sebutharga Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakub [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Burhanuddin Helmi dan Blok (K13A, K13B, K13C, K13D & K14A) Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :   8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
                         8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 20 November 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari


Maklumat lanjut sila klik lampiran.



(ewarga/bul/bil.06112012-34)

 

 

 

Festival Gendang Antarabangsa UKM 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Festival Gendang Antarabangsa UKM 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 November 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: DECTAR UKM

Semua dijemput hadir menyaksikan persembahan daripada Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam dan Ecuador.

Masuk adalah percuma!



(ewarga/bul/bil.06112012-33)

 

 

 

Audit Stage 1 (Kecukupan) Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM bagi Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 [atas]

Dimaklumkan bahawa UKM akan menjalani Audit Stage 1 (Kecukupan) Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM pada 28 dan 29 November 2012 oleh Pasukan Audit dari SIRIM Qas International Sdn Bhd. Audit Stage 1 (Kecukupan) ini merupakan Audit Luaran yang pertama ke atas pelaksanaan SPKP. Audit Stage 1 ini bertujuan:

• menyemak kecukupan dokumentasi SPKP UKM yang berkuatkuasa 1 Mei 2012
• menyemak pelaksanaan Audit Dalaman dan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) SPKP UKM.
• menentukan kesediaan UKM dalam menghadapi Audit Stage 2 (Pematuhan) pada 10 hingga 21 Disember 2012 nanti.

Kerjasama semua Warga UKM amat diharapkan untuk menjayakan Program Audit Stage 1 (Kecukupan) ini.



(ewarga/bul/bil.06112012-32)

 

 

 

Festival Gamelan UKM 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Festival Gamelan UKM 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 November 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: DECTAR UKM

Festival yang menggabungkan persembahan daripada kumpulan gamelan IPT dan NGO yang berpengalaman.

Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma.



(ewarga/bul/bil.06112012-31)

 

 

 

Majlis Tandatangan Surat Hasrat & Ceramah Umum [atas]

Dimaklumkan bahawa IKRAB akan menganjurkan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara IKRAB dan Palestine Technical University (PTU), Palestin & Ceramah Umum bertajuk The education and scientific research in Palestine Technical University: Current status, challenges and future prospective pada 7 November 2012 (Rabu) jam 9.30 pagi di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM.


Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.06112012-30)

 

 

 

Tahniah - UKM Mendapat Penarafan 5 Bintang Dalam Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam Tahun 2012 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

Syabas !



(ewarga/bul/bil.06112012-29)

 

 

 

Tahniah - Dua Jurnal UKM telah menerima Hadiah Galakan Khas Jurnal - KPT [atas]

Dua jurnal terbitan UKM (Jurnal Sains Malaysia Dan Jurnal Pengurusan) menerima hadiah galakan khas jurnal berindkdeks isi dan scopus di samping 3 jurnal IPTA lain.

hadiah ini diberikan sempena program sambutan bulan bahasa peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 30 Oktober 2012.

Syabas !

Sila klik : salinan emel KPT
Sila klik : atur cara sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
Sila klik : surat KPT



(ewarga/bul/bil.06112012-28)

 

 

 

Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2012 [atas]

1. Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) bagi Pembantu Akauntan , Pembantu Tadbir Kewangan Dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa.

Pegawai Yang Layak Mengambil Peperiksaan 
- Pembantu Akauntan (PA)
- Pembantu Tadbir (Kewangan) [PT (Kewangan)]
- Anggota dalam skim berikut yang menjalankan tugas kewangan dan menerima BITK RM40.00 sebulan:
  i. Pembantu Tadbir [PT (P/O)]
  ii. Skim Perkhidmatan lain yang setaraf dan yang lebih rendah dari PA, PT (Kew) dan PT (P/O)

2.   Sukatan Peperiksaan  (sila klik Lampiran A).

Tarikh tutup permohonan  :  6 November 2012

(Sila klik Borang Permohonan Peperiksaan).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Urusetia:

Pn. Laili Ziana Ali
Bah. Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Tel :    03-89213026
e-mel :   dirlie@ukm.my



(ewarga/bul/bil.05112012-26)

 

 

 

Makluman - Industrial Discourse (Islamic Finance) Series 1 [atas]

Dimaklumkan bahawa ceramah Industrial Discourse (Islamic Finance) Series 1 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 9 November 2012
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Fakulti Undang-undang UKM

Penceramah: Prof. Dr. Mohd Ma'sum Billah
Anjuran: Fakulti Undang-Undang UKM


(ewarga/bul/bil.05112012-25)

 

 

 

Program Seminar Kesedaran Kecederaan Tajam Peringkat PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Seminar Kesedaran Kecederaan Tajam Peringkat PPUKM akan diadakan pada 27 November 2012 (Selasa) Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium PPUKM. Sebarang pertanyaan lanjut sila sila hubungi 9145 5078 / 77, Unit Kawalan Infeksi.

Sila klik : Brosur untuk maklumat lanjut


(ewarga/bul/bil.05112012-24)

 

 

 

Berita Takziah : CRIM [atas]

Allahyarhamah Puan Aishah Samsuri

Dukacitanya dimaklumkan bahawa isteri kepada Encik Mahamat Rosiki Bin Husain(Pembantu Perpustakaan di PTSL) iaitu Puan Aishah Samsuri, Pembantu Setiausaha Pejabat, N22 (Setiausaha kepada Pengarah CRIM) telah kembali ke rahmatullah pada 3 November 2012 di Hospital Kajang. Jenazah telah dikebumikan di Kuala Muda, Pulau Pinang.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al Fatihah




(ewarga/bul/bil.05112012-23)

 

 

 

Kejohanan Sukan Institusi  Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 yang bakal berlansung pada 28 Oktober – 11 November 2012 di Sekitar Lembah Kelang.

Berikut adalah pasukan yang akan bertanding:
1. Badminton
2. Bola Jaring
3. Bola Tampar
4. Bola Tampar Pantai
5. Catur
6. Ragbi 7’s
7. Sepak Takraw
8. Taekwondo
9. Tenis
10. Tenpin Boling

 

Selamat Maju Jaya Bagi Pasukan Yang Bertanding!! UKM Boleh!


(ewarga/bul/bil.02112012-22)

 

 

 

Kerja-kerja Penyelenggaraan Peralatan Rangkaian pada 10 dan 11 November 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa pihak pembekal peralatan rangkaian akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada 10 dan 11 November 2012 ini dari jam 8 pagi hingga 6.00 petang di kawasan-kawasan seperti berikut :

10 November 2012- Pusat Teknologi Maklumat, FKAB, FTSM dan Pusat Pengajian Sains Matematik.
11 November 2012 - Kolej Rahim Kajai, FSSK, Pentadbiran dan FEP

Sehubungan itu dijangkakan akan terdapat gangguan rangkaian sepanjang kerja-kerja dijalankan di lokasi tersebut. Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.02112012-21)

 

 

 

Maklumat Terkini Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-6 KESUKMA [atas]


Dimaklumkan semua peserta hendaklah berkumpul seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu)
Waktu : 9.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM

Semua peserta hendaklah mematuhi masa yag telah ditetapkan kerana bas akan bertolak tepat jam 10.00 malam. Semua peserta hendaklah berpakaian kemas sepanjang konvensyen mengikut tatacara berpakaian UKM. * Sila bawa baju batik bagi peserta lelaki dan baju kurung/kebaya bagi peserta wanita untuk majlis perasmian/makan malam. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi urusetia, bersama ini ialah senarai terkini peserta konvensyen dan surat pelepasan menghadiri konvensyen daripada Pendaftar,UKM. Sekian. Setiausaha 2 Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-6 KESUKMA.

Sila klik : surat pelepasan
Sila klik : senarai peserta



(ewarga/bul/bil.02112012-20)

 

 

 

Pertandingan Menulis Esei Peringkat Universiti, Anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02112012-19)

 

 

 

Makluman - OSK Investment Challenge - Campus Participation [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02112012-18)

 

 

 

Jemputan ke - MTDC Technology Conference 2012 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02112012-17)

 

 

 

Kejohanan Ping Pong Terbuka Novis UKM 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Ping Pong Terbuka Novis UKM 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3-4 November 2012
Masa: 8.00 pagi-11.00 malam
Tempat : Dewan Gemilang, UKM

Anjuran : Kelab Ping Pong UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM


Kategori Acara :-
1. Berpasukan (3 Perseorangan)
2. Bergu (2 orang berpasangan)

Sila klik : borang penyertaan

Maklumat lanjut hubungi : Basir Bin Bahir (Tel-92897702/0133969360, E-mail : bbasir@ukm.my)


(ewarga/bul/bil.01112012-15)

 

 

 

Gangguan Capaian Rangkaian di UKM Pada 3 Nov 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik volatan rendah di bangunan Pusat Teknologi Maklumat yang melibatkan bilik suis utama pada hari sabtu, 3 November 2012 mulai jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bekalan elektrik akan diputuskan sementara waktu dan sehubungan dengan itu capaian rangkaian di seluruh UKM akan terganggu di sepanjang proses pemasangan tersebut. Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.01112012-14)

 

 

 

Gangguan Perkhidmatan ICT, Pusat Teknologi Maklumat UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik voltan rendah di bangunan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) pada hari Sabtu, 3 November 2012 mulai jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bekalan elektrik akan diputuskan sementara waktu dan sehubungan dengan itu semua perkhidmatan yang disediakan dan diuruskan oleh PTM di seluruh UKM akan terganggu di sepanjang proses pemasangan tersebut. Segala kesulitan adalah untuk kesenangan masa depan.


(ewarga/bul/bil.01112012-13)

 

 

 

Syarahan Umum Keusahawanan [atas]

Sila klik : poster untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.01112012-12)

 

 

 

Ceramah Bersama Penceramah Jemputan Assoc. Prof. Dr. Geoffrey W. Bennett - Chemotherapy, Neurogenesis and Cognition : An Update [atas]

Dimaklumkan bahawa ceramah tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 November 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Kesihatan, Aras 2 Blok H UKM Kampus Kuala Lumpur

Sila klik : poster
Sila klik : borang permohonan

Kehadiran YBhg. Prof./ tuan/ puan dialu-alukan.


(ewarga/bul/bil.01112012-11)

 

 

 

Makluman - Young Scientist Network-Academy Of Sciences Malaysia (YSN-ASM): Nomination Of Excellent Young Scientist [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut:

Sila klik : panggilan penyertaan
Sila klik : borang permohonan
Sila klik : surat pemakluman


(ewarga/bul/bil.01112012-10)

 

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data IEEEXplore [atas]

Sesi Latihan Pangkalan Data IEEEXplore Dimaklumkan Pihak Perpustakaan dengan kerjasama United Technology Sdn Bhd akan mengadakan sesi latihan pangkalan data IEEEXplore seperti berikut:

Tarikh: 6 November 2012 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM. Pendaftaran di http://alturl.com/jjo2e.


Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.01112012-09)

 

 

 

Bank Idea Kementerian Pengajian Tinggi [atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang giat merancang dan melaksanakan beberapa program/aktiviti inovasi bagi memeriahkan lagi Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012. Bank Idea KPT merupakan program Inovasi KPT yang telah dibangunkan melalui Sistem INOVASI@ MOHE di portal KPT dan telah dibuka kepada pengguna mulai 1 Oktober 2012.

Semua warga kampus adalah dialu-alukan untuk mengemukakan idea melaui Bank Idea KPT. Idea terbaik bagi setiap bulan akan diberikan saguhati.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.01112012-08)

 

 

 

Pengemaskinian akaun tapak web UKM [atas]

Dimaklumkan versi CMS Joomla terkini ialah 2.5.7 manakala versi Wordpress terkini ialah 3.4.2. Mohon semua webmaster Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan atau mana-mana kakitangan yang mempunyai akaun di tapak web terpusat UKM dan menggunakan samada Joomla atau Wordpress, dapat menaiktaraf versi kepada yang terkini dengan seberapa segera.

Web yang tidak dinaiktaraf selepas 31 Januari 2013 akan dipasifkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pentadbir di talian 6686/7127 atau emel kepada usweb@ptm.ukm.my.


(ewarga/bul/bil.01112012-07)

 

 

 

Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Insights Amanjaya [atas]

Institut Darul Ridzuan menjemput Warga UKM untuk menghantar artikel yang berkaitan ekonomi, modal insan, penyampaian perkhidmatan kerajaan, infrastruktur, belia dan generasi muda, pelaburan dan perniagaan serta alam sekitar. untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Mohd. Nadzri Kamis di talian 05- 2412670/019-2086146 atau e-mel nadzri@idrperak.com.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.01112012-06)

 

 

 

Makluman - Workshop on Rheology [atas]

Dimaklumkan bahawa Polymer Research Center (PORCE), Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan & Alpha Analytical (M) Sdn. Bhd akan menganjurkan Workshop on Rheology pada 6-7 November 2012 dan bertempat di Bangunan Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

Sila klik brosur untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.01112012-05)

 

 

 

Majlis Perasmian Program Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Program Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 2 November 2012 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Serbaguna, Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Perasmi: Y Bhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa)

Sila klik untuk Atur cara Majlis.


(ewarga/bul/bil.01112012-04)

 

 

 

Taklimat Geran Knowledge Transfer Programme Rolling Ketiga [atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan Fasa Ketiga bagi Geran Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programmes)- Program KTP ini bertujuan untuk mengiktiraf aktiviti kerjasama melalui pemindahan idea dan teknologi, kemahiran serta pengalaman antara universiti kepada industri dan komuniti (pihak swasta/agensi kerajaan/NGO). Geran ini dibahagikan kepada dua kelompok iaitu Kelompok Industri dan Kelompok Komuniti. Pembiayaan geran KTP (sehingga maksima RM 200,000.00) adalah meliputi bidang-bidang tumpuan utama (Key Result Area) yang menyokong aspirasi negara yang telah dikenal pasti seperti berikut :

1) Pendidikan – meningkatkan tahap pendidikan di daerah-daerah tertentu; atau
2) Keuntungan ekonomi untuk sektor industri yang dikenalpasti; atau
3) Kelestarian dan Inisiatif Teknologi Hijau; atau
4) Kumpulan Kelainan Mampu atau Upaya (OKU); atau
5) Pembangunan kurikulum Industri yang relevan (untuk sektor berimpak tinggi).

Semua permohonan geran ini perlu dihantar ke Urus Setia Penyelidikan di Pejabat Hubungan Industri sebelum 30 November 2012 dalam bentuk salinan lembut dan keras (soft copy and hardcopy) serta dikepilkan (comb-binding). Sehubungan itu, satu taklimat mengenai geran ini akan diadakan pada 2hb November 2012 di Bilik Senat, jam 10.00 pagi.

Semua warga UKM yang berminat dijemput hadir. Makluman lanjut mengenai geran adalah seperti berikut; Ringkasan Geran KTP Garis Panduan Geran KTP Industri/ Komuniti Borang Permohonan KTP-Industri Borang Permohonan KTP-Komuniti Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mohon hubungi Puan Syazriza Zulkapli di talian 03-8921 3195, atau emel syazriza@ukm.my.

Sila klik : poster
Sila klik : Borang Permohonan Skim Geran Program Pemindahan Ilmu - Industri
Sila klik : Borang Permohonan Skim Geran Program Pemindahan Ilmu - Komuniti
Sila klik : Garis Panduan




(ewarga/bul/bil.01112012-03)

 

 

 

Ceramah Antenatal [atas]

Poliklinik UKM Kesihatan Akan menganjurkan ceramah antenatal bertujuan untuk memberi penerangan Dan maklumat tentang kepentingan pemakanan ibu hamil Dan persediaan untuk bersalin.Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Disember 2012
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bayaran yang dikenakan : RM10/pasangan (Makanan dan goodies bag disediakan) Terbuka kpd ibu hamil anak pertama Dan pasangan.Tempat terhad. Berminat. Sila hubungi Liza/Asiah/Ayu di talian 03- 89266331 untuk keterangan lanjut. Kakitangan UKMSC Dan pentadbiran yang layak juga digalakkan mendaftar.



(ewarga/bul/bil.01112012-02)

 

 

 

Pengedaran Kasut Perempuan dan Lelaki [atas]

Pengedaran kasut perempuan(peringkat kedua) dan kasut lelaki peringkat pertama. Hanya kakitangan yang tersenarai no. pekerja didalam lampiran sahaja. Kakitangan sila rujuk lampiran untuk nombor pekerja.

Maklumat pengagihan adalah seperti berikut:
Tarikh: 1 November 2012 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi

Sila klik : surat
Sila klik : senarai nama




(ewarga/bul/bil.01112012-01)

 

 

 

Wacana Bahasa Kebangsaan [atas]

Dimaklumkan bahawa sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, ATMA akan mengadakan Wacana Bahasa Kebangsaan bertemakan “Isu-isu Bahasa Kebangsaan” seperti berikut:


Tarikh: 31 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Majlis, UKM Bangi

Sila klik poster.


Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.31102012-142)

 

 

 

Tahniah - Pelajar Fakulti Pergigian UKM Menang Tempat Pertama dan Ketiga di Dentsply Protaper Competition peringkat Kebangsaan [atas]

Tahniah diucapkan Pelajar Fakulti Pergigian, UKM (Then Jun Xiang dan Soh Hui Yuh, Tahun 5) di bawah penyeliaan Dr Shalini Kanagasingam telah berjaya memenangi tempat pertama dan tempat ketiga dalam Dentsply Protaper Competition peringkat Kebangsaan. Mereka telah menerima hadiah produk Dentsply serta tiket penerbangan ke Hong Kong beserta penginapan.Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Summit Hotel, Subang USJ pada 23 Oktober 2012 yang lepas. Kedua-duanya yang telah bekerja berpasangan dalam kes Endodontik Protaper yang akan mewakili Malaysia ke peringkat Regional di Hong Kong pada 2-3 November 2012.

Sila klik berita bergambar.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.31102012-141)

 

 

 

Tahniah - Dr. Faizah Mohd Zaki dan ahli kumpulan beliau dari Jabatan Radiologi dan Jabatan ENT, Fakulti Perubatan UKM [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr. Faizah Mohd Zaki dan ahli kumpulan beliau dari Jabatan Radiologi dan Jabatan ENT, Fakulti Perubatan UKM kerana telah memenangi tempat kedua Best Scientific Oral Presentation di 12th Asean Oceanic Society of Pediatric Radiology pada 4 - 6 Oktober 2012 di Manila, Filipina.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.31102012-140)

 

 

 

Pembukaan Kafetaria Blok Pendidikan PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Kafetaria Blok Pendidikan PPUKM akan dibuka pada 5 November 2012 (Isnin). Kafetaria akan beroperasi mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 mlm. Semua warga PPUKM dan pelanggan dijemput hadir untuk membeli dan menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan.


(ewarga/bul/bil.31102012-139)

 

 

 

Hari Apriasi Puisi Cinta  4 (RISISITA  4) [atas]

Dimaklumkan Pusat Pengajian Umum akan mengadakan Hari AsprIasi Puisi Cinta KeEmpat (RESISITA IV) seperti berikut:

Tarikh: 08 November, 2012
Masa : 9.00 pagi – 12:00 Tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM

Antara aktiviti menarik : Pembacaan puisi dan persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti Indonesia, Brunei Darul Salam, Jordan, Republik Rakyat China, Iraq, Iran, Libya dan lain-lain lagi.

Semua warga UKM dijemput hadir.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.31102012-138)

 

 

 

Jemputan ke - Public Lecture on Possibility of Restoration of RNA via Synthetic Oligodeoxynucleotides [atas]

Tarikh: 8 November 2012
Masa: 2.30 petang
Tempat: Main Meeting Room, Level 3, MJIIT Building, UTM Kuala Lumpur, 54100 Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Penceramah: Prof. Dr. Toshifumi TSUKAHARA (Japan Advanced Institute of Science and Technology-JAIST)
Tajuk: Possibility of Restoration of RNA via Synthetic Oligodeoxynucleotides

Sila klik untuk biodata penceramah.


(ewarga/bul/bil.31102012-137)

 

 

 

Tahniah - Pelajar Fakulti Pergigian UKM [atas]

Tahniah diucapkan kepada Pelajar Fakulti Pergigian UKM (Saudari Ng Shay Lee A122365/Tahun 5) telah memenangi tempat Ke-2 di Pertandingan Ceram-X Case di peringkat Dentsply Global University Case Contest 2011/2012 yang telah dipertandingkan di IADR, Helsinki, Germany pada 12-15 September 2012 . Beliau telah memenangi Hadiah Wang Tunai RM7858 beserta dengan Trofi dan Sijil. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Summit Hotel, Subang USJ pada 23 Oktober 2012 yang lepas.

Sila klik : Gambar
Sila klik : Piala Kemenangan

Syabas !


(ewarga/bul/bil.31102012-136)

 

 

 

Makluman - International Seminar On People-Centred Development [atas]

Tarikh: 5 - 6 November 2012
Tempat: Bilik Senat UKM

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Sila klik : Brosur
Sila klik : Surat Jemputan


(ewarga/bul/bil.31102012-135)

 

 

 

Penutupan Sementara Jabatan Fisiologi [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Fisiologi akan ditutup semantara pada 1 November 2012 (Khamis) dari jam 8 pagi - 5 petang sempena Program Hari Sihat Fisiologi.Segala urusan pada hari tersebut akan dipinda pada 2 November 2012 ( Jumaat). Sekiranya terdapat urusan penting, sila hubungi : Ketua Jabatan Fisiologi Prof Madya Dr Anita Megat Mohd Nordin 0193327926.

Mohon maaf atas kesulitan.


(ewarga/bul/bil.30102012-134)

 

 

 

Kolokium Siswazah KITA [atas]

Dimaklumkan bahawa  Kolokium Siswazah KITA UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 November 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Latihan 2, Aras 6, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas


Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.30102012-133)

 

 

 

Kursus Persediaan Cuti Belajar (Peraturan/Penyelidikan) SLAB Bil. 4/2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar  dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan menganjurkan kursus tersebut pada 26 November – 01 Disember 2012. Sehubungan itu, semua kakitangan yang akan bercuti belajar dijemput menghadiri kursus tersebut. Permohonan boleh dibuat secara online melalui www.ukm.my/espel.

(ewarga/bul/bil.30102012-132)

 

 

 

Senarai Pengeluaran Item Alatulis Daripada Stok di Unit Aset, Stor Dan Pelupusan, Jabatan Bendahari, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa  perkara di atas dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Bil. 4/2012 adalah dirujuk.  Ahli Jawatankuasa memutuskan agar senarai barangan seperti di lampiran A (sila klik) tidak lagi dibekalkan oleh Unit Aset, Stor dan Pelupusan kerana pengeluarannya yang kurang aktif sebelum ini.

Namun begitu, masih terdapat beberapa baki alatulis di dalam simpanan kami. Sehubungan dengan itu, pihak Y.Bhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah membuat permohonan bagi mendapatkan barang-barang seperti disenaraikan berlampir yang masih dalam simpanan kami. Sukacita sekiranya pihak Y.Bhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan memaklumkan kepada kakitangan di bawah seliaan Y.Bhg. Prof. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk membuat permohonan melalui Sistem MPIS sebelum atau pada 16 November 2012.

(ewarga/bul/bil.30102012-131)

 

 

 

Makluman "Talk by Dr Lobsang Rapgay : Inter-face of Cognitive and Behavioural Neuroscience and Religion" [atas]

Tarikh: 5 November 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kita, Aras 4, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas


Oleh: Dr Lobsang Rapgay
Tajuk: Inter-face of Cognitive and Behavioural Neuroscience and Religion: A Focus on Buddhism.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.30102012-130)

 

 

 

Tahniah - Dr. Asmah Hamid : Menang Pembentangan Poster [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr. Asmah Hamid dari Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan kerana telah memenangi Best Poster Award di 3rd Asian Conference on Environmental Mutagens (ACEM) & 15th Conference of Chinese Environmental Mutagen Society pada 23 hingga 26 Oktober 2012 di Zhejiang Narada Grand Hotel, Hangzhou, China.

Syabas!

 

(ewarga/bul/bil.30102012-129)

 

 

 

Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-6 KESUKMA [atas]

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-6  KESUKMA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:  4 – 6 November 2012
Tempat:  Hotel Renaissance,Kota Bahtu, Kelantan


Maklumat lanjut sila layari : http://beritakesukma.blogspot.com

(ewarga/bul/bil.30102012-128)

 

 

 

Pelawaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warga UKM untuk menyertai Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1343H/2013M. Untuk maklumat lanjut sila klik lampiran berikut:

Surat Pelawaan Anugerah Maulidur Rasul SAW
Garis Panduan Anugerah Maulidur Rasul SAW
Borang Permohonan Anugerah Maulidur Rasul SAW

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Zaimi Makhtar atau Encik Barudin Baharin di talian 03-8921 5234 atau 03-8921 4757 Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK), Aras 3, Bangunan Canselori UKM Bangi. Borang permohonan serta bahan pembuktian yang telah lengkap hendaklah di hantar ke PPKK sebelum atau sebaik-baiknya pada 19 November 2012 (Isnin).

ewarga/bul/bil.30102012-127)

 

 

 

Notis Pemberitahuan Penutupan Jalan UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa kerja membaru muka jalan yang rosak dan kerja lain yang berkaitan dengannya di Jalan Temuan akan dilaksanakan pada :

Tarikh : 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa : 6.30 petang – 2.00 pagi

Sehubungan dengan itu, Jalan Temuan (iaitu dari persimpangan JPP ke Persimpangan Fakulti Pendidikan) akan ditutup sepanjang tempoh kerja tersebut dilaksanakan. Pengguna/penghuni bangunan yang terlibat akibat penutupan jalan tersebut adalah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL), Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Pusat Pengajian Umum (PPU), Bangunan Institut Perubahan Iklim dan Bangunan Tadika UKM.
Warga UKM dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif iaitu melalui Persiaran Tun Ismail Ali (Kolej Pendeta Zaaba - FST) . Mohon maaf atas kesulitan.

(ewarga/bul/bil.30102012-126)

 

 

 

Tahniah UKM menang pingat perak dan gangsa di i-nova 12 [atas]

Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah pusat pengajian sains kimia dan teknologi makanan, fakulti sains dan teknologi, UKM kerana telah memenangi dua pingat di i-nova (ekspo inovasi islam) 12 yang dianjurkan oleh universiti islam malaysia (USIM) dan kementerian pengajian tinggi malaysia. Ekspo ini telah diadakan di stadium tertutup nilai dari 20-21 oktober 2012. Pingat perak telah dimenangi oleh kajian yang diketuai oleh Dr Mohamad Azwani Shah b Mat Lazim bersama-sama Dr Siti Aishah Hasbullah, Dr Siti Fairus Mohd Yusoff, Prof Aminah Abdullah, Ayuni Fendy, Mustika Masri dan Aqeela Salfaryna Ab Razak dengan tajuk "starch-based edible plastic and coating".

Manakala pingat gangsa telah dimenangi dengan kajian yang bertajuk "multipurposes spiropyran-based smart dye". kajian ini diketuai oleh Dr Siti Aishah Hasbullah bersama-sama Dr Mohamad Azwani Shah b Mat Lazim, Dr Siti Fairus Mohd Yusoff, Rumaisa Nordin dan Atisya Rohimi.

Syabas!


(ewarga/bul/bil.29102012-125)

 

 

 

Terbitan baru Vol 2 No 2 2012 jurnal `International Journal of Public Health Research` [atas]

Makluman penerbitan baru jurnal IJPHR Vol 2 No 2 2012 bulan September 2012. Maklumat lanjut di laman web http://www.ijphr.ukm.my/ atau emelkan ke ijphr.ukm@gmail.com.


(ewarga/bul/bil.29102012-124)

 

 

 

Siri Seminar IKMAS - China`s Economy: Past Rapid Growth, Coping with Global Financial Crisis and Challenges Ahead [atas]

Oleh: Dr. Heng Siam-Heng Research Associate, East Asian Institute National University of Singapore
Tarikh: 2 November 2012 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Seminar IKMAS UKM

Untuk maklumat lanjut dan jawapan kehadiran, sila klik pada lampiran.


(ewarga/bul/bil.29102012-123)

 

 

 

Tahniah - Prof Dr. Srijit Das Atas Penerimaan Ucapan Penghargaan Daripada “The Korean Association Of Anatomists, Buyeo” [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan Kampus Kuala Lumpur kerana telah mendapat penghargaan secara bertulis daripada “The Korean Association of Anatomist, Buyeo” di atas kejayaan beliau mengadakan sesi pembentangan khas di Mesyuarat Tahunan “The Korean Association of Anatomist, Buyeo” yang ke 62 pada 19 Oktober 2012 (Jumaat). Tajuk Pembentangan: “Anatomy & Cell Biology”.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.29102012-122)

 

 

 

Kelas Senam Tari PPUKM [atas]

Dimaklumkan Kelas Senam Tari akan diadakan 2 kali seminggu pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula 30 Oktober 2012 (Selasa) jam 5.30 petang hingga 6.30 petang di PPUKM. Ahli baru dialu-alukan untuk menyertai program ini. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Nana(014 2522635) atau Puan Syamsiah (012 2959680).


(ewarga/bul/bil.29102012-121)

 

 

 

Album Majlis Konvokesyen Ke-40 UKM [atas]

Album Majlis Konvokesyen Ke-40 UKM boleh dilayari di alamat berikut http://www.ukm.my/jurufoto/Konvokesyen%20UKM%202012.html


(ewarga/bul/bil.29102012-120)

 

 

 

Sesi Latihan UFASt (University Finance & Accounting System) - Modul Perolehan [atas]

Untuk makluman Y.Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, Jabatan Bendahari akan menggunakan Sistem Kewangan yang baru mulai Januari 2013. Sistem kewangan tersebut dikenali sebagai UFASt (University Finance and Accounting System). Sehubungan itu, bagi melicinkan penggunaan sistem UFASt di PTJ Jabatan Bendahari akan mengadakan sesi latihan untuk melatih kakitangan PTJ yang menyediakan dan meluluskan pesanan rasmi.

Sukacita sekiranya pihak Y.Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dapat menghantar wakil daripada Jabatan yang mempunyai ID SKU untuk sesi latihan menyedia dan melulus Pesanan Rasmi pada tarikh dan tempat seperti lampiran. Adalah diingatkan bahawa PTJ hendaklah menghantar bilangan wakil seperti yang tercatat di lampiran kerana tempat adalah terhad. Kedatangan adalah diwajibkan . Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Adeazuan Adnan di talian 89215681.

Sila klik pada lampiran untuk jadual latihan.


(ewarga/bul/bil.29102012-119)

 

 

 

Pindaan Tarikh Pemulangan Jubah dan Pengambilan Skrol Graduan Siswazah [atas]

Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan bagi tarikh pemulangan jubah dan pengambilan skrol graduan siswazah. Tiada urusan pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah pada 25 Oktober 2012 (Khamis).

Urusan ini akan disambung semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin). Rujuk semula jadual urusan pemulangan jubah graduan Siswazah di laman web www.ukm.my/konvo untuk maklumat lanjut.

Segala kesulitan amat dikesali.


(ewarga/bul/bil.24102012-118)

 

 

 

Bengkel "Advanced Fluorescence Microscopy Workshop: Optical sectioning with ApoTome.2" [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Sistematik Serangga UKM dan Nazca Scientific (M) Sdn. Bhd akan bekerjasama mengadakan bengkel "Advanced Fluorescence Microscopy Workshop: Optical sectioning with ApoTome.2"seperti berikut:

Tarikh: 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan  Teknologi

Penyertaan terbuka kepada semua warga UKM. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Cik Adibah Bahtiar (013-6615341). Maklumat lanjut boleh didapati melalui brosur yang disertakan.

(ewarga/bul/bil.24102012-117)

 

 

 

Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa Bulan Oktober 2012 [atas]

Pembayaran tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa bulan Oktober 2012 akan dibayar bersama gaji bulan Disember 2012.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.24102012-116)

 

 

 

Jemputan Menghadiri 1st International Conference on Design and Innovation (1st ICDI 2012) [atas]

Sila klik surat atau layari http://www.indi.unimas.my/icdi2012/ untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.24102012-115)

 

 

 

Berita Takziah : Fakulti Pengajian Islam [atas]

Allahyarham Encik Kharuddin Bin Mohd Amin

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Encik Kharuddin Mohd Amin, Pensyarah, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini 23 Oktober 2012 di Hospital Serdang. Solat jenazah dijangka akan diadakan di Masjid UKM selepas zohor/asar dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Tangkas.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah

(ewarga/bul/bil.23102012-114)

 

 

 

Ujian Kemahiran Bahasa Korea: TOPIK(Test of Proficiency in Korean) [atas]


Dimaklumkan bahawa Ujian Kemahiran Bahasa Korea (Test of Proficiency in Korean: TOPIK)) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 Oktober 2012 (Ahad)
Masa: 9:00 pagi -17:00 petang
Tempat: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK

Penaja: Ministry of Education, Korea , Embassy of the Republic of Korea in Malaysia
Penganjur: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK

Maklumat Lanjut: Encik. Rou Seung Yoan @ Abd.Al-Rahim(Penyellaras Basasa Korea ) 03-89216556.



(ewarga/bul/bil.23102012-113)

 

 

 

Hari Sihat Fisiologi [atas]

Terbuka kepada semua warga UKM. Aktiviti menarik seperti senaman silat, senaman ergonomik dan pemeriksaan kesihatan (pemerikasaan gula dalam darah, lemak, tekanan darah dll).

Jangan lepaskan peluang ini! Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi : Norliza Saari (03-92897008) Norizam Salamt (03-92897015) Nur Fudhla Mohd Nawawi (03-92897207)

(ewarga/bul/bil.23102012-112)

 

 

 

Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Ke Atas Prestasi Cemerlang Perkhidmatan Di Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM [atas]

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Ismail Saiboon dan Semua Kakitangan Jabatan Perubatan Kecemasan kerana telah medapat pujian secara bertulis bertarikh 13 Oktober 2012 (Ahad).

Semoga dengan adanya maklum balas positif ini akan memberikan kekuatan dan semangat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik di PPUKM. Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.23102012-111)

 

 

 

Tahniah - Prof. Madya Dr. Mae-Lynn Catherine Bastion [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mae-Lynn Catherine Bastion dari Jabatan Oftalmologi, Fakulti Perubatan yang telah berjaya memenangi Best Poster Presentation Award di Konferens ‘DIABETES ASIA 2012’ di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 18 – 21 Oktober 2012.

Tajuk Pembentangan: Topical Insulin For Normalization Of Healing Of Corneal Epithelial Defects Induced During Vitreoretinal Surgery In Diabetics.

Syabas !

(ewarga/bul/bil.22102012-110)

 

 

 

Tahniah - Pingat Perak di EKSPO i-INOVA ( INOVASI ISLAM) 2012 [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr Roslee Rajikan, Pensyarah Kanan, Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan dan Pengetua Kolej Rahim Kajai telah memenangi Pingat Perak di EKSPO i-INOVA ( INOVASI ISLAM) 2012 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 20-21 Oktober 2012 dengan produk “MENU C-HAT 1.0” (Menu Creator for Healthy And Thrifty diet). Penyelidik bersama adalah Siti Masitah Elias, Nurul Izza Ahmad Zaidi, Nurul Hamizah Abdul Halim, & Che Nur Azira Liyana Che Rudi Produk ini adalah sebahagian dari projek dibawah geran HEJIM KOMUNITI-2011-009.

Syabas !

(ewarga/bul/bil.22102012-109)

 

 

 

Iklan  Kenaikan Pangkat Jawatan Pendaftar (Jawatan Utama - Jusa C/B) [atas]

Maklumat lanjut sila klik pautan berikut:

1. Iklan Kenaikan Pangkat Jawatan Pendaftar
2. Borang Permohonan

Maklumat lanjut sila hubungi talian 03-8921 4453.


(ewarga/bul/bil.22102012-108)

 

 

 

Pelawaan Anugerah Penyelidik Muda MASS 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) mempelawa warga UKM untuk menyertai Anugerah MASS 2012 Untuk Penyelidik Muda (Bawah 40 tahun) Cemerlang Dalam Bidang Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal.

Untuk maklumat lanjut sila klik lampiran berikut:
Surat Pelawaan Anugerah Penyelidik Muda MASS 2012
Borang Permohonan Anugerah Penyelidik Muda MASS 2012

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Zaimi Makhtar atau Encik Barudin Baharin di talian 03-8921 5234 atau 03-8921 4757 Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK), Aras 3, Bangunan Canselori UKM Bangi.

Borang permohonan serta bahan pembuktian yang telah lengkap hendaklah di hantar ke PPKK sebelum atau sebaik-baiknya pada 9 November 2012 (Jumaat).


(ewarga/bul/bil.22102012-107)

 

 

 

Pelekat Kenderaan 2013/2014 [atas]

Makluman Kepada Kakitangan UKM Pelekat Kenderaan Tahun 2013/2014 akan mula dijual pada 1 November 2012. Semua kakitangan hendaklah mendaftar di laman web Sistem Trafik.


(ewarga/bul/bil.22102012-106)

 

 

 

Sila ambil perhatian - Permohonan hebahan di Buletin Universiti (ewarga) [atas]

Sila ambil perhatian kepada warga UKM, mulai 22 Oktober 2012 (Isnin) permohonan hebahan di laman buletin universiti (ewarga) ini hendaklah dikemukakan melalui sistem eHebahan (http://www.ukm.my/ehebahan). Capaian borang secara online boleh juga dicapai pada laman portal ewarga ini, sila klik butang "Tempahan" dan seterussnya klik "Sistem eHebahan".

Pastikan warga UKM tidak lagi menghantar permohonan baru ke alamat emel pkk@ukm.my mulai tarikh berkenaan.


Urus setia
Pusat Komunikasi Korporat, UKM
Tel : 8921 5333/3370


(ewarga/bul/bil.21102012-105)

 

 

 

Live Streaming Majlis Konvokesyen UKM Ke-40 [atas]

Live Streaming Majlis Konvokesyen UKM Ke-40 boleh dilayari di URL berikut: http://live.ukm.my.

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.20102012-104)

 

 

 

Tahniah - Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, PPUKM [atas]

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, PPUKM kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam Konvensyen Peringkat Antarabangsa pada 14 – 17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia  ini mempersembahkan projek yang bertajuk "High scattered radiation during mobile radiography examination".

Tahniah  juga diucapkan kepada Kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan PPUKM kerana telah berjaya memenangi anugerah 10 kumpulan terbaik sektor awam dan anugerah 3 bintang dalam Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2012  pada 15 – 17 Oktober 2012 bertempat di KLCC. Sehubungan dengan itu kumpulan Mediprima akan mewakili Malaysia dalam Konvensyen ICQCC 2013 peringkat antarabangsa pada Oktober tahun 2013 di Taipei, Taiwan. 

Turut mendapat kejayaan yang cemerlang adalah kumpulan Benua Cipta - Jabatan Radiologi, PPUKM dan Kumpulan Unitiy- Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM yang memenangi anugerah 3 bintang dlm konvensyen yang sama.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.19102012-103)

 

 

 

Pertandingan Mencipta Logo Sistem Kewangan Dan Perakaunan Universiti (UFASt) [atas]

Jabatan Bendahari dengan sukacitanya mempelawa semua kakitangan UKM untuk menyertai pertandingan mencipta logo sistem baru yang akan mula digunakan mulai awal tahun 2013. Sistem Kewangan dan Perakaunan Universiti atau singkatannya UFASt (University Finance and Acccounting System) akan menggantikan Sistem Kewangan Universiti (SKU) sedia ada untuk digunakan di semua lapisan peringkat pengurusan dan pentadbiran kewangan dan perakaunan di UKM.

Hadiah yang ditawarkan:
Tempat Pertama:   RM500.00
Tempat Kedua:      RM300.00
Tempat Ketiga:      RM100.00

Semua penyertaan serta butiran lengkap peserta hendaklah dikemukakan kepada urusetia pertandingan di alamat berikut:

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo UFASt
Bahagian Akaun, Belanjawan & Pelaburan
Jabatan Bendahari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

Emel: jasmin@ukm.my
Telefon: 03-89214127


Sila klik untuk muat turun borang pertandingan.

Tarikh Tutup Penyertaan: 15 November 2012


(ewarga/bul/bil.19102012-102)

 

 

 

Siri Seminar INBIOSIS 22: Metabolomics-Based Functional Genomics & Systems Biology in Plants [atas]

Tajuk Seminar: Metabolomics-Based Functional Genomics & Systems Biology in Plants
Oleh: Prof. Dr. Kazuki Saito (RIKEN Plant Science Center, Japan)

Tarikh: 5 November 2012
Masa: 8:30 - 11:00 pagi
Lokasi: Dewan Seminar INBIOSIS, UKM Bangi

Maklumat lanjut layari www.inbiosis.ukm.my atau hubungi 03 89214558 (Rafidah/Hasrina)

Sila klik untuk muat turun poster & borang pendaftaran.

(ewarga/bul/bil.19102012-101)

 

 

 

Majlis Resepsi Graduasi FUU 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Resepsi Graduasi 2012 anjuran Fakulti Undang-undang UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa: 12.30 petang
Tempat: Bangunan Mahkamah Moot, FUU UKM


(ewarga/bul/bil.18102012-100)

 

 

 

Jawatan Kosong Penolong Setiausaha Pejabat di UMBI [atas]

Nama jawatan : Penolong Setiausaha Pejabat
Gred : N27
Tarikh iklan : 15-27 Oktober 2012
URL : http://mycohort.gov.my/web/vacancies.html atau sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.18102012-99)

 

 

 

Makluman "Call for papers - The 1st CHREST International Conference" [atas]

Dimaklumkan bahawa The Centre for Human Resource Studies (CHREST), Faculty Economics and Management, UKM akan menganjurkan The 1st CHREST International Conference on Labour Market Transformation and Human Resource Development pada 8 – 9 Januari 2013 bertempat di Hotel Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut sila layari http://submit.confbay.com/conf/chrest2013.


(ewarga/bul/bil.18102012-98)

 

 

 

Pindaaan Syarat Kedai Bunga/Kedai Makan di Kawasan Letak Kenderaan Panggung Seni [atas]

Sila klik : Syarat Peraturan Bagi Pengusaha Lot Kedai Makanan/Minuman Semasa Majlis Konvokesyen Ke 40 Di Kawasan Letak Kereta Panggung Seni UKM (20-23 Oktober 2012)

Sila klik : Peraturan Jualan Bunga / Cenderamata Semasa Majlis Konvokesyen Ke 40 Di Kawasan Letak Kereta Panggung Seni UKM (20-23 Oktober 2012)


(ewarga/bul/bil.18102012-97)

 

 

 

Makluman "Publishing in Academic Journals" [atas]

Dimaklumkan bahawa Publishing in Academic Journals akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 November 2012
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Auditorium, Block A, Petronas Research Sdn. Bhd., Bangi.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.18102012-96)

 

 

 

Hari Sihat Fisiologi 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan akan mengadakan "Hari Sihat Fisiologi 2012" seperti berikut:

Tarikh  : 1 November 2012 (Khamis)
Masa   : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa

Terbuka kepada warga PPUKM sahaja (untuk 20 peserta terawal)

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Norliza Saari (03-92897008)
Norizam Salamt (03-92897015)
Nur Fudhla Mohd Nawawi (03-92897207)


(ewarga/bul/bil.18102012-95)

 

 

 

Tahniah – YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sagap [atas]

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sagap, Pensyarah/Pakar Perunding Surgeri Kolorektel merangkap Penyelaras Klinikal Pusat Endoskopi Pusat Perubatan UKM (PPUKM) di atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran “ Datuk” pada 13 Oktober 2012 sempena Ulangtahun Hari Kelahiran Yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Sila klik untuk surat pengurniaan.


(ewarga/bul/bil.18102012-94)

 

 

 

Jemputan Menyertai Pertandingan Reka Cipta Alatan Inovatif untuk Orang Pekak 2012 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.18102012-93)

 

 

 

Pemakluman Pelantikan Semula Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia [atas]

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin sebagai Naib Canselor UKM untuk tempoh satu (1) tahun berkuatkuasa mulai 28 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2013.

Lembaga Pengarah Universiti mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu agar YBhg. Tan Sri Naib Canselor dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti.

Pendaftar, UKM



(ewarga/bul/bil.18102012-92)

 

 

 

Pemakluman Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri Dan Masyarakat) UKM [atas]

Dengan hormat dan sukacitanya  dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (6) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri  Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Saran Kaur Gill sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri Dan Masyarakat) untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2014.

Lembaga Pengarah Universiti mengucapkan tahniah  di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu agar beliau dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti. 

Pendaftar, UKM



(ewarga/bul/bil.18102012-91)

 

 

 

Makluman "Workshop on Natural Disasters and Climate Change in Asia" [atas]

Dimaklumkan bahawa Workshop on Natural Disasters and Climate Change in Asia akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 - 7 November 2012
Tempat: Equatorial Hotel, Bangi, Selangor


Sila klik untuk maklumat lanjut.

Risalah dan Borang Pendaftaran boleh dimuat-turun di URL berikut http://www.ukm.my/seadpri/?p=912



(ewarga/bul/bil.18102012-90)

 

 

 

Majlis Graduan Doktor Falsafah 2012 FSSK [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Graduan Doktor Falsafah 2012 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa: 2.45 petang
Tempat: 3B-301 FSSK UKM


(ewarga/bul/bil.17102012-89)

 

 

 

Jemputan Ke Ceramah Pembelajaran Inter-Profesional - 23 Oktober 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa satu ceramah yang bertemakan pembelajaran secara inter-profesional akan diadakan sempena kajian yang akan dijalankan bersama sekumpulan pensyarah dan pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan. Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan kakitangan dan pelajar kepada konsep pembelajaran secara inter-profesional di samping menerapkan kepentingan amalan konsep ini dalam bidang rehabilitasi. Ceramah ini akan turut meninjau kaedah untuk mengaplikasikan konsep pembelajaran secara inter-profesional dalam kurikulum yang sedia ada.

Maklumat tentang ceramah adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 23 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 3.30 – 5.00 petang
Tempat: Pusat Kembangan Pelajar (PKP), Kolej Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.
Penceramah: Prof. Dr. Nabishah bt Mohamad,  Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) PPUKM

Sehubungan dengan itu, sukacita Y.Bhg. Prof./Dr. adalah dijemput hadir untuk menyertai program ini. Penyertaan peserta akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPEL). Sila hubungi Cik Nazurah di talian 019-2964078 atau e-mel: nazurahalwi@gmail.com untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.17102012-88)

 

 

 

Jawatan Kosong Pembantu Penyelidik (RA) bagi Kursi UKM- Yayasan Sime Darby [atas]

Sila layari http://www.ukm.my/ukm-ysd.susdev/?page_id=354 untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.17102012-87)

 

 

 

Syarahan Umum Angkasawan [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa, UKM akan menganjurkan Syarahan Umum Angkasawan pada 30 Oktober 2012 bertempat di DECTAR UKM.

Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.17102012-86)

 

 

 

Gangguan Capaian Rangkaian Keluar UKM (Internet) [atas]

Dimaklumkan bahawa rangkaian keluar UKM sedang mengalami gangguan disebabkan masalah teknikal di pihak ISP (Jaring).
Walaubagaimanapun capaian dalaman UKM boleh dicapai seperti biasa. Pihak kami akan memaklumkan status capaian dari masa ke semasa.

Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.17102012-85)

 

 

 

Makluman "Workshop on Natural Hazards and Climate Change Adaptation" [atas]

Dimaklumkan bahawa Workshop on Natural Hazards and Climate Change Adaptation akan diadakan seperti beruikut:

Tarikh: 9 November 2012
Tempat: Aseania Resort Langkawi, Langkawi Island, Malaysia

Penganjur: Minerals and Geoscience Department of Malaysia (JMG), Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute of Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) and Geological Survey of Finland (GTK)

Sila klik untuk maklumat lanjut.

Risalah dan Borang Pendaftaran boleh dimuat-turun di URL berikut http://www.ukm.my/seadpri/?p=931.


(ewarga/bul/bil.17102012-84)

 

 

 

Majlis Sambutan Minggu Obesiti sedunia Peringkat PPUKM [atas]

Dimaklumkan Klinik Obesiti dan Metabolik buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Sambutan Minggu Obesiti sedunia Peringkat PPUKM seperti berikut:

Tarikh: 24-25 Oktober 2012 (Rabu-Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Lobi Utama, Blok Klinikal PPUKM

Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran khususnya kepada warga UKM mengenai obesiti. 

Antara aktiviti menarik : 
Ceramah-ceramah daripada Pakar Perubatan, Pakar Bedah, Pakar Psikologi, Pakar Pemakanan dan Pakar Fisioterapi.

Shopping Spree with Obesity Team (beserta kupon membeli-belah) ,Chit-chat Diet, Personal Talk with Counselor, Kuiz, Pameran Kesihatan dan Senamrobik "Shake your Body". 

Sila klik untuk poster.

Mari meriahkan bersama tanda sokongan anda!



(ewarga/bul/bil.17102012-83)

 

 

 

Pemakluman Gangguan Capaian Internet di PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa capaian internet akan mengalami gangguan di seluruh PPUKM berikutan kerja-kerja menaiktaraf peralatan keselamatan (firewall) yang akan dijalankan pada 17 Oktober 2012(Rabu) bermula dari 6.00 petang sehingga 8.00 malam. Walaubagaimanapun capaian dalaman UKM boleh dicapai seperti biasa. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.

Segala kesulitan amat dikesali. Untuk makluman lanjut sila hubungi sambungan 5300.



(ewarga/bul/bil.16102012-82)

 

 

 

Makluman “The 3rd International Seminar/Workshop On Latin American And Asian Studies (LASA 3)” [atas]

Dimaklumkan bahawa dimaklumkan bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON) dengan kerjasama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Pusat Pengajian Umum (PPU) akan menganjurkan The 3rd International Seminar/Workshop On Latin American And Asian Studies(LASA 3) pada 17-18 Oktober 2012 di Puri Pujangga, UKM.



(ewarga/bul/bil.16102012-81)

 

 

 

Jemputan Menghantar Penyertaan Bagi Anugerah Ikon Varsiti [atas]

Dimaklumkan bahawa BH menerusi sisipan Varsiti dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan pencarian pemenang Anugerah Ikon Varsiti BH 2012. Anugerah berkenaan bertujuan memilih penuntut yang boleh dijadikan IKON bagi memberi inspirasi bukan saja dalam kalangan mahasiswa, bahkan generasi muda hari ini supaya cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan seharian bersesuaian dengan kehendak negara yang memerlukan generasi unggul bagi mewarisi kempimpinan negara.

Semua IPTA, IPTS, Politeknik, Institut Kemahiran dan Kolej Komuniti dapat menghantar penyertaan. Berikut disediakan borang dan poster untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.16102012-80)

 

 

 

Tahniah - UKM Johan Pertandingan SME - University Internship 2012 [atas]

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2012- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memenangi tempat pertama dalam Program SME-University Internship 2012 Championship yang telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC). Pasukan UKM telah berjaya membantu perniagaan Butik mumDreams dari segi cadangan dan penambahbaikan. mumDreams merupakan jenama tempatan yang mengkhususkan kepada rekaan busana berkonsepkan muslimah serta produk untuk ibu hamil dan menyusu di samping produk-produk bayi. Di atas usaha keras ini, pasukan UKM telah memenangi wang tunai RM 12,000, iPad untuk setiap pelajar, trofi, sijil serta skim pembiayaan kewangan Prosper Siswazah sebanyak RM50,000 oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Pasukan UKM telah mengatasi USIM dan UniMap, dalam peringkat akhir yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga. Butik mumDreams turut menerima wang tunai RM3,000 dan iPad. Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Program ini dianjurkan oleh SME Corporation Malaysia dengan kerjasama Kementrian Pengajian Tinggi untuk mengenalpasti kebolehan dan keupayaan pelajar menganalisis kelemahan SME serta memberi impak yang positif kepada syarikat yang terlibat. Sebanyak 68 orang pelajar dari 12 IPTA menyertai pertandingan ini.

Syabas!


(ewarga/bul/bil.16102012-79)

 

 

 

Tahniah - SERI Merangkul Anugerah GOLD di Malaysia GreenTech Awards 2012 bagi kategori 'GreenTech University' [atas]

Tahniah  diucapkan kepada Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) yang telah merangkul Anugerah GOLD di Malaysia GreenTech Awards 2012 bagi kategori ‘GreenTech University’ yang dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Anugerah telah disampaikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri kepada YBhg. Naib Canselor UKM pada 12 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Sila klik untuk sijil dan gambar.


Syabas!


(ewarga/bul/bil.16102012-78)

 

 

 

Raptai Penuh Majlis Konvokesyen UKM Ke-40 [atas]

Semua wakil Fakulti/Institut/Pusat yang terlibat diminta menghadiri raptai penuh Majlis Konvokesyen UKM ke-40 seperti berikut:

Tarikh: 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Fakulti/Institut/Pusat diminta untuk mengingatkan penerima Ijazah Kehormat, Profesor Emeritus/Emerita Tahun 2012 berkaitan raptai penuh majlis konvokesyen ini.


Sila klik untuk muat turun tentatif raptai.


(ewarga/bul/bil.15102012-77)

 

 

 

Jemputan ke Pertandingan Berbalas Pantun Rakyat Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya [atas]

Dimaklumkan bahawa Perbadangan Putrajaya ingin menjemput warga UKM (kakitangan/ pelajar) untuk menyertai Pertandingan Berbalas Pantun Rakyat Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bagi yang berminat, surat, brosur dan borang penyertaan adalah seperti dilampirkan <sila klik>, dimohon untuk melengkapkan borang penyertaan dan menghantarkannya kepada Puan Farah Farzana Rasol di Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat atau mengemelkan borang (scan) ke emel farahf@ukm.my selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2012.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Farah di talian 8921 3355.


(ewarga/bul/bil.15102012-76)

 

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data Karger, Wiley Blackwell dan Ebscohost [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Dr Abdul Latiff akan mengadakan sesi latihan Karger, Wiley Blackwell dan Ebscohost seperti berikut:

Tarikh: 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa  : 10.30 pagi : Karger
          11.30 pagi : Wiley Blackwell
          2.30 petang : Ebscohost

Bertempat di Makmal Digital, Perpustakaan Dr Abdul Latiff UKM Kampus Kuala Lumpur. Terbuka kepada ahli akademik, penyelidik dan semua pelajar UKM.


Sila klik untuk butiran lanjut.

Pendaftaran secara walk-in juga dialu-alukan.



(ewarga/bul/bil.15102012-75)

 

 

 

Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-40 [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-40 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 20 - 23 Oktober 2013 (Sabtu-Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: DECATR UKM Bangi

Sila klik untuk jadual sidang konvokesyen.


(ewarga/bul/bil.12102012-74)

 

 

 

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2012 [atas]

Majlis Pengiktirafan Penyelia PhD dan Pemakaian Jubah adalah majlis untuk mengiktiraf Penyelia-penyelia yang telah berjaya menghasilkan graduan doktor falsafah. Majlis ini juga adalah untuk menghargai graduan doktor falsafah yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan menghasilkan penyelidikan yang akan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) bersempena Majlis Konvokesyen, Universiti Kebangsaan Malaysia ke-40.

Majlis ini dianggap sebagai Majlis Pra Konvokesyen yang akan dimulakan dengan perarakan akademik oleh Penyelia dan Ahli Senat. Majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Tan Sri Naib Canselor, dan seterusnya majlis akan dimulakan dengan penganugerahan MIMOS Prestigious Award. Anugerah daripada MIMOS Berhad tersebut merupakan julung kali diadakan pada tahun ini yang mengiktiraf graduan dan penyelidikan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MIMOS Berhad dan Universiti. Sejurus selepas penganugerahan tersebut, upacara pemakaian jubah dimulakan.

Upacara pemakaian jubah tersebut memerlukan Penyelia Utama atau Kedua untuk menyarungkan jubah konvokesyen kepada graduan seliaan masing-masing. Simboliknya upacara ini adalah bagi mengiktiraf Penyelia yang berjaya menyelia dan membimbing graduan doktor falsafah yang telah menghasilkan penyelidikan dan menamatkan pengajian, di samping meraikan graduan tersebut.  

Sila klik : Tentatif acara
Sila klik : Borang Pengesahan Kehadiran Graduan
Sila klik : Borang Pengesahan Kehadiran Penyelia Utama dan Kedua
Sila klik : Pelekat Ahli Akademik UKM
Sila klik : Poster


(ewarga/bul/bil.12102012-73)

 

 

 

Bersama Sayed Munawar dalam  Program Kembara Buku Bersama Sayed Munawar [atas]

Temui Tuan Sayed Munawar dalam  Program "Kembara Buku Bersama Sayed Munawar" pada 16 Oktober 2012, Jam 2.30 Petang bertempat di Bilik Sanggar Ilmu, PTSL. Lihat Poster : http://www.ukm.my/library/munawar.jpg


(ewarga/bul/bil.12102012-72)

 

 

 

Makluman Kerja Naiktaraf Ruang Tempat Letak Kereta Bangunan Pusanika [atas]

Dimaklumkan bahawa Tempat Letak Kereta/ Motosikal di sekitar Bangunan Pusanika UKM Kampus Bangi  sedang menjalani proses naiktaraf (kerja  lanskap dan ubahsuai petak letak kereta) oleh pihak Jabatan Pengurusan dan Penyelenggaraan (JPP).

Sehubungan itu, adalah diharapkan semua warga UKM mengambil maklum dan memberikan kerjasama kepada pihak JPP dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja tersebut.


(ewarga/bul/bil.12102012-71)

 

 

 

Makluman "Call for papers - IconSpace2013" [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM akan menganjurkan The 2013 International Conference on Space Science & Communication (IconSpace2013) pada 1-3 Julai 2013 bertempat di Melaka. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ukm.my/iconspace2013 .


(ewarga/bul/bil.12102012-70)

 

 

 

Jemputan Menyertai The 14th REAAA Conference 2013 [atas]

Sila klik untuk untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12102012-69)

 

 

 

Larian 20 Tahun FSK (5km Costume Fun Run) [atas]

Dimaklumkan bahawa Dimaklumkan bahawa, sempena minggu sambutan 20 tahun FSK, pihak fakulti ingin menjemput semua warga fakulti untuk menyertai acara larian 20 tahun FSK. Segala perincian adalah seperti berikut;


Tarikh : 17 Oktober 2012 (Rabu)
Masa: 2.45 petang
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa (Bekas Tapak Eye On Malaysia)

Syarat Penyertaan :
- Terbuka kepada semua kakitangan FSK dan pelajar FSK, UKMKL
- Peserta perlu memakai kostum yang sopan untuk menyertai larian ini

Hadiah menarik menanti para pemenang;
- Door gift bagi 400 peserta terawal
- 3 Best Costume
- 10 cabutan bertuah

Penglibatan kakitangan akan dimasukkan ke dalam e-SPEL dan pengangkutan bas disediakan untuk kakitangan & pelajar di bawah Foyer TIBE pada jam 2.30 petang.

Sila klik untuk poster.

Sebarang pertanyaan berkaitan acara larian ini boleh hubungi Cik Atiah : 03-26878098 / Cik Faizah : 03-92897934.


(ewarga/bul/bil.12102012-68)

 

 

 

Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Siri 10: “Tekanan Di Tempat Kerja: Tips Menanganinya” [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Siri 10 (Bil. 3/2012) yang bertajuk Tekanan Di Tempat Kerja : Tips Menanganinya seperti berikut:

Tarikh : 8 November 2012
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan menghadiri seminar yang dianjurkan ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga UKM. Permohonan mengikuti seminar berkenaan boleh dilakukan melalui Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL).

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :
03-8921 3257      -              Siti Rahimah Umar
03-8921 4350      -              Norlinda Omar

Sila klik untuk atur cara.


(ewarga/bul/bil.12102012-67)

 

 

 

Saksikan Prof. Dr. Abd Rahim Md Nor di Astro Awani, jam 3.30 petang 14 Oktober 2012 [atas]

Warga UKM dialu-alukan menyaksikan temubual Prof Dr Abd Rahim Md Nor, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan melalui siaran Astro Awani tentang Aspek Pengangkutan Awam Dalam Bajet 2013 pada 14 Oktober 2012 (Ahad) jam 3.30 petang.

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.12102012-66)

 

 

 

Jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Penyampaian Dana Siswi [atas]

Majlis Bacaan Yasin dan Penyampaian Dana Siswi SUKMANITA Tahun 2012 Anjuran
Biro Tabung Kebajikan & Pelajaran SUKMANITA pada:

Tarikh: 12 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa: 12.30 tgh
Tempat: Surau Kolej Dato Onn.

Semua ahli SUKMANITA dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.11102012-65)

 

 

 

Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan UKM 2012 [atas]

Dimaklumkan Pihak Perpustakaan akan mengadakan Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan UKM 2012 seperti berikut:

Tarikh: 16 Oktober 2012 (Selasa)
Masa  : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Dataran Tun Seri Lanang, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Antara aktiviti menarik : 
Cabutan Bertuah, Kuiz, Jumble Sale, Pameran & Jualan Buku oleh PTS, dan Kembara Buku Bersama Sayed Munawar bertempat di Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, jam 2.30 petang.

dan 

Tarikh: 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa  : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Pusat Perubatan UKM, Cheras dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, Kuala Lumpur

Jom meriahkan bersama!


(ewarga/bul/bil.11102012-64)

 

 

 

Projek Khidmat Masyarakat Semaian Kasih [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Sains Pertuturan dan Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong akan menganjurkan Projek Khidmat Masyarakat Semaian Kasih seperti maklumat berikut:


Tarikh: 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa:   7.45 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong

Anjuran :  Siswa tahun tiga Program Sains Pertuturan dan Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan dan guru-guru Program Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong

Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.11102012-63)

 

 

 

Bengkel Penyediaan Jadual Pemisahan Rekod (JPR) Pusat Tanggungjawab (PTJ) [atas]

Dimaklumkan bahawa Bengkel Penyediaan Jadual Pemisahan Rekod (JPR) Pusat Tanggungjawab (PTJ) UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 – 12 OKTOBER 2012 (Khamis & Jumaat)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Puri Pujangga UKM

Sila klik  untuk semakan nama peserta.  Para peserta diminta hadir pada masa yang telah ditetapkan.  Setiap wakil PTJ diminta untuk membawa Senarai Fail PTJ masing-masing bagi memudahkan sesi latihan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norma Ibrahim  (samb. 4681)  atau Pn. Fida (samb. 4447).


(ewarga/bul/bil.10102012-62)

 

 

 

Penutupan Sementara Tempat Letak Kereta/ Motosikal di sekitar Bangunan Pejabat Dekan Fakulti Pergigian dan Perpustakaan Dr. Abd. Latiff UKM KKL [atas]

Dimaklumkan bahawa Tempat Letak Kereta/ Motosikal di sekitar Bangunan Pejabat Dekan Fakulti Pergigian (Tempat Berkumpul E6) dan Perpustakaan Dr. Abd. Latiff UKM Kampus Kuala Lumpur  akan ditutup kepada kakitangan dan pelawat pada 15 Oktober 2012 (Isnin) bermula jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 petang sempena Majlis Perasmian Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu yang akan diadakan di Dewan Kuliah 1, UKM Kampus Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, adalah diharapkan semua warga UKM Kampus Kuala Lumpur mengambil maklum dan memberikan kerjasama kepada pihak Bahagian Keselamatan, UKM Kampus Kuala Lumpur.


(ewarga/bul/bil.10102012-61)

 

 

 

Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa pasukan debat UKM akan menentang pasukan dari UIA dalam Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012. Pertandingan yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 3 petang esok, 11 Oktober 2012.

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.10102012-60)

 

 

 

Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Alam dan Tamadun Melayu dengan kerjasama Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia akan menganjurkan Seminar tersebut seperti maklumat berikut :


Tarikh: 15-16 Oktober 2012 / 29-30 Zulkaedah 1433H
Tempat: Bilik Senat & Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Anjuran :  Institut Alam dan Tamadun Melayu dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.10102012-59)

 

 

 

Pertandingan Business Idea Challenge UKM 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa UKM-CESMED akan mengadakan pertandingan Business Idea Challenge UKM 2012 pada 19 Oktober 2012 yang menawarkan hadiah wang bernilai RM5000 ringgit. Peneyertaan terbuka kepada semua pelajar UKM. Untuk penyertaan & maklumat lanjut sila layari www.ukm.my/bic



(ewarga/bul/bil.10102012-58)

 

 

 

Tahniah - Menang Pembentangan Poster (Tempat ke-2) di 1st Malaysian Congress of Toxicology [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nihayah Muhammad dari Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan kerana telah memenangi Pembentangan Poster (tempat ke-2) di 1st Malaysian Congress of Toxicology pada 2 hingga 3 Oktober 2012 di The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Tajuk: Antioxidant and Genotoxicity Protective Effects of Ficus deltoidea Aqueous Leaf Extract on Malathion-Induced Rats.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.10102012-57)

 

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data SpringerLink & SciFinder [atas]

Dimaklumkan Pihak Perpustakaan akan mengadakan sesi latihan SpringerLink & SciFinder seperti berikut:

Tarikh: 16 Oktober 2012 (Selasa)
Masa  : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM.

Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.10102012-56)

 

 

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan National Instruments Sdn. Bhd. [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan National Instruments akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Oktober 2012 (Isnin)
Masa: 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6, Canselori

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM di talian 03-8921 6853/6858.


(ewarga/bul/bil.10102012-55)

 

 

 

Program Kitar Semula di PPUKM [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10102012-54)

 

 

 

Tahniah - Pelantikan Jawatankuasa bertindak Kajian Hala Tuju Bidang Fisioterapi oleh KPT [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof Madya Dr Hjh Ayiesah Hj Ramli(Pengerusi), En Leonard Joseph dan Puan Zainura Abdul Karim, Fakulti Sains Kesihatan UKM kerana telah dilantik sebagai ajli Jawatankuasa bertindak kajian hala tuju bidang Fisioterapi oleh pihak KPT.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.10102012-53)

 

 

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan National Central University, Taiwan [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan National Central University, Taiwan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Canselori

Kod Pakaian : Formal

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.09102012-52)

 

 

 

Program Sihat - Senamrobik & Senamseni [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM menjemput semua warga UKM untuk menyertai program Program Sihat - Senamrobik & Senamseni seperti berikut:

Hari: Setiap Isnin, Selasa & Jumaat
Masa: 5.30 petang
Tempat: Pusat Sukan UKM

Tema warna pakaian:
Isnin        -    Biru
Selasa     -    Hijau
Jumaat    -    Merah

Aktiviti ini akan tetap diteruskan sekiranya hari hujan. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 
03-8921 4192        Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454        En. Asyraf / En. Yazid / Cik Alia


(ewarga/bul/bil.09102012-51)

 

 

 

Peperiksaan Perkhidmatan Dan Khas Siri 2 [atas]

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan dan Khas  bagi Siri 2  bagi kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan UKM dan Pusat Perubatan adalah seperti berikut: 

Tarikh: 18 – 21 Disember 2012
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Abdullah Salleh (DTAMS)

Bagi Peperiksaan Perkhidmatan (kakitangan  lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan) Kakitangan ini akan ditawarkan terus melalui surat. Sila klik Jadual A.

Manakala  Peperiksaan Khas (kakitangan ingin memasuki skim perkhidmatan tertentu melalui urusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan). Sila klik jadual B dan borang permohonan Peperiksaan Khas). Permohonan masih lagi dibuka  bagi calon-calon Peperiksaan Khas selewat-lewatnya 18 Oktober 2012.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Urus Setia:
Tel 03-89213026 (Pn. Laili Ziana), Emel: dirlie@ukm.my


(ewarga/bul/bil.09102012-50)

 

 

 

Syarahan Perdana Oleh Profesor Dr. Yasmin Anum Mohd Yusof [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk ‘Alga Chlorella Vulgaris : Anugerah Alam Untuk Kesihatan’ oleh Profesor Dr. Yasmin Anum Mohd Yusof, Profesor di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa :  8.30 pagi
Tempat:  Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan,
Canselor Tuanku Ja’afar
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Sila klik untuk lihat poster.

Semua dijemput hadir.


** Warga Kampus Kuala Lumpur (KKL), bas disediakan seperti berikut :

Tarikh : 12 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa:7.30 pagi
Tempat menunggu:   Foyer TIBE.


(ewarga/bul/bil.09102012-49)

 

 

 

Gangguan Capaian Rangkaian Keluar UKM (Internet) [atas]

Dimaklumkan bahawa rangkaian keluar UKM sedang mengalami gangguan disebabkan masalah teknikal di pihak ISP (Jaring). Walaubagaimanapun capaian dalaman UKM boleh dicapai seperti biasa. Pihak kami akan memaklumkan status capaian dari masa ke semasa.

Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.09102012-48)

 

 

 

Perasmian Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan [atas]

Dimaklumkan bahawa majlis Perasmian Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh: 15 Oktober 2012
Masa: 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 1, Kampus Kuala Lumpur

Sila klik untuk atur cara.

Majlis akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. M. Zawawi Ismail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. 

Semua warga FSK dijemput hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini.


(ewarga/bul/bil.09102012-47)

 

 

 

Pemakluman Awal Tarikh Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bagi Tahun 2013 [atas]

Dalam Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI) Bersama Pihak Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) IPT Bil. 3/2012, Kementerian Pengajian Tinggi membuat pemakluman awal tarikh pembukaan permohonan geran-geran penyelidikan seperti berikut:

 

Pembukaan Geran

Tarikh

1

Permohonan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

 

01 Okt 2012 - 19 Nov 2012
2 Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

 

20 Dis 2012 - 20 Feb 2013
3 Permohonan Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) 18 Jan 2013 - 19 Mac 2013
4 Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 18 Feb 2013 - 18 Apr 2013

Sehubungan itu, penyelidik yang berminat untuk memohon boleh membuat persediaan awal penyediaan cadangan penyelidikan. CRIM akan membuat pemakluman rasmi sekali lagi setelah menerima surat daripada Kementerian yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi. Borang permohonan dan Garis Panduan boleh dimuat turun daripada http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php . Tarikh yang dinyatakan ini dan syarat permohonan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan oleh KPT.


(ewarga/bul/bil.09102012-46)

 

 

 

Iklan Sebutharga PPpN 02/2012: Perkhidmatan Membekal dan Menghidang Makanan Bermasak ke Pusat PERMATApintar ™ Negara [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar™ Negara sedang membuka Sebutharga Bagi Perkhidmatan Membekal dan Menghidang Makanan Bermasak ke Pusat PERMATApintar™ Negara. Sebutharga ini adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Kewangan serta berpengalaman bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan membekal dan menghidang makanan.

Dokumen sebutharga boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Pusat PERMATApintar ™ Negara pada waktu berikut:
Waktu Urusan :
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 16 Oktober 2012 (Selasa), jam 12.00 tengah hari. Sila bawa bersama Salinan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


(ewarga/bul/bil.09102012-45)

 

 

 

Kuiz Web of Knowledge anjuran Thomson Reuters 2012 [atas]

Kuiz Web of Knowledge anjuran Thomson Reuters sedang berlangsung, warga UKM dialu-alukan untuk turut serta

Kuiz 1 :9 Oktober– 31 Disember 2012  
Kuiz 2: 6 November – 31 Disember 2012
Kuiz 3: 4 Disember – 31 Disember 2012
 
Pengumuman Pemenang - 15 Januari 2013

Hadiah Utama:

• Pertama: Apple iPhone 5, 32GB
• Kedua : Apple iPhone 5, 16GB
• Ketiga: Canon Powershot S110

Maklumat lanjut di http://science.thomsonreuters.sg/quizMY/




(ewarga/bul/bil.09102012-44)

 

 

 

Pertandingan Merekacipta Video Dakwah Interaktif Zakat IPT [atas]

Pertandingan merupakan kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan 6 IPT yang terpilih (UKM, UPM, UiTM, UiAM, UNITEN dan MMU). Ianya terbuka kepada semua warga UKM yang berkemahiran dan berminat dalam menghasilkan Video Dakwah Interaktif Zakat. Video Interaktif boleh dihasilkan dalam bentuk Digital/Animasi ataupun Real-Person. Sebarang informasi lanjut boleh layari laman web Lembaga Zakat Selangor di www.e-zakat.com.my. Sila klik untuk brosur.

Anda juga boleh melayari laman interaktif Unit Zakat di Facebook/Tabung Amanah Zakat UKM atau hubungi pegawai kami di talian 03-8921 5820 bagi sebarang info lanjut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2012.


(ewarga/bul/bil.09102012-43)

 

 

 

Alumni Homecoming Golf 2012 Kali Ke-3 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Perhubungan Alumni, UKM dengan kerjasama Pusat Sukan, UKM akan menganjurkan  Alumni Homecoming Golf 2012 Kali Ke-3 seperti berikut:
Tarikh:  3 November 2012 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi
Tempat : Kelab Golf Danau, UKM

Tetamu Diraja         :
DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Canselor UKM

Bersama

DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud

Sehubungan dengan itu, Pejabat Perhubungan Alumni, UKM dengan segala hormatnya menjemput dan sangat mengalu-alukan penyertaan pemain golf di kalangan  warga UKM  ke Alumni Homecoming Golf 2012 Kali Ke-3 pada kali ini.
Sila klik untuk brosur dan borang penyertaan.


(ewarga/bul/bil.08102012-42)

 

 

 

Notis Gangguan Bekalan Air 8 Oktober 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan tekanan air dari paip air bekalan utama yang membekalkan air ke UKM ketika ini. Perkara ini adalah di luar kawalan pihak JPP UKM. Diharap agar seluruh warga UKM dapat bersama-sama menggunakan air secara berhemah.
Segala kesulitan amatlah dikesali.


(ewarga/bul/bil.08102012-41)

 

 

 

Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-6 Anjuran KESUKMA Dan Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-6 Anjuran KESUKMA Dan Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4-6 November 2012 (Ahad-Selasa)
Tempat : Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Sila klik untuk brosur dan maklumat lanjut.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.05102012-40)

 

 

 

Gangguan Capaian Rangkaian Di Seluruh Bangunan UKM Bangi [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan alat ubah utama di Pencawang Elektrik Utama 33KV, Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari sabtu, 6 Oktober 2012 mulai jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Sehubungan dengan itu capaian rangkaian di seluruh UKM juga dijangkakan akan terganggu sepanjang penyelenggaraan tersebut.

Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.05102012-39)

 

 

 

eBuku 'Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan' [atas]

Pusat Pembangunan Akademik UKM telah menerbitkan e- buku berjudul 'Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan' yang boleh dicapai secara percuma oleh semua warga UKM di URL berikut:

http://www.scribd.com/doc/108797490


(ewarga/bul/bil.05102012-38)

 

 

 

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyertai kejohanan  yang bakal berlansung ini pada 28 Oktober – 11 November 2012 di Sekitar Lemabh Klang.
Berikut adalah acara yang disertai oleh Kontingen UKM :

  1. Badminton Lelaki & Wanita
  2. Bola Jaring
  3. Bola Tampar Lelaki &  Wanita
  4. Catur Lelaki & Wanita
  5. Ragbi 7’s
  6. Sepak Takraw
  7. Taekwondo Lelaki & Wanita
  8. Tenis Lelaki  
  9. Tenpin Boling Lelaki & Wanita

Selamat Berjuang & Maju Jaya !

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Hanim di talian 03-89214839.


(ewarga/bul/bil.05102012-37)

 

 

 

Makluman "Nutrition & Metabolism Refresher dan Nutrition, Metabolomics & Bioinformatics" dan "Nutrition, Metabolomics & Bioinformatics" [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.05102012-36)

 

 

 

Soal Selidik - Meningkatkan Potensi dalam bidang Pendidikan Terutamanya Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran [atas]

Kepada para pendidik di harap dapat melengkap soal selidik dengan klik pada pautan ini https://www.surveymonkey.com/s/aplikasi_Web20 untuk tujuan meningkatkan potensi dalam bidang pendidikan terutamanya penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran.


(ewarga/bul/bil.05102012-35)

 

 

 

Gangguan Bekalan Elektrik di Kampus UKM Bangi [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Alatubah Utama di Pencawang Eletrik Utama 33 KV, UKM Bangi pada 6 Oktober 2012 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 mlam. Sehubungan dengan itu gangguan bekalan elektrik akan berlaku di beberapa tempat di Kampus UKM Bangi dalam tempoh berkenaan.

Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.


(ewarga/bul/bil.04102012-34)

 

 

 

Makluman "1st National Stem Cell Congress" [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Perubatan Molekul, UKM (UMBI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan program seperti berikut:


1st NATIONAL STEM CELL CONGRESS

Tarikh:  29-30 Oktober 2012
Tempat:  Hotel Istana, Kuala Lumpur

Yuran Pendaftaran
Doktor, Saintis, Pensyarah dan lain-lain RM500
Pelajar Pasca Siswazah RM450

Untuk keterngan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-91718459/03-91718461 (En. Mohd Raziff Alias/Faridah Hanum Yamin/Narimah Khaliani ) atau sila layari laman sesawang UMBI iaitu: http://www.ukm.my/umbi


(ewarga/bul/bil.04102012-33)

 

 

 

Bengkel Pelaksanaan Kajian Pemurnian Penjawatan [atas]

Dimaklumkan bahawa Bengkel Pelaksanaan Kajian Pemurnian Penjawatan anjuran JPA dan KPT dengan kerjasama UKM akan diadakan pada 11-12 Oktober 2012 bertempat di Aras 5, Bangunan Canselori UKM.




(ewarga/bul/bil.04102012-32)

 

 

 

Tahniah - Lantikan AJK Bertindak Kajian Halatuju Pendidikan Optometri [atas]

Tahniah diucapkan kepada kakitangan Program Optometri & Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan yang telah dilantik menjadi AJK Bertindak Kajian Halatuju Pendidikan Optometri oleh Kementerian Pengajian Tinggi; terdiri daripada Pengerusi: Prof Dr Norhani Mohidin, Setiausaha: Dr Zainora Mohammed, Ahli: Prof Dr Sharanjeet Kaur, Prof/Madya Dr Bariah Mohd Ali.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.04102012-31)

 

 

 

Peluang Pekerjaan Sebagai Pengurus Projek di bawah Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika (IKLIM), FST menawarkan peluang pekerjaan sebagai Pengurus Projek di bawah Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Oktober 2012.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04102012-30)

 

 

 

Jadual Kuliah Oktober Surau Ibnu Sina PPUKM [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04102012-29)

 

 

 

Tahniah - Menang Pembentangan Poster (Tempat ke-3) di 4th Asean Optometric Conference [atas]

Tahniah diucapkan kepada PM Dr. Rokiah Omar, Duratul Ain Hussia dan Lt Col (Ret) PM Dr. Victor Feizal Abd Shatar kerana telah memenangi Pembentangan Poster (tempat ke-3) di 4th Asean Optometric Conference pada 30 September hingga 1 Oktober 2012 di Sunway Pyramid Convention Centre.

Tajuk: Performance of Lea Symbols Chart and Sheridan Gardiner Chart in Vision Screning Among Pre-School Children.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.03102012-28)

 

 

 

Siri Wacana Bulanan Multaqa Thaqafi [atas]

Dimaklumkan bahawa Urus setia Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam ingin memaklumkan bahawa jabatan Arab dan Tamadun Islam akan mengadakan siri wacana bulan yang dikenali sebagai "Multaqa Thaqafi". 

Prof. Dr. Ahmad Hamad Muhsin al-Juburi (Professor Pelawat Jab. Peng. Arab dan Tamadun Islam) akan membentangkan kertas kerja berjudul "Mausu'ah 'Asalib al-Majaz fi al-Quran al-Karim" seperti berikut:

Tarikh: 5 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa  : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat III, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03102012-27)

 

 

 

Pertandingan Nyanyian “Malam Bintang UKM 2012” [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian “Malam Bintang UKM 2012” untuk warga UKM seperti berikut:

Tarikh:  6 Oktober 2012 (sabtu)
Masa:  8.30 malam
Tempat:  Panggung Seni, UKM.
Tema    :  Lagu-lagu Popular dari Filem

Senarai peserta seperti dilampiran (sila klik)

Semua Warga UKM dijemput hadir menyaksikan pertandingan tersebut.
Masuk Percuma!


(ewarga/bul/bil.03102012-26)

 

 

 

Jemputan ke Program Adat & Budaya [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03102012-25)

 

 

 

Status Pemasangan Skrin LED Papan Digital di Pintu Masuk Utama UKM Bangi [atas]

Dimaklumkan bahawa Status Pemasangan Skrin LED Papan Digital yang baharu di Pintu Masuk Utama UKM Bangi telah selesai dan pada masa ini masih dalam proses pengujian sistem.
Permohonan hebahan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di papan digital akan dibuka mulai 8 Oktober 2012 melalui Sistem ehebahan.


(ewarga/bul/bil.02102012-24)

 

 

 

Jemputan ke "Program Sedekad PSUKM" [atas]

Dimaklumkan bahawa Persatuan Setiausaha Pejabat (PSUKM) akan mengadakan majlis ‘Program Sedekad PSUKM’  sempena ulangtahun ke 10 penubuhan PSUKM.  Pada majlis tersebut, PSUKM akan meraikan pengasas PSUKM, ahli-ahli yang bersara wajib dan penerima anugerah-anugerah di UKM.  Semua SP dan PSP adalah dijemput hadir ke program tersebut dan kehadiran adalah percuma.  Sesi cabutan bertuah juga akan diadakan.

Tuan/Puan adalah dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan program ini seperti berikut :

Tarikh: 5 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa: 2.45 petang
Tempat: Bangi Golf Resort

Bersama-sama ini disertakan atur cara program dan borang jawapan kehadiran. Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2012 untuk tempahan dan sebagainya.  Saya juga mohon ahli menyampaikan makluman ini kepada yang bukan ahli PSUKM untuk bersama-sama hadir ke program tersebut.


(ewarga/bul/bil.02102012-23)

 

 

 

Kursus Persediaan Cuti Belajar (SLAB) Bil. 4/2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar  dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan menganjurkan kursus tersebut pada 26 November – 01 Disember 2012. Sehubungan itu, semua kakitangan yang akan bercuti belajar dijemput menghadiri kursus tersebut. Permohonan boleh dibuat secara online melalui www.ukm.my/espel.


(ewarga/bul/bil.02102012-22)

 

 

 

Syarahan Tun Seri Lanang - "Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia" [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM akan menganjurkan Syarahan Tun Seri Lanang yang bertajuk "Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia" oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus
Dato' Dr. Hood Mohd Salleh yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 16 Oktober 2012 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Aras 4, Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Semua warga UKM dan orang ramai dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.02102012-21)

 

 

 

Penyelenggaraan Server Emel UKM - @ukm.my [atas]

Dimaklumkan bahawa server emel UKM tidak boleh dicapai pada 6 Oktober 2012 (Sabtu) mulai 9.30 pagi hingga 12 tengah hari untuk kerja-kerja penyelenggaraan server.
Oleh itu, capaian ke server berkenaan akan ditutup pada tempoh tersebut.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.


(ewarga/bul/bil.02102012-20)

 

 

 

Tahniah - Dr. Leow Sue Ngein [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr. Leow Sue Ngein Pelajar Pascasiswazah dari Jabatan Oftalmologi, Fakulti Perubatan  yang telah berjaya memenangi Tempat Pertama bagi kategori Pembentangan Lisan dalam persidangan  2nd Conjoint (MOH-UKM-USM-UM) Ophthalmology Scientific Conference 2012 ' Retina:A Paradigm Shift'  yang berlangsung pada 14-16 September 2012di  Sunway Pyramid Convention Centre 

Tajuk Pembentangan: Gold Nanoparticles As An Ideal Tracker Of Mesenchymal Stem Cells Following  Subretinal Injection Into A Rat Model

Kumpulan Penyelidikan Retina: Prof. Madya Dr. Mae-Lynn Catherine Bastion, Dr. Then Kong Yong, Dr. Wan Haslina Wan Abdul Hamid, Dr. Wong Hon Seng, Prof. Dr. Ruszymah Bte Hj Idrus, Dr. Ng Min Hwei, Mok Pooi Ling, Mohd Hairul Nizam Harun, Abd. Rashid Jusoh.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.02102012-19)

 

 

 

Wacana Hadhari 5/2012 "Inter-Religion Dialogue Towards A Peaceful Society" [atas]

Dimaklumkan bahawa Siri Wacana Hadhari 5/2012 "Inter-Religion Dialogue Towards A Peaceful Society" akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 9 Oktober 2012 / 23 Zulkaedah 1433H (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 Petang
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori UKM

Disampaikan oleh :
Prof. Dr. Sophia Pandya
California State University

Anjuran bersama:
Institut Islam Hadhari, UKM
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM
Malaysian Turkish Dialogue Society (MTDS)  


Penyertaan akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL)

Sila klik tentatif dan poster program.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.02102012-18)

 

 

 

Sains Sukan Tahap 1 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 seperti berikut : 

Tarikh : 21 - 25 November 2012 
Tempat : Pulau Pinang 
Yuran : RM250.00

Pusat Sukan menjemput warga UKM yang berminat untuk menyertai Kursus yang akan diadakan tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Umi Kalsom Hot di talian 03-89214192 / 012-3506522. Sila klik untuk muat turun Borang Pendaftaran.

(ewarga/bul/bil.02102012-17)

 

 

 

Sesi Demo Pangkalan Data Knovel [atas]

Dimaklumkan bahawa Pihak Perpustakaan akan mengadakan sesi demo pangkalan data Knovel seperti berikut:

Tarikh: 9 Oktober 2012 (Selasa)
Masa  : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM. Sila klik untuk butiran lanjut.

(ewarga/bul/bil.02102012-16)

 

 

 

Makluman “International Seminar On People-Centred Development: 'Enhancing Social Inclusion Through Community Social Enterprises” [atas]

Dimaklumkan bahawa Commonwealth Association for Local Action and Economic Development (COMMACT) Malaysia dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dan UUM, kampus KL akan menganjurkan seminar tersebut seperti berikut:

Tarikh: 5-6 November 2012
Tempat: Bilik Senat, UKM.

Yuran penyertaan :  RM50.00  seorang
Pelajar                :  RM30.00 seorang

Sila muat turun brosur mukasurat 1&4 dan mukasurat 2&3.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Mohd Shukri Hajinoor (hp) 013-3911528, emel mshajinoor@hotmail.com atau Pn. Zainah Basir  89215775 .


(ewarga/bul/bil.02102012-15)

 

 

 

Jemputan Penyertaan "The 2-Day Workshop On Policy Intervention Via Economic Instruments for Enhancement of Local BioMass Industry" [atas]

Tarikh: 16-17 Oktober 2012
Tempat: Palm Garden Hotel, Putrajaya

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02102012-14)

 

 

 

Maklumbalas Perkhidmatan Klinik Panel UKM [atas]

YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar sedang membuat penilaian bagi perkhidmatan Klinik Panel UKM untuk persediaan pelantikan Klinik Panel bagi tahun 2013-2014.  Pihak kami amat memerlukan maklumbalas daripada YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sekalian. 

Soal selidik secara atas talian (online) melalui sistem e-Klinik Panel atau lawati http://smk.ukm.my/ekpanel/ .  Tarikh akhir maklumbalas adalah pada 16 Oktober 2012

Kesudian YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini amatlah dihargai. Terima kasih.



(ewarga/bul/bil.02102012-13)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02102012-12)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr. Izani bin Ibrahim [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02102012-11)

 

 

 

Makluman "2012 Tuanku Ja'afar Law Conference and Workshop: Academic Entrepreneurship and University Start-Ups" [atas]

Tarikh: 2-3 Oktober 2012
Tempat: Bangunan Mahkamah Moot, Fakulti Undang-Undang UKM

Majlis Perasmian
Tarikh : 2 Oktober 2012
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Auditorium, Fakulti Undang-Undang UKM
Perasmi: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Canselor UKM


'Highlights' persidangan:
i) Keynote Address: 'Academic Research, IP Creation and Commercialization of Research Output in Malaysia: Challenges and Prospects'
Prof. Dr. Ida Madieha bt. Abdul Ghani Azmi, IIUM

ii) Special Panel Session: Commercialization Strategies to Secure Returns on Innovation Investments
- Mr. Zaid Hamzah, Author and Strategic Counsel
'Technopreneurship and Market Challenge: Perspective from Investors'
- Mr. Terry Pollard, Senior Consultant, ISIS Innovations Ltd.
'Technology Commercialization at the University of Oxford'

iii) 8 UKM Start-ups Products Exhibition

iv) 3 Parallel Workshops

Workshop 1 - Creating Value from Technology Commercialization: Marketing and Monetizing IP
Workshop 2 - Regulating Entrepreneurship and Start Up Companies
Workshop 3 - Strategic, Economic and Enviromental Issues of the Straits of Malacca

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi PM Dr. Zinatul Ashiqin Zainol ext. 6387 emel shiqin@ukm.my atau Pn. Rima Ab. Raman samb. 6959 emell  r_raman@ukm.my


(ewarga/bul/bil.01102012-10)

 

 

 

Perkhidmatan Soal Selidik Atas Talian [atas]

Pusat Teknologi Maklumat (PTM) menyediakan perkhidmatan soal selidik atas talian (online) dan perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua warga UKM terutamanya penyelidik . PTM membantu dengan cara meletakkan atas talian (online) soal selidik yang telah dibangunkan oleh  warga UKM agar soal selidik tersebut boleh dicapai di internet.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Puan Suzita Awaluddin:03- 8921 6439 atau emel: bkt@ptm.ukm.my.


(ewarga/bul/bil.01102012-09)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr Maniam Thambu , Dr. Idayu, Dr. Devi dan Jururawat Wad Psikiatri Lelaki [atas]

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr Maniam Thambu , Dr. Idayu, Dr. Devi dan Jururawat Wad Psikiatri Lelaki kerana telah medapat pujian yang telah disiarkan di akhbar ‘The Star’ bertarikh 26 September 2012 (Rabu). Semoga dengan adanya komen positif ini akan memberikan kekuatan dan semangat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik di PPUKM. Sila klik untuk melihat keratan akhbar.


(ewarga/bul/bil.01102012-08)

 

 

 

Makluman "UKM Conference System" [atas]

Sistem Persidangan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu aplikasi yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat untuk menguruskan persidangan bermula dari penghantaran abstrak/kertas kerja penuh secara atas talian, serta mempunyai fungsi 'paper review' dan notifikasi emel bagi setiap fungsi dalam sistem tersebut sehinggalah kepada pengurusan pendaftaran peserta untuk hadir ke persidangan. Sistem ini sesuai digunakan oleh Fakulti/Pusat/Institut yang ingin menguruskan sesuatu persidangan secara 'online'.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Zetti Taip/ En Sharhan di talian 8921 6439 atau emel kepada bkt@ptm.ukm.my.



(ewarga/bul/bil.01102012-07)

 

 

 

Gangguan Capaian Web Kampus Kuala Lumpur [atas]

Dimaklumkan bahawa gangguan capaian web Kampus Kuala Lumpur akan berlaku pada3 Oktober 2012, mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari  disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pada server melibatkan gangguan capaian ke   SPIN, Web FSK, Web KKL dan Web PBL.


(ewarga/bul/bil.01102012-06)

 

 

 

Jemputan Penyertaan Majlis Ibadah Korban dan Akikah 1433H/2012M Peringkat UKM [atas]

Dimaklumkan Pusat Islam UKM ingin mempelawa seluruh warga UKM untuk menyertai Majlis Ibadah Korban dan Akikah 1433H/2012M peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harga satu bahagian adalah RM390.00 sahaja.

Penyertaan adalah TERHAD. Sila Klik www.ukm.my/PusatIslam untuk mendapatkan borang penyertaan atau hubungi talian pejabat Pusat Islam UKM 89215404.


(ewarga/bul/bil.01102012-05)

 

 

 

Program Bicara Bajet - "Melahirkan Warga UKM Yang Cakna Ekonomi" [atas]

Dimaklumkan bahawa satu program bicara bajet 2013 anjuran bersama JAKSA Kolej Dato' Onn, Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) dan UKM-Graduate Business School (UKM-GSB) akan diadakan pada 5 Oktober 2012 pada jam 9.00 - 11.00 pagi bertempat di Bilik Senat, Bangunan Canselori.

Bicara Bajet ini bertemakan "Melahirkan Warga UKM Yang Cakna Ekonomi" dan atur cara program adalah seperti berikut:

8.15   pagi   -  Kehadiran para peserta
8.30   pagi   -  Kehadiran Tetamu Kehormat
8.50   pagi   -  Ucapan Alu-aluan Naib Canselor, UKM
9.00   pagi   -  Bicara Bajet
11.00 pagi   -  Sesi Soal Jawab
11.30 pagi   -  Jamuan
12.00 tghari -  Bersurai

Program ini terbuka kepada semua warga UKM staf dan pelajar.  Permohonan penyertaan boleh dilakukan di www.ukm.my/espel.


(ewarga/bul/bil.01102012-04)

 

 

 

Pangkalan Data Percubaan: CCH Australia [atas]

CCH Australia adalah pangkalan data berkaitan undang-undang yang terdiri daripada panduan, laporan dan juga kes daripada Malaysia.
 
Percubaan tamat pada 27 Oktober 2012. Sila klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses.


(ewarga/bul/bil.01102012-03)

 

 

 

Syarahan Profesor Pelawat - Prof. Dr. H.Suyatno [atas]

Tajuk: Paradigma Pembaharuan Pendidikan Muhammadiyah Yang Holistik
Oleh:  Prof. Dr. H.Suyatno, M.Pd., Rektor Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. HAMKA (UHAMKA) Indonesia

Tarikh: 4 Oktober 2012 / 18 Zulkaedah 1433H (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Anjuran: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.01102012-02)

 

 

 

Jemputan Menghadiri Bengkel Perekaan Grafik Penerbitan Buku Ilmiah [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.01102012-01)

 

 

 

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling ke PPU [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.28092012-131)

 

 

 

Tahniah - Puspha Thevi Rajendran [atas]

Tahniah diucapkan kepada Pelajar sarjana, Puspha Thevi Rajendran, FSK  mendapat Hadiah pertama dalam pembentangan Oral di 27th Malaysia- Singapore Radiographers Conference pada 14-16 September di Kuching. Penyelia beliau adalah Prof Madya Kanaga Kumari Chelliah Ketua Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti sains Kesihatan.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.28092012-130)

 

 

 

Persidangan " First Malaysian Congress of Toxicology" [atas]

Tarikh: 2 - 3 Oktober 2012
Tempat : The Royale Chulan Kuala Lumpur

Penganjur: Anjuran bersama UKM, MySOT, USM, Majlis Profesor Negara dan JSPS-Asian Core Program

Maklumat lanjut boleh dipaut di http://www.ukm.my/mysot/mycot2012.html


(ewarga/bul/bil.28092012-129)

 

 

 

Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang [atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Anak Negeri dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan mengadakan Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang pada 20 hingga 21 Oktober 2012 (Sabtu-Ahad) bertempat di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. Sebanyak 2 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita dan juga Bola Jaring. Pertandingan ini akan melibatkan belia dan beliawanis perantau yang berada di Lembah Klang dan juga pelajar IPT yang belajar di sekitar Lembah Klang.

Yuran penyertaan untuk satu pasukan adalah RM100.00. Diskaun 50% yuran penyertaan akan diberikan kepada pasukan yang mempunyai semua ahlinya sama negeri tempat kelahiran. Sehubungan itu, semua kakitangan dan pelajar yang berminat untuk menyertai Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang boleh dapatkan borang penyertaan di Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel, PUSANIKA, UKM. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Oktober 2012. Perkhidmatan pengangkutan akan disediakan dengan berdasarkan kepada permintaan pasukan pelajar yang memerlukannya.
Pertanyaan lanjut sila hubungi En. Azizi/ En. Zairil di talian 03-89215347 atau melalui e-mel: azbar@ukm.my (En. Azizi)/ zairil@ukm.my (En. Zairil) atau layari laman web: www.kbs.gov.my




(ewarga/bul/bil.28092012-128)

 

 

 

Sidang video : Memberi ucaptama tanpa meninggalkan UKM [atas]

Dimaklumkan Pusat Teknologi Maklumat UKM kini menyediakan perkhidmatan sidang video berasaskan web.  Perkhidmatan ini sesuai digunakan untuk memberi ucaptama, mesyuarat, penyeliaan dan pengajaran dari dua sehingga sepuluh lokasi berbeza dan
berjauhan.  

Keperluan minima untuk menggunakan perkhidmatan ini adalah komputer riba yang dilengkapi kamera  web ( webcam) , microphone,  sambungan internet dengan kelajuan minima 512 Kbps dan flash player terkini.

Perkhidmatan ini boleh digunakan pada bila-bila masa ( 24X7 ) dan boleh digunakan walaupun kedua-dua pihak berada di luar UKM.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini tempahan boleh dibuat di Sistem Maklumat Pengurusan Ruang (SMPR) dengan memilih Mesyuarat, Bilik Mesyuarat Maya di menu sebelah kiri.

Warga UKM  yang berminat menggunakan perkhidmatan ini atau memerlukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi En Mohd Sharhan Abdul Ghani di talian 8921 6439 atau email bkt@ptm.ukm.my.




(ewarga/bul/bil.28092012-127)

 

 

 

Tahniah - Congratulations on recruiting your 50th patient to the AVERT [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.28092012-126)

 

 

 

Hari Bertemu Pelanggan 2012 (Gabungan 8 PTJ : JPP, JPPel, PKK, ISC, PTM, Penerbit, Bendahari dan Pusat Sukan) [atas]

Dimaklumkan bahawa Hari Bertemu Pelanggan 2012, gabungan 8 Pusat tanggungjawab iaitu Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Pusat Pelajar Antarabngsa (ISC), Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Penerbit, Bendahari dan Pusat Sukan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Oktober 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Pusanika, UKM

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.28092012-125)

 

 

 

Saksikan Prof. Dr. Fauzias Mat Nor, UKM-GSB dalam slot Wanita Hari Ini TV3 tengah hari ini [atas]

Saksikan kupasan Prof. Dr. Fauzias Mat Nor, UKM-GSB dalam slot Wanita Hari Ini TV3, 28 September 2012 jam 12.00 tengah hari bertajuk "Belanjawan 2013: Apa Harapan Wanita?"

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.28092012-124)

 

 

 

Program Vaksinasi Anjuran Fakulti Farmasi Dan Glaxosmithkline Pharmaceutical Sdn. Bhd. [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Farmasi dan GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd. dengan kerjasama HEJIM Fakulti Sains Kesihatan dan HEJIM Fakulti Pergigian akan menganjurkan Program Vaksinasi pada 25 Oktober 2012 (Khamis)

Untuk makluman, kami juga akan mengadakan Penyaringan Antibodi Hepatitis A dan B pada10 Oktober 2012 (Rabu)
Program ini terbuka kepada Warga UKM yang berminat untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

Sila klik untuk lihat poster dan maklumat lanjut program.



(ewarga/bul/bil.28092012-123)

 

 

 

Program Qurban dan Aqiqah 2012/1433 UKM KKL [atas]

Dimaklumkan bahawa Penyertaan untuk program di atas adalah dibuka  khususnya untuk warga UKM KKL & KTSN.
Maklumat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Seekor Lembu - RM2800.00
2. Satu Bahagian Lembu - RM400.00
3. Tarikh Tutup - 23 Oktober 2012

Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi :
Hj. Baharom Subuh 016-6578469 (HP) - Fak. Farmasi UKM
En. Hamdan Rahmat 019-2884032 (HP) - PTM UKM KKL

Borang penyertaan boleh didapatkan disini. <klik>



(ewarga/bul/bil.28092012-122)

 

 

 

Program Bersama Professor Peter C. Doherty: Nobel Laureate [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.27092012-121)

 

 

 

Majlis Perasmian Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Sambutan 20 Tahun Fakulti Sains Kesihatan akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh: 15 Oktober 2012
Masa: 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 1, Kampus Kuala Lumpur
 
Majlis akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. M. Zawawi Ismail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. 

Sila klik untuk atur cara. Sila klik untuk poster.

Semua warga FSK dijemput hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini.



(ewarga/bul/bil.27092012-120)

 

 

 

Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2013 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2013 kepada penyelidik di IPT bermula pada 1 Oktober 2012 sehingga 19 November 2012.
Penyelidik yang berminat untuk memohon LRGS Fasa 1/2013 diminta untuk menyediakan kertas konsep mengikut Format Penulisan Kertas Konsep LRGS seperti di Lampiran A. Garis panduan permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Pengajian Tinggi (http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php) .

Permohonan perlu dihantar ke CRIM  melalui Fakulti/Institut/Pusat selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2012 (Selasa). Bagi tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai CRIM di talian 03-8921 4679.
Untuk makluman lanjut sila muat turun lampiran-lampiran di bawah:

(ewarga/bul/bil.27092012-119)

 

 

 

Jemputan Menghadiri "UTHM 20th Anniversary Lecture Series" [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.27092012-118)

 

 

 

Program Kokurikulum Kesenian Berkredit Anjuran Urus setia Artisukma [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.27092012-117)

 

 

 

Tahniah - Prestasi Cemerlang Perkhidmatan HUKM [atas]

Sila klik : Surat Penghargaan
Sila klik : Keratan Akhbar The Star


(ewarga/bul/bil.27092012-116)

 

 

 

Jemputan ke Ekspo Kepenggunaan Halal, Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2012) [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.27092012-115)

 

 

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi (JTPK) Bil.9/2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi (JTPK) Bil.9/2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 26 September 2012 (Rabu)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) (Bangunan baru), UKM

Mesyuarat akan dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pembangunan KPT; Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Kewangan KPT; Pegawai-pegawai dari KPT, JKR, MOF, Jabatan Pembangunan Politeknik, JPM serta Pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan IPTA seluruh Malaysia.

(ewarga/bul/bil.26092012-114)

 

 

 

Kursus Asas Kaunseling [atas]

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan kursus tersebut seperti berikut:

Tarikh : 12 - 14 Oktober 2012
Tempat : Cheringin Hills Janda Baik, Pahang Sasaran : Kumpulan Pengurusan (Gred 41-48)

Pendaftaran boleh dibuat melalui eSPEL  http://smk.ukm.my/espel/

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 8921 3060.

(ewarga/bul/bil.26092012-113)

 

 

 

Perubahan Waktu Operasi Poliklinik Az-Zahrah BTHO [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.26092012-112)

 

 

 

Hari Mesra Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM akan menganjurkan Hari Mesra Pelanggan yang akan dijalankan seperti berikut.

Tarikh: 7-9 November 2012 (Rabu-Jumaat)
Tempat : Lobi Utama PPUKM

Semua warga PPUKM and orang ramai dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.26092012-111)

 

 

 

Seminar Saintifik: Application of RNA- & RAD-Tag Sequencing in Agriculture [atas]

Tarikh: 9 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seminar INBIOSIS

Maklumat lanjut sila layari www.inbiosis.ukm.my atau hubungi 03 89214558 (Rina).

Sila klik untuk muat turun poster dan borang pendaftaran.

(ewarga/bul/bil.26092012-110)

 

 

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar IPTA Bil 4/2012 [atas]

Dimaklumkan UKM akan menjadi tuan rumah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar IPTA Bil 4/2012 seperti berikut:

Tarikh: 26 September 2012 (Rabu)
Masa: 08.30 pagi
Tempat  : Puri Pujangga, UKM

(ewarga/bul/bil.26092012-109)

 

 

 

Konvensyen KIK Jabatan Bendahari 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Konvensyen KIK Jabatan Bendahari Tahun 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2012
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, PTM


Semua warga Jabatan Bendahari dijemput untuk hadir.

(ewarga/bul/bil.26092012-108)

 

 

 

Kunjungan dari Universitas Malikussaleh, Indonesia [atas]

Dimaklumkan bahawa UKM akan menerima kunjungan delegasi dari Universitas Malikussaleh, Indonesia pada 27 September 2012 (Khamis). Kumpulan delegasi tersebut akan diketuai oleh Yth. Bapak Apridar Abdurrahman, Rektor, Universitas Malikussaleh. Majlis kunjungan tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 September 2012 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat PHA, Aras 2, Canselori

Maklumat lanjut berhubung majlis kunjungan tersebut boleh diperolehi dari Pejabat Hubungan Antarabangsa (PHA) di talian 03-8921 4187/4797. Sila klik untuk atur cara majlis tersebut.

(ewarga/bul/bil.26092012-107)

 

 

 

Makluman "MedEdWorld Webinars - September to December 2012" [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.25092012-106)

 

 

 

Bengkel I-Folio Pembangunan E-Kandungan Bil. 2/2012 [atas]

SDimaklumkan Pusat Pembangunan Akademik akan mengajurkan Bengkel I-Folio Pembangunan E-Kandungan Bil. 2/2012 yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Supyan Hussin untuk kakitangan Akademik akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Oktober 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Makmal Siber, Makmal Siber Tun Sri Lanang, UKM

Permohonan boleh dibuat di www.ukm.my/espel.

(ewarga/bul/bil.25092012-105)

 

 

 

Simposium Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran [atas]

Dimaklumkan bahawa Simposium Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran akan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-ketua Pusat Pengajaran & Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) kali ke-20 pada Dan tempat berikut:

Tarikh: 27 September 2012 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi
Tempat:  Bilik Mesyuarat Senat
Perasmian:  2.30 petang

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Dana T-NOVATION oleh:  YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Sila klik untuk atur cara.Permohonan penyertaan boleh dilakukan di www.ukm.my/espel.

(ewarga/bul/bil.25092012-104)

 

 

 

Iklan Sebutharga UKM BEN 17/2012: Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Fotokopi Layan diri di Perpustakaan UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Hartanah dan Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Fotokopi Layan Diri di Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 9 Oktober 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari dan lawatan tapak Jam 9.30 pagi pada tarikh dan tempat berikut:

Perpustakaan UKM Bangi                    - 2 Oktober 2012 (Selasa)
Perpustakaan Kampus Kuala Lumpur   - 4 Oktober 2012 (Khamis)

Maklumat lanjut sila klik lampiran.

(ewarga/bul/bil.25092012-103)

 

 

 

Jemputan Mengahdiri “Research Outcome Opportunity Workshop (ROOW)” [atas]

Dimaklumkan bahawa PIK akan mengadakan bengkel seperti yang tersebut seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 – 7 Oktober 2012
Tempat : Concorde Inn, Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Anjuran: Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK)

Bengkel ini bertujuan membincangkan mengenai hasil penyelidikan, mengenalpasti harta intelek untuk dilindungi dan seterusnya mengenalpasti kaedah pemindahan teknologi.  Kami menjangkakan pada akhir bengkel tersebut, setiap peserta akan mempunyai sekurang-kurangnya satu harta intelek yang akan dilindungi. 
Tentatif program bagi bengkel tersebut ialah seperti di Lampiran 1.

PIK akan menanggung kos penginapan dan makan/minum. Sekiranya YBhg. Prof./Tuan/Puan berminat untuk hadir, kami mohon jasa baik YBhg. Prof./Tuan/Puan untuk membawa notebook masing – masing supaya aktiviti bengkel dapat berjalan dengan lancar.  YBhg. Prof./Tuan/Puan juga digalakkan untuk membawa broadband sendiri sekiranya ada.  Sila bawa juga maklumat berkaitan penyelidikan bagi memudahkan perbincangan nanti.
Bersama ini lampirkan Research Output Opportunity Identification Form (Lampiran 2) dan borang pengesahan kehadiran (Lampiran 3).

Sila isi dan hantar semula kepada staff PIK di bawah  selewat-lewatnya 28hb. September 2012 jam 12.00 tengah hari.
Cik Alizawaty Athari
No. Tel:  03-89214115
Faks:  03-89214114
Emel :  aleezaathari@gmail.com

Sekian, kami berharap YBhg. Prof./Tuan/Puan akan memberi sokongan kepada PIK dalam usaha kami untuk meningkatkan kesedaran hak harta intelek dan pemindahan teknologi.

(ewarga/bul/bil.25092012-102)

 

 

 

Selamat Kembali Peserta Program "The First International Student Mobility Patnership on Cultural Diversity "Mexico an Intercultural Future Nation" [atas]

Pihak UKM mengucapkan selamat kembali kepada para peserta program The First International Student Mobility Patnership on Cultural Diversity "MEXICO an Intercultural Future Nation", dari 26 Ogos hingga 14 September 2012.

Sila klik untuk gambar.

(ewarga/bul/bil.25092012-101)

 

 

 

Program Summer School IKON : Social Rights, Social Justice and Social Policies [atas]

Pihak UKM mengucapkan selamat jalan kepada para peserta program Summer School IKON di bawah projek Social Rights, Social Justice and Social Policies
(Kod No. HH-01-2012) ke India, 28 September hingga 13 Oktober 2012.

Sila klik untuk gambar.

(ewarga/bul/bil.25092012-100)

 

 

 

Siri Seminar IKON Bil. 10/2012 [atas]

Tajuk: Understanding Latin America indigenous movements: From marginalisation to self-determination and autonomy?
Penceramah : Dr Ana Lucía Salinas de Dosch

Tarikh : 27 September 2012
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat IKON, UKM

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.25092012-99)

 

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data JSTOR [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan akan mengadakan sesi latihan pangkalan data JSTOR seperti berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2012 (Selasa)
Masa  : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM.  Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.25092012-98)

 

 

 

Program "Course on Clinical Management of Thalassaemia & 5th National Thalassaemia Seminar" [atas]

Dimaklumakan bahawa Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Federation Malaysian Thalassaemia Societies, Malaysian Society of Paediatric Haematology and Oncology dan Kelab Talasemia Pusat Perubatan UKM akan menganjurkan program seperti berikut:

Course on Clinical Management of Thalassaemia

Tarikh: 4 - 5 Oktober 2012
Tempat: Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan:
RM400.00 (Doktor)
RM350.00 (Jururawat/Paramedik)

 

5th National Thalassaemia Seminar

Tarikh: 6 - 7 Oktober 2012
Tempat: Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan:
RM400.00 (Doktor)
RM350.00 (Jururawat/Paramedik)
RM100.00 (Ibu/Bapa/Pesakit)

Keterangan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-9171 8459 / 03-9171 8461 / 03-9145 6321 (Norshamsiah / Nooranizah / Yusyila Harlina/ Nurul Izza) atau sila layari laman sesawang UMBI iaitu http://www.ukm.my/umbi.

Sila klik untuk maklumat lanjut dan muat turun borang pendaftaran.


(ewarga/bul/bil.25092012-97)

 

 

 

Syarahan Umum Dato (Dr) Johari Salleh Kreativiti: Lagu Dan Penggubahan [atas]

Dimaklumakan bahawa Syarahan Umum Dato (Dr) Johari Salleh Kreativiti: Lagu Dan Penggubahan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 September 2012 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Panggung Seni UKM

Kehadiran kakitangan UKM akan didaftarkan dalam ESPEL.

Semua pencinta muzik dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.25092012-96)

 

 

 

Malam Seni Pendekar UKM 2012 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel dan Urus setia ARTISUKMA dengan Kerjasama Persatuan-Persatuan Seni Silat UKM akan mengadakan Malam Seni Pendekar UKM 2012 pada 29 September 2012 (Sabtu), jam 8.00 malam, bertempat di Panggung Seni UKM.

Saksikan aksi hebat demonstrasi seni mempertahankan diri oleh Persatuan Seni Silat Gayung Fatani UKM, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UKM, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Silamban Selangor dan Persatuan Aikido Malaysia.

Semua warga UKM dan sekitarnya dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.


(ewarga/bul/bil.25092012-95)

 

 

 

Makluman "Borneo Photography Festival" [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.25092012-94)

 

 

 

Pertandingan Mencipta Logo Kementerian Pertahanan Malaysia [atas]



Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.25092012-93)

 

 

 

Program Korban & Aqiqah (Kemboja)[atas]

Program Korban & Aqiqah (Kemboja) anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS dengan Kerjasama Pusat Islam UKM.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.24092012-92)

 

 

 

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia(SUKEM) 2012 [atas]

Sila klik pautan unutk maklumat lanjut.
1. Maklumat Kejohanan Sukan
2. Jadual Kejohanan Sukan


(ewarga/bul/bil.24092012-91)

 

 

 

Majlis Syarahan Sarjana Pelawat - Dr. Annabel Teh Gallop [atas]

Tajuk: The Language Of Malay Manuscript Art : A Tribute To Ian Proudfoot And The Malay Concordance Project

Oleh:  Dr. Annabel Teh Gallop, Head of Southeast Asia Section, The British Library

Tarikh: 25 September 2012 (Selasa) / 9 Zulkaedah 1433 H
Masa: 3.00 petang 
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Sila klik untuk poster. 

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.21092012-90)

 

 

 

Soal Selidik Penyelidikan Rentas Disiplin [atas]

Dimaklumkan bahawa soal selidik ini dijalankan adalah bertujuan untuk membuat analisis mengenai isu penyelidikan rentas disiplin iaitu peluang dan cabaran dalam menjalankannya. Projek penyelidikan ini adalah di bawah geran  PTS-2011-151  bertajuk 'Cabaran & Peluang Bagi Penyelidikan Rentas Disiplin dalam Ruang Lingkup UKM Sebagai Universiti Penyelidikan'.  

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan warga akademik UKM dapat meluangkan masa untuk menjawab soal selidik yang disediakan di pautan http://www.surveymonkey.com/s/SCD76XC sebelum atau pada 4 Oktober 2012 (Khamis). 

Satu hadiah Samsung Galaxy SIII disediakan kepada responden yang bertuah melalui cabutan yang akan dilaksanakan pada 5 Oktober 2012. Sekiranya maklum balas soal selidik ini menggalakkan maka pihak kami akan menambah 2 lagi hadiah yang menarik untuk dimiliki oleh responden yang bertuah (Rujuk poster yang dilampirkan). 

Rebut peluang ini bagi memiliki Samsung Galaxy SIII ! 


(ewarga/bul/bil.21092012-89)

 

 

 

Tahniah - Pelantikan Staf UKM di ‘Mobile Learning Association of Malaysia’ [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Mohamed Amin Embi, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik telah dilantik sebagai Presiden ‘Mobile Learning Association of Malaysia’ yang pertama berkuatkuasa selama 2 tahun. Disamping itu, Prof. Madya Dr. Supyan Hussin, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dilantik sebagai Timbalan Presiden disusuli dengan pelantikan Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin, Fakulti Pendidikan sebagai Setiausaha Kehormat persatuan berkenaan.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.21092012-88)

 

 

 

Program Qurban Dan Akikah 2012/1433  Pusat Perubatan UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa penyertaan untuk Program Qurban Dan Akikah 2012/1433 telah dibuka kepada semua warga Pusat Perubatan UKM. maklumat program berkenaan adalah seperti berikut:

1.     Seekor Lembu RM2730.00
2.     Satu Bahagian Lembu  - RM390.00                                                                             
3.     Tarikh Tutup 19 Oktober 2012

Sebarang Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi Hubungi :
Ustaz Mohd Sanusi Mustafa  019-368 1858(HP) / 03-  9145 5518 (Pejabat) 
Ustaz Hasrizal Hasan 019-363 4511(HP) / 03 - 9145 5519(Pejabat)


(ewarga/bul/bil.21092012-87)

 

 

 

Forum Hari Kesedaran Kanser Darah Pusat Perubatan UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Terapi Sel akan mengadakan "public forum" seperti berikut:

Tarikh: 9-10 oktober 2012
Masa : 9:00 pagi - 4:00 petang
Tempat : Lobi utama, PPUKM

Sila klik : Poster

Semua warga PPUKM & UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.21092012-86)

 

 

 

Penjualan Bahan Penerbitan/Produk di Pusat Penyelidikan Langkawi, Oriental Village Langkawi [atas]


Sila klik : Penjualan Bahan Penerbitan/Produk di Pusat Penyelidikan Langkawi, Oriental Village Langkawi


(ewarga/bul/bil.21092012-85)

 

 

 

Iklan Kenaikan Pangkat di UNIMAS [atas]


Sila klik : Iklan Kenaikan Pangkat di UNIMAS


(ewarga/bul/bil.21092012-84)

 

 

 

Senarai  Nama  Penerima  Anugerah  Perkhidmatan 20 dan 30 Tahun bagi Tahun 2012 [atas]

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Penghargaan  Anugerah Perkhidmatan 2012 telah menetapkan bahawa kakitangan yang layak menerima anugerah perkhidmatan 20 dan 30 tahun pada tahun ini adalah daripada lantikan dalam tempoh 19/05/1981 hingga 18/05/1982 (30 tahun) dan 19/05/1991 hingga 18/05/1992 (20 tahun) dan menggenapkan tempoh tersebut pada 18/05/2012.

Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon kerjasama YBhg. Prof./Tuan/Puan untuk membuat semakan nama seperti di lampiran bagi yang layak menerima anugerah tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut boleh menghubungi urusetia majlis, Puan Naimatul Aini di talian 8921 3118.


Semakan dan pemakluman boleh dibuat sehingga tarikh akhir 31 Oktober 2012 (Rabu).

Sila klik : Senarai Nama Penerima Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun 2012 
Sila klik : Senarai Nama Penerima Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun 2012


(ewarga/bul/bil.20092012-83)

 

 

 

Penutupan Unit Sokongan ICT Zon 5 (Institut Penyelidikan) [atas]

Dimaklumkan bahawa permohonan/aduan pelaporan kerosakan ICT PTM bagi kategori Zon 5 ( Institut Penyelidikan ) akan ditutup mulai 15 September 2012.

Oleh itu, kesemua aduan dan sebarang pertanyaan atau pelaporan  kerosakan ICT daripada semua institut bolehlah dibuat terus kepada bahagian yang berkaitan di Pusat Teknologi Maklumat, Bangi dengan menggunakan borang secara atas talian di http://www.ukm.my/sai .


(ewarga/bul/bil.20092012-82)

 

 

 

Mesyuarat Pertama Petugas Bagi Jawatankuasa Kecil Perbarisan Pentas Dan Graduan Konvokesyen UKM Ke-40 [atas]

Dimaklumkan bahawa mesyuarat  di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2012 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, UKM, Bangi

Sila klik : Surat jemputan mesyuarat
Sila klik : Senarai Petugas Jawatankuasa Perbarisan Pentas Dan Graduan Konvokesyen Ke - 40

(ewarga/bul/bil.20092012-81)

 

 

 

Pelawaan Menyertai FUIW Prize for University Research [atas]

Dimaklumkan bahawa Federation of The Universities of The Islamic World (FUIW) mempelawa warga UKM untuk menyertai FUIW Prize for University Research. Untuk maklumat lanjut sila klik lampiran berikut:

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Nor Saribon Ramli atau Encik Barudin Baharin di talian 03-8921 4650 atau 03-8921 4757 Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK), Aras 3, Bangunan Canselori UKM Bangi.

Borang permohonan serta bahan pembuktian yang telah lengkap hendaklah di hantar ke PPKK sebelum atau sebaik-baiknya pada  31 Oktober 2012 (Rabu).

(ewarga/bul/bil.19092012-80)

 

 

 

Status Capaian Rangkaian UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa status capaian rangkaian UKM tidak dapat dicapai mulai 17 September 2012 , 10.00 pagi. Kejadian ini berlaku disebabkan gangguan sumber elektrik di bangunan PTM. Kerja-kerja baikpulih berjaya dilakukan dan keadaan kembali pulih sepenuhnya pada 18 September 2012 2.00 petang.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

(ewarga/bul/bil.19092012-79)

 

 

 

Berita Takziah [atas]

Allahyarham Prof. Dr. Hj. Kasmiran Jumari

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Hj. Kasmiran Jumari, Profesor Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah kembali ke rahmatullah pada petang ini 18 September 2012 di Hospital Kajang. Solat jenazah akan diadakan di Masjid UKM pada waktu maghrib/Isya' pada malam ini. Alamat kediaman beliau ialah No. 38, Jalan 1/3B, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. (Berdekatkan Petronas UNIKeb Seksyen 1).

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.


(ewarga/bul/bil.18092012-78)

 

 

 

Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.18092012-77)

 

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data IEEEXplore [atas]


Dimaklumkan Pihak Perpustakaan dengan kerjasama United Technology Sdn Bhd akan mengadakan sesi latihan pangkalan data IEEEXplore seperti berikut:

Tarikh: 25 September 2012 (Selasa)
Masa  : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM. Pendaftaran di http://alturl.com/jjo2e.  Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.18092012-76)

 

 

 

Makluman "Training Workshop On The Development And Implementation Of Clinical Pathways" [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.18092012-75)

 

 

 

Maklumbalas Perkhidmatan Tukang Jahit Panel UKM [atas]

Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar sedang membuat penilaian bagi perkhidmatan Tukang Jahit Panel UKM untuk persediaan pelantikan Tukang Jahit Panel bagi tahun 2013-2014.  Pihak kami amat memerlukan maklumbalas daripada tuan/puan sekalian.  Kesudian tuan/puan meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini amatlah dihargai. 

Sila klik capaian berikut bagi perkhidmatan yang diterima daripada Tukang Jahit Panel pilihan tuan/puan.  Tarikh akhir maklumbalas adalah pada 30 September 2012

1. NAZ Tailor, sila klik.

2. Rahamah Tailor, sila klik.

3. The Tailor Design, sila klik

4. Ai Wah Fashion, sila klik.

5. Ali Jahitan, sila klik.

6. Lokman Collection, sila klik.

7. Milan Fashion, sila klik.

8. JASA A.S Sdn. Bhd., sila klik.

9. Hoc De Classique, sila klik.


(ewarga/bul/bil.18092012-74)

 

 

 

Kursus Pra Perkahwinan [atas]


Dimaklumkan bahawa Kursus Pra Perkahwinan anjuran Pusat Islam UKM dengan Kelab Jabatan Syariah (FPI)UKM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3-4 November 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa   : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : DK43.101 (Kompleks Tun Abdullah Mohamad Salleh), UKM

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran Pusat Islam mulai 14 September hingga 25 Oktober 2012. Terbuka kepada warga UKM sahaja. 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Shariza/En. Zin di talian 03-89214728/5404.

Yuran penyertaan adalah:
Pelajar    - RM45.00
Kakitangan - RM65.00


(ewarga/bul/bil.18092012-73)

 

 

 

Seminar Akidah Peringkat Kebangsaan [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.18092012-72)

 

 

 

Kursus Sains Sukan Tahap 1 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 seperti berikut: 

Tarikh: 21 - 25 November 2012 
Tempat : Pulau Pinang 
Yuran : RM150.00

Pusat Sukan menjemput warga UKM yang berminat untuk menyertai Kursus yang akan diadakan tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Umi Kalsom di talian 03-89214192 / 012-3506522. Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran untuk tindakan tuan/puan.


(ewarga/bul/bil.18092012-71)

 

 

 

Makluman "Road Show Aerobic UKM" [atas]

Makluman kepada semua warga UKM yang berminat untuk membuat program senamrobik bersama kakitangan di jabatan masing-masing pada setiap bulan, tuan/puan boleh menghubungi Pn. Umi Kalsom (Unit Pembangunan Insaniah, Pusat Sukan) di talian 03-89214192 / 012-3506522 untuk mendapatkan instruktur senamrobik.


"Bersama Meningkatkan Gaya Hidup Sihat"


(ewarga/bul/bil.14092012-70)

 

 

 

Syarahan Umum Professor Andrea Nollent [atas]


Tarikh: 19 September 2012
Masa: 2.30 petang
Tempat:  Auditorium FUU
Penceramah: Professor Andrea Nollent, Dekan, Nottingham Law School, Nottingham Trent University

Tajuk:  The legal profession in transition: a comparative study of current reforms of the legal profession in England and France

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.14092012-69)

 

 

 

Tahniah - Pasukan Moot Fakulti Undang-Undang [atas]


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Moot Fakulti Undang-Undang di atas kejayaan pasukan tersebut dalam pertandingan Moot anjuran LAWASIA-Bar Council yang telah berlangsung pada 8-9 September 2012 dengan mendapat tempat kedua jumlah markah tertinggi sekaligus melayakkan mereka untuk menyertai pertandingan Moot LAWASIA Antarabangsa yg akan berlangsung di Bali pada November 2012.

Syabas!


(ewarga/bul/bil.14092012-68)

 

 

 

Kursus Persediaan Sebelum Menduduki IELTS (Placement Test) [atas]


Dimaklumkan bahawa ‘Placement test’  bagi kursus persediaan sebelum menduduki IELTS akan diadakan seperti berikut:
Tarikh      : 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa        : 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat    : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM
Kakitangan yang akan bercuti belajar digalakkan menduduki ‘Placement test’ tersebut. Permohonan telah dibuka dan tuan/puan bolehlah membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Latihan (e-SPeL) www.ukm.my/espel . Kursus akan dijalankan dua atau tiga minggu selepas tarikh ‘Placement Test’. Sebarang pertanyaan sila hubungi BPbSM, Jabatan Pendaftar di talian 03-89214434.


(ewarga/bul/bil.14092012-67)

 

 

 

Jemputan ke "Relay For Life Kl 2012. Celebrate. Remember. Fight Back!" [atas]

Dimaklumkan bahawa National Cancer Society Malaysia akan menganjurkan sambutan Relay for Life Malaysia 2012. Semua warga UKM dijemput hadir memeriahkan program tahunan yang gilang gemilang ini.

Maklumat lanjut seperti berikut:
Tarikh: 13-14 October 2012
Masa: 6 petang (Sabtu) sehingga 10 pagi Ahad (Overnight Event)
Tempat:  Stadium UKM, Bangi

Aktiviti: Luminaria, Tarian, Nyanyian, Permainan, Cabutan Bertuah, Berjalan beramai ramai mengelilingi stadium, Kempen kesedaran kanser bersama pakar perubatan.
Tetamu Istimewa: Dato' Zuraidah Atan, Hans Isaac, Datuk Yasmin, Ben Ibrahim serta selebriti terkenal tanah air yang lain.

Sila klik untuk maklumat penuh. Permohonan penyertaan boleh dilakukan disini atau melalui website http://relayforlifemalaysia.com/


(ewarga/bul/bil.14092012-66)

 

 

 

Keputusan  Peperiksaan Perkhidmatan & Khas Bil. 1/2012 Dan  Kursus Induksi  Umum  Bil.1/2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Perkhidmatan & Khas  Bil. 1/2012  dan Kursus Induksi Umum  Bil 1/2012  kini boleh disemak di http://smk.ukm.my/peribadi. Sebarang rayuan perlu dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya sebelum 27 September, 2012.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.


(ewarga/bul/bil.14092012-65)

 

 

 

Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa tarikh Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2012 adalah pada 15 - 18 Disember 2012 bertempat di Awana Genting Highlands. Keterangan lanjut sila layari laman web:  http://www.ukm.my/kongres2012.


(ewarga/bul/bil.13092012-64)

 

 

 

Simposium Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran [atas]


Dimaklumkan bahawa Simposium Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran akan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-ketua Pusat Pengajaran & Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) kali ke-20 pada dan tempat berikut:

Tarikh: 27 September 2012 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi
Tempat:  Bilik Mesyuarat Senat
Perasmian:  2.30 petang

Majlis Perasmian dan Pelancaran Dana T-NOVATION oleh:  YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Sila klik untuk atur cara.Permohonan penyertaan boleh dilakukan di www.ukm.my/espel.


(ewarga/bul/bil.13092012-63)

 

 

 

Sambutan Hari Malaysia  Peringkat UKM 2012 [atas]


Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, dimaklumkan bahawa UKM akan menganjurkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat UKM seperti berikut:

Tarikh: 19 September 2012 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Stadium UKM

Sila klik untuk atur cara penuh.

Marilah kita sama-sama melahirkan semangat patriotik dengan turut sama memeriahkan majlis tersebut. Antara acara menarik adalah Pertandingan Perarakan Kontijen Kolej-kolej Kediaman UKM, persembahan dari Kumpulan Kesenian ARTISUKMA UKM, Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Semarak Merdeka.

Semua Warga UKM dan Masyarakat Sekitar Lembah Kelang dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.13092012-62)

 

 

 

Latihan Kawad Kebakaran FKAB [atas]


Dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (UKM) akan menganjurkan satu Latihan Kawad Kebakaran pada minggu ke-4 bulan September pada 24-28 September 2012.

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.13092012-61)

 

 

 

Pelantikan Pengurus Pejabat Hubungan Industri [atas]


Dimaklumkan bahawa Puan Yazlina Saduri telah dilantik sebagai Pengurus, Pejabat Hubungan Industri mulai 10 September 2012 untuk tempoh 2 tahun menggantikan Encik Mohd Rusland Abu Samah.

Puan Yazlina boleh dihubungi melalui pengurusphi@ukm.my dan pengurusphi@gmail.com

Syabas !


(ewarga/bul/bil.13092012-60)

 

 

 

Makluman "Course on Clinical Management of Thalassaemia & 5th National Thalassaemia Seminar" [atas]


Dimaklumkan bahawa Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Federation Malaysian Thalassaemia Societies, Malaysian Society of Paediatric Haematology and Oncology dan Kelab Talasemia Pusat Perubatan UKM akan menganjurkan program seperti berikut:

Course on Clinical Management of Thalassaemia
Tarikh: 4 - 5 Oktober 2012
Tempat: Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan:
RM400.00 (Doktor)
RM350.00 (Jururawat/Paramedik)


5th National Thalassaemia Seminar
Tarikh: 6 - 7 Oktober 2012
Tempat: Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan:
RM400.00 (Doktor)
RM350.00 (Jururawat/Paramedik)
RM100.00 (Ibu/Bapa/Pesakit)

Keterangan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-9171 8459 / 03-9171 8461 / 03-9145 6321 (Norshamsiah / Nooranizah / Yusyila Harlina/ Nurul Izza) atau sila layari laman sesawang UMBI iaitu http://www.ukm.my/umbi.

 


(ewarga/bul/bil.13092012-59)

 

 

 

Bengkel Kesedaran Hak Harta Intelek [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dengan kerjasama daripada Pusat Perubatan UKM (PPUKM) akan menganjurkan Bengkel Kesedaran Hak Harta Intelek, di mana ianya mengkhususkan penyertaan kepada kumpulan penyelidik daripada bidang Perubatan & Sains Kesihatan.

Bengkel tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 September 2012 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar, PPUKM

Penyertaan adalah terbuka.

Sila klik untuk poster dan tentatif program


(ewarga/bul/bil.13092012-58)

 

 

 

Notis Gangguan Bekalan Air, 12 September 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air sedang berlaku melibatkan bangunan Inbiosis, Permata Pintar, Rumah Haiwan, Rumah Tumbuhan dan kawasan sekitarnya disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kerja-kerja pemulihan bekalan air sedang dilaksanakan dan pihak JPP akan berusaha memastikan bekalan air dapat dipulihkan seperti biasa secepat yang mungkin.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

(ewarga/bul/bil.12092012-57)

 

 

 

Berita Takziah [atas]

Allahyarham Tengku Mohamad Haszelan Bin Tengku Hashim

Dukacita dimaklumkan bahawa Tengku Mohamad Haszelan Bin Tengku Hashim, Penolong Pegawai Keselamatan, Bahagian Keselamatan, UKM, Bangi telah kembali ke rahmatullah pada 12 September 2012 (Rabu). Allahyarham akan dikebumikan di Rantau Panjang, Kelantan.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.


(ewarga/bul/bil.12092012-56)

 

 

 

Pelawaan Untuk Mengikuti Program Mobiliti TECHNO2 Project Erasmus Mundus Partnership [atas]


Penyertaan program mobiliti terbuka kepada pelajar prasiswazah dan siswazah, PhD, post-doc, serta staf akademik dan pentadbiran. 

Sila klik untuk maklumat lanjut: http://www.techno2-em.org/default.aspx?mid=48&page=Home


(ewarga/bul/bil.12092012-55)

 

 

 

Makluman "ICLD 2012 ( International Conference On Learner Diversity)" [atas]


Tema : Education For Diverse Learners
Tarikh : 18-19 September 2012
Venue : Dewan Kuliah Utama, Pusat Pengurusan Siswazah, UKM

URL : http://www.icld.com.my

Sila klik untuk melihat poster.


(ewarga/bul/bil.12092012-54)

 

 

 

Perlanjutan SPPU Sehingga 30 September 2012 [atas]


Semakan Urus setia mendapati masih ramai staf UKM yang belum mengambil tindakan melengkapkan SKT/KPI.  Sehubungan dengan itu, mereka yang berkenaan diminta untuk mengambil tindakan segera termasuk memastikan pengesahan SKT/KPI dibuat oleh Penilai 1.
Tindakan mestilah diambil sebelum 30 September 2012.
**pastikan nama penilai telah dikemaskini supaya kemasukan SKT/KPI dapat dilaksanakan

Pengesahan wajaran staf akademik yang dijadualkan  berakhir pada 15 September 2012 akan dilanjutkan sehingga 30 September 2012. Pengesahan boleh dibuat menerusi skrin Ketua Jabatan/Dekan/Pengarah/Penolong Pendaftar. Pindaan wajaran juga boleh dibuat
dari skrin yang sama sebelum wajaran ini disahkan. Selepas pengesahan wajaran dibuat, wajaran sedia adalah KEKAL sehingga penilaian.
**Pastikan pembahagian wajaran adalah sama seperti FTE sebelum pengesahan dibuat.


Sehubungan dengan itu, sila emel ke sppu@ukm.my jika ada permasalahan dan sertakan UKM Per untuk memudahkan Urus setia membuat semakan.


(ewarga/bul/bil.12092012-53)

 

 

 

Staf Yang Layak Bagi Bekalan Kot Makmal Tahun 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa sehingga hari ini pihak kami hanya menerima 124 maklumbalas mengenai saiz kot makmal. Maklumbalas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Jenis Kot Makmal

Bilangan Staf

Kot Makmal Klinikal

1296

 

Makmal biasa 809

 

Kot Makmal Radioaktif 90
Jumlah 2196
Telah beri saiz 124
Belum beri saiz 2071

Sekiranya pihak kami tidak menerima sebarang maklumbalas selewat-lewatnya pada 14 September 2012, kami akan menggunapakai saiz yang sama sebelum ini. Ini bagi mengelakkan berlakunya kelewatan dalam proses penghantaran barang oleh pembekal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Amiruddin Isa di talian 03-89214004.

Kerjasama yang diberikan didahului dengan jutaan terima kasih.


(ewarga/bul/bil.12092012-52)

 

 

 

Penilaian Pengawasan II (Surveillance Assessment II) MS ISO 15189 : 2007, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, PPUKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Pusat Perubatan UKM akan menjalani Penilaian Pengawasan II Akreditasi ISO 15189 oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), Jabatan Standard Malaysia pada 19 hingga 21 September 2012. Sehubugan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini adalah amat-amat dialu-alukan.


(ewarga/bul/bil.12092012-51)

 

 

 

Persidangan 1st Malaysian Congress of Toxicology [atas]


Dimaklumkan bahawa UKM dan Malaysian Society of Toxicology dengan kerjasama USM, Asian Core Program dan Majlis Profesor Negara akan mengajurkan Persidangan 1st Malaysian Congress of Toxicology pada 2 hingga 3 Oktober 2012.

Klik untuk maklumat lanjut : http://www.ukm.my/mysot


(ewarga/bul/bil.12092012-50)

 

 

 

Siri Seminar IKON 9/2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON) akan mengadakan siri seminar tersebut seperti berikut:

Tajuk: The Importance Of The Latin And Ancient Greek Languages In Occidental Studies

Ia akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 14 September 2012
Tempat: Sudut wacana ATMA, UKM


(ewarga/bul/bil.12092012-49)

 

 

 

Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat 2012 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12092012-48)

 

 

 

Jemputan ke Diskusi Isu-Isu Syariah 2012 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12092012-47)

 

 

 

UKM melonjak ke tangga 261 dalam QS World University Ranking 2012-2013 [atas]

Penarafan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam QS World University Rankings, melonjak naik dari 279 tahun lalu kepada 261 tahun ini, demikian diumumkan oleh QS hari ini (11 September 2012). Ini adalah prestasi terbaik UKM sejak 2008.
Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira  Dr Sharifah Hapsah Shahabuddin gembira kerana UKM telah menunjukkan peningkatan dalam dua bidang di mana kedudukannya rendah pada masa lalu, iaitu sitasi (citation) dan reputasi majikan.

Usaha gigih kita dalam penyelidikan telah mula membuatkan hasil dalam sitasi. Bagaimanapun, ini hanyalah satu permulaan dan setiap orang mesti terus menghayati budaya universiti penyelidikan dengan menunjukkan kecemerlangan akademik dalam platform akademik seperti penerbitan dalam jurnal yang berwibawa. (Untuk komen lebih lanjut akan disiarkan dalam Portal Berita UKM).


(ewarga/bul/bil.11092012-46)

 

 

 

Tahniah UKM Melonjak Ke-261 : QS World University Rangkings 2012 [atas]

Tahniah diucapkan kepada UKM kerana telah melonjak kedudukannya ke-261 pada tahun 2012 berbanding kedudukannya pada tahun 2011 pada kedudukan ke-279, seperti mana keputusan yang dikeluarkan oleh QS World University Rangkings 2012. Maklumat lanjut seperti berikut:

Perkara

2011

2012

Overall rank

279

 

261

Academic reputation 220

 

223

Employer reputation Not ranked 300+
Faculty student 228 200
Citations Not ranked 300+
International faculty 101 113
International students 240 261
Arts & Humanities 243 249
Engineering & technology 255 238
Life sciences & Medicine 199 196
Natural sciences 279 300
Social sciences 190 220

Syabas !


(ewarga/bul/bil.11092012-45)

 

 

 

Penggunaan Kepala Surat Baharu UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar telah bersetuju meluluskan penggunaan kepala surat baharu UKM memandangkan masih terdapat Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan yang menggunakan logo UKM yang lama, logo Q, logo 40 tahun UKM dan kepala surat dengan rekabentuk lama.

Sila klik: muat turun Kepala Surat Baharu UKM
Sila klik: surat kepada Dekan/Pengarah/Ketua PTJ

Tarikh berkuat kuasa penggunaan: 10 September 2012


(ewarga/bul/bil.11092012-44)

 

 

 

Pelancaran Laman Web Versi 2 FSSK [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM telah melancarkan laman web baharu (versi 2) pada Selasa 11 September 2012. 
Laman web baharu ini boleh dicapai di alamat www.ukm.my/fssk.


(ewarga/bul/bil.11092012-43)

 

 

 

Perpindahan Pejabat Dekan, UKM-GSB [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Dekan, UKM-GSB akan berpindah ke bangunan baharu (bersebelahan bangunan PPS) secara berperingkat.  Sehubungan dengan itu,  operasi Pejabat Dekan UKM-GSB di Tingkat 5, Bangunan FEP akan ditutup buat sementara waktu mulai 12 September hingga 17 September 2012. Pejabat ini akan beroperasi seperti biasa di bangunan baru pada 18 September 2012. 

Pihak UKM-GSB memohon maaf kerana kesulitan yang dihadapi sepanjang tempoh berkenaan.


(ewarga/bul/bil.11092012-42)

 

 

 

Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Petchaburi Rajabhat University, Thailand [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Petchaburi Rajabhat University, Thailand akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 September 2012 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Canselori

Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh TYT. Mr. Thana Duangratana, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary, Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM di talian 03-8921 5057 / 4357.


(ewarga/bul/bil.11092012-41)

 

 

 

Kemasukan Maklumat Keperluan Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 Oleh Penyelaras Kursus Prasiswazah [atas]

Dimaklumkan bahawa tarikh kemasukan maklumat peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 perlu dilakukan oleh Penyelaras kursus mulai 17 September hingga 12 Oktober 2012. Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut, sila mel-e kepada smpweb@ptm.ukm.my


(ewarga/bul/bil.11092012-40)

 

 

 

Mesyuarat Agung Ke-31 Dan Majlis Hari Raya SUKMANITA [atas]

Dimaklumkan bahawa SUKMANITA akan mengadakan Mesyuarat Agung ke-31 dan Majlis Hari Raya seperti berikut:

Tarikh: 14 September 2012 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Majlis, Bangunan Canselori UKM (Mesyuarat Agung)
             Bilik Bankuasi (Majlis Hari Raya)

Sila klik untuk lihat atur cara.

Semua ahli dijemput hadir ke Mesyuarat agung dan majlis hari raya SUKMANITA.


(ewarga/bul/bil.11092012-39)

 

 

 

Pembatalan Taklimat International Summer Campus: Korea University [atas]

Dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan yang dijadualkan pada 20 September 2012 (Khamis) dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mohon maaf atas kesulitan.



(ewarga/bul/bil.10092012-38)

 

 

 

Tahniah - Cik Munirah Ismail [atas]

Tahniah diucapkan kepada Cik Munirah Ismail Pelajar Pascasiswazah dan Tutor daripada  Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan  yang telah berjaya memenangi anugerah Encouragement Award [for a poster presented by a dietetic practitioner or student from a country where research in dietetic is emerging] dalam persidangan 16th International Congress of Dietetics 2012 yang berlangsung pada 5 - 8 September 2012 di Sydney Convention & Exhibition Centre, Australia. Persidangan ini dianjurkan oleh International Confederation of Dietetic Associations (ICDA) &  Dietitian Association of Australia (DAA)

Tajuk Poster Yang Dibentang: Growth and Bone Health Status of Paediatric Patients with Thalassemia in Kuala Lumpur

Penyelia: Dr. Zahara Abdul Manaf, Prof. Dr. Suzana Shahar, Dr. Roslee Rajikan, Prof. Madya Dr. Zarina Abdul Latiff

Syabas !


(ewarga/bul/bil.10092012-37)

 

 

 

Perjumpaan Pertama Ahli Baru ARTISUKMA Bagi Sesi 2012/2013 [atas]

Sila klik maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10092012-36)

 

 

 

Iklan Pengisian Jawatan Felo Penghuni Kolej Tun Dr. Ismail, PPUKM [atas]


Permohonan jawatan Felo Penghuni Kolej Tun Dr. Ismail, PPUKM kini dibuka mulai 10 September 2012 dan tarikh tutup permohonan pada 28 September 2012. Anda boleh mendapatkan borang permohonan tersebut di kaunter pejabat Kolej Tun Dr. Ismail, PPUKM atau Unit Perumahan Pelajar, Bangunan Pusanika, UKM. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikembalikan di pejabat Kolej Tun Dr. Ismail bagi tindakan selanjutnya.


(ewarga/bul/bil.10092012-35)

 

 

 

Program Jualan Bidaan Barang Perabot Terpakai [atas]


Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Sila klik : Katalog barang 1
Sila klik : Katalog barang 2
Sila klik : Katalog barang 3
Sila klik : Katalog barang 4
Sila klik : Katalog barang 5
Sila klik : Katalog barang 6
Sila klik : Borang Tawaran Bidaan
Sila klik : Carta Alir Proses Jualan Terpakai
Sila klik : Surat Bidaan Barang Lupus


(ewarga/bul/bil.10092012-34)

 

 

 

Minggu Kaunseling Farmasi [atas]


Dimaklumkan bahawa Jabatan Farmasi PPUKM akan mengadakan Minggu Kaunseling Jabatan Farmasi 2012 seperti berikut:

Tarikh: 11-13 September 2012
Masa:  9.00 pagi hingga 3 petang
Tempat:  Lobi Utama, PPUKM

Semua warga UKM dijemput hadir.
 


(ewarga/bul/bil.10092012-33)

 

 

 

Tahniah - PPUKM Diiktiraf Sebagai Hospital Rakan Bayi [atas]


Tahniah diucapkan kepada Pusat Perubatan UKM kerana diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi yang telah diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mulai 27 Julai 2012 hingga 26 Julai 2014.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.10092012-32)

 

 

 

Jadual Kuliah Zohor September 2012 [atas]


Sila klik : Jadual Kuliah Zohor September 2012


(ewarga/bul/bil.10092012-31)

 

 

 

Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia dan Terperingkat Kerajaan [atas]


Sila klik : Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia dan Terperingkat Kerjaaan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam JPA


(ewarga/bul/bil.07092012-30)

 

 

 

Kursus Sains Sukan Tahap 2 [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 2 seperti berikut: 

Tarikh: 24 hingga 28 September 2012 
Tempat : Hotel Residence UNITEN 
Yuran : RM100.00

Pusat Sukan menjemput warga UKM yang telah memiliki Sijil Sains Sukan Tahap 1 (minimum 1 tahun) untuk menyertai Kursus yang akan diadakan tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Umi Kalsom di talian 03-89214192 / 012-3506522. Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran untuk tindakan tuan/puan.


(ewarga/bul/bil.07092012-29)

 

 

 

Bengkel Web 2.0 : Publishing Tools [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan mengajurkan Bengkel Web 2.0 : Publishing Tools yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi untuk kakitangan Akademik akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 25 September 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Makmal Komputer PTM, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Permohonan boleh dibuat di www.ukm.my/espel.


(ewarga/bul/bil.07092012-28)

 

 

 

Majlis Taklimat Pascasiswazah untuk Pelajar Baru Bagi Program Sarjana / PhD / Diploma (Bukan Klinikal), Kemasukan Semester I Sesi 2012/2013 PPUKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengajian Siswazah akan mengadakan majlis Taklimat Pascasiswazah bagi program bukan klnikal bagi kemasukan Semseter I Sesi 2012/2013. Maklumat majlis seperti berikut:

Tarikh: 10 September 2012 (Isnin)
Masa: 2.00 – 5.00 petang
Tempat: Dewan Peperiksaan Tingkat 4, Pusat Perubatan UKM


(ewarga/bul/bil.07092012-27)

 

 

 

Pendaftaran Pelajar Baru Pelajar Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) [atas]


Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Pelajar Baru Pelajar Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) akan diadakan pada 8 dan 9 September 2012.


(ewarga/bul/bil.06092012-26)

 

 

 

Program Penjagaan Holistik Sebelum, Semasa & Selepas Hamil 'Menjelang 9 Bulan 10 Hari' [atas]


Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan akan mengadakan Program Penjagaan Holistik Sebelum, Semasa & Selepas Hamil 'Menjelang 9 Bulan 10 Hari' pada 25 September 2012 jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium dan Lobi Pendidikan, Pusat Perubatan UKM.

Program yang akan dijalankan :
i.   Pameran.
ii.  Gerai Jualan.
iii. Ceramah
iv. Kuiz
   

Sila klik : Poster
Sila klik : Atur cara

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Puan Dewiana (7422) atau Puan Roshada (5706).

Semua kakitangan dan pelawat dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.06092012-25)

 

 

 

Ujibakat Malam Bintang UKM  2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan mengadakan Ujibakat Pertandingan Malam Bintang UKM 2012 pada 11 hingga 14 September 2012 di Kampus Bangi, PPUKM Cheras dan Kampus Kuala Lumpur.

Pertandingan adalah terbuka kepada semua warga kampus UKM termasuk pelajar. Pada tahun ini pihak penganjur menetapkan tema “lagu-lagu filem” untuk dipertandingkan. Para peserta akan menjalani sesi Ujibakat, Saringan, Bengkel Seni Suara dan seterusnya ke pertandingan akhir Malam Bintang UKM yang akan diadakan pada 6 Oktober 2012 bertempat di Panggung Seni, DECTAR.  Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan piala.

Sila klik : Jadual Ujibakat
Sila klik : Borang Penyertaan

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Syarina Khalid di sambungan 3171 atau emel syarina@ukm.my.

Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.06092012-24)

 

 

 

Majlis Syarahan Kemerdekaan UKM ‘Kemerdekaan dan Kesejagatan Malaysia dalam Era Perubahan’ [atas]


Oleh: YBhg. Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar, Universiti Malaya

Tarikh: 10 September 2012 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Senat, UKM

Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir. Kehadiran akan direkodkan pada Sistem Pengurusan Latihan (espel).



(ewarga/bul/bil.06092012-23)

 

 

 

eBuku Terkini Terbitan PPA [atas]


Dimaklumkan bahawa eBuku terkini berjudul 'Web 2.0 e-Publishing Tools: A Quick Guide' terbitan PPA kini boleh diakses di URL http://www.scribd.com/doc/104843525.



(ewarga/bul/bil.06092012-22)

 

 

 

Pameran  Kesihatan 'Penyakit Kardiovaskular dan Diabetes' [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM menganjurkan pameran  kesihatan  'Penyakit Kardiovaskular dan Diabetes' sepanjang bulan September 2012, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang  bertempat di Ruang Legar Pusat Kesihatan, UKM, Bangi.

Semua dijemput hadir.



(ewarga/bul/bil.05092012-21)

 

 

 

Berita Takziah [atas]

Allahyarham En. Muhammad Syahir Akmal bin Mohd Nor

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Muhammad Syahir Akmal bin Mohd Nor, Atendan Kesihatan (U3) dari Jabatan Pengurusan Kejururawatan, (Klinik Oftalmologi), PPUKM telah kembali ke rahmatullah pada 1 September 2012 (Sabtu). Allahyarham telah selamat dikebumikan di Serendah, Selangor. 

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.



(ewarga/bul/bil.05092012-20)

 

 

 

Jemputan untuk Pembentangan Hasil Penyelidikan dalam 'Seminar Hasil Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi' [atas]

Semua pensyarah/penyelidik yang mendapat geran KPT (ERGS/FRGS/LRGS/PRGS) adalah dipelawa untuk membentangkan hasil penyelidikan dalam 'Seminar Hasil Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi'. Tarikh tutup penghantaran abstrak adalah pada 10 September 2012.
Untuk maklumat lanjut seminar sila layari http://submit.confbay.com/conf/shpkpt2012.



(ewarga/bul/bil.05092012-19)

 

 

 

Syarahan Teknikal  oleh Dr. Roland Tsunoda [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa (ANGKASA) akan mengadakan satu syarahan teknikal oleh Dr. Roland Tsunoda, Principal Scientist, SRI International, USA seperti berikut:

Tarikh: 10 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM

Penceramah : Dr. Roland Tsunoda,  Principal Scientist,   SRI International (formerly known as Stanford Research Institute), USA

Sila klik untuk muat turun atur cara program.


Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.05092012-18)

 

 

 

Pengagihan Kain Pakaian Seragam Jururawat Terlatih, Stokin Dan Kasut Perempuan Bagi Kakitangan Beruniform [atas]



Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.05092012-17)

 

 

 

Gangguan Talian Telefon PPUKM [atas]


Dimaklumkan talian telefon di PPUKM sedang mengalami Gangguan Teknikal pada ketika ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Segala kesulitan amat dikesali.


(ewarga/bul/bil.05092012-16)

 

 

 

Makluman "Call for Poster Exhibition during the AUAP Conference" [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04092012-15)

 

 

 

Penggunaan Sistem ifolio menggantikan SPIN [atas]

Mulai Semester 1, Sesi 2012/2013 semua pensyarah dan pelajar perlu menggunakan ifolio (integrated Portfolio Management System) menggantikan SPIN. ifolio boleh diakses di ifolio.ukm.my.

Pensyarah boleh mengakses ifolio menggunakan ID UKMPer dan katalaluan seperti dalam eWarga; manakala pelajar boleh mengakses ifolio menggunakan ID Nombor Matrik dan katalaluan seperti dalam SMPWeb


(ewarga/bul/bil.04092012-14)

 

 

 

Gangguan Capaian Web Kampus Kuala Lumpur [atas]

Dimaklumkan bahawa gangguan capaian web Kampus Kuala Lumpur akan berlaku pada5 September 2012, mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari  disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pada server melibatkan gangguan capaian ke   SPIN, E-Village, Web FSK, Web KKL, Web PBL, Web JKM dan Web StorF.


(ewarga/bul/bil.04092012-13)

 

 

 

Taklimat International Summer Campus: Korea University [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04092012-12)

 

 

 

Bengkel Lesson Study [atas]


Dimaklumkan Pusat Penilaian Pendidikan, UKM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik akan mengajurkan Bengkel Lesson Study yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Reza Sarkar Arani dari Universiti Teikyo, Jepun dan Prof. Madya Dr. Yoshiaki Shibata  dari Universiti Nagoya, Jepun diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 September 2012 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Puri Pujangga, UKM

Permohonan boleh dibuat di www.ukm.my/espel. Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04092012-11)

 

 

 

Makluman "Call for papers! - IconSpace2013" [atas]


Dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM akan menganjurkan The 2013 International Conference on Space Science & Communication (IconSpace2013) pada 1-3 Julai 2013 bertempat di Melaka. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ukm.my/iconspace2013 .


(ewarga/bul/bil.04092012-10)

 

 

 

Tahniah - UKM Raih Tempat Kedua di FIRA RoboWorld Cup di Bristol, UK [atas]


Tahniah diucapkan kepada pasukan UKM kerana telah meraih tempat kedua dalam FIRA RoboWorld Cup di Bristol, UK pada 20-25 Ogos 2012 yang lepas. Sila klik untuk berita selanjutnya.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.04092012-09)

 

 

 

Makluman "MySEC 2012 ( The 6th Malaysian Software Engineering Conference 2012 )" [atas]


Tema : Towards A Dynamic Society through Sustainable and High Quality Software  

Tarikh: 4 – 5 Disember 2012
Tempat: Puri Pujangga, UKM

Sila layari URL : http://www.ftsm.ukm.my/mysec12 untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03092012-08)

 

 

 

Simposium Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran [atas]


Dimaklumkan bahawa Simposium Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran akan diadakan bersempena dengan Mesyuarat  Ketua-Ketua Pusat Pengajaran & Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) kali ke-20 seperti berikut:

Tarikh: 27 September 2012 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Senat, UKM
Perasmian: 2.30 petang

Majlis Perasmian dan Pelancaran Dana T-NOVATION oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin,  Menteri Pengajian Tinggi

Sila klik untuk atur cara.

Sila klik www.ukm.my/espel  untuk pendaftaran penyertaan.


(ewarga/bul/bil.03092012-07)

 

 

 

Siri Kuliah Unit Epidemiologi Klinikal [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03092012-06)

 

 

 

Siri Seminar IKON 9/2012 - The Importance of Latin and Ancient Greek Languages in Occidental Studies [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03092012-05)

 

 

 

Jemputan Menghadiri “Emerging Trends In Research Assesment Seminar” Thomson Reuters [atas]


Dimaklumkan bahawa satu seminar bertajuk  Bibliometrics, Research Performance Evaluation, and Beyond:  Towards Actionable Intelligence for Administrators, Policymakers, and Fundersyang akan disampaikan oleh Mr. David A. Pendlebury dari Thomson Reutersakan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 September 2012 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Senat, Aras 5 Bangunan Canselori, UKM

Atur cara: Lampiran 1
Biodata Penceramah: Lampiran 2
Abstrak: Lampiran 3

Semua dijemput hadir ke seminar tersebut.


(ewarga/bul/bil.03092012-04)

 

 

 

Susunan Sidang Majlis Konvokesyen Terkini [atas]


Terdapat sedikit pindaan melibatkan graduan Fakulti Undang-undang dipinda dari sidang 3 (21 Oktober 2012, ahad) kepada Sidang 1 (20 Oktober 2012,sabtu)
Manakala graduan Prasiswazah Fakulti Perubatan dipinda dari sidang 1 (20 Oktober 2012,sabtu) kepada Sidang 3 (21 Oktober 2012,ahad)

Sila klik : Susunan Sidang Majlis Konvokesyen Terkini


(ewarga/bul/bil.03092012-03)

 

 

 

Kursus 2nd UKMMC DCR & Orbital Decompression Course [atas]


Dimaklumkan bahawa Jabatan Otorinolaringologi akan menganjurkan Kursus 2nd UKMMC DCR & Orbital Decompression Course yang akan dijalankan seperti berikut.

Tarikh: 27-28 September 2012
Tempat: Dewan Serbaguna Tingkat 9

Peserta:   ENT Trainees & Specialist, Ophthalmology Trainees & Specialist, Allied Health Workers (Nurse, Medical Assistant and Paramedic Staff)

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Cik Siti Salbiah sambungan : 6046/6047 untuk pendaftaran.


Sila klik borang pendaftaran.

(ewarga/bul/bil.03092012-02)

 

 

 

Program Latihan  Bulan Sept - Nov 2012 Anjuran  Bahagian Pembangunan Sumber  Manusia, Jabatan Pendaftar UKM [atas]


Sila klik : Program Latihan  Bulan Sept - Nov 2012 Anjuran  Bahagian Pembangunan Sumber  Manusia, Jabatan Pendaftar UKM


(ewarga/bul/bil.03092012-01)