Kursus Anjuran Unit Latihan Bulan Januari 2006 [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan kursus-kursus pada bulan Januari 2006 seperti butiran berikut:

NAMA KURSUS TARIKH
TEMPAT SASARAN KUMPULAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Kursus Motivasi 25-27/1/2006 Tanjong Karang Sokongan
Keutamaan: (5 – 10 Thn Berkhidmat)
12 Jan 2006
Kursus Asas Pengurusan Kewangan 25-26/1/2006 Kompleks Bestari, Pusat Komputer UKM Pengurusan
/Sokongan
Keutamaan: (Terbuka)
12 Jan 2006

Kakitangan yang berminat dikehendaki berhubung dengan Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti/Institut/ Pusat/Bahagian masing-masing dan mengemukakan permohonan kepada Unit Latihan sebelum tarikh tutup permohonan bagi kursus-kursus berkenaan.

Hanya peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi dan ditawarkan kursus. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas sila hubungi urusetia kursus ditalian 03 89213026.

< Borang Permohonan Kursus >

(ewarga/bul/bil.30/12/2005-31)

Penubuhan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Tahun 2006 [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia akan merangka kursus berkaitan KMK dalam menjana program Kualiti Universiti. Oleh yang demikian, Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian adalah diminta untuk menubuhkan KMK masing-masing. Borang Permohonan <<klik di sini>> yang lengkap diisi diminta dikembalikan ke Unit ini sebelum 6 Januari 2006 atau melalui e-mail di zaidi_mn@pkrisc.cc.ukm.my. Setiap wakil kumpulan akan dijemput untuk menghadiri kursus-kursus yang telah diatur.

(ewarga/bul/bil.28/12/2005-28)

Audit Pematuhan Hospital UKM [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Hospital UKM telah melepasi Audit Pematuhan MS ISO 9001 2000 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 5 hingga 9 Disember 2005. Pihak Pengurusan HUKM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama semua warga dalam menjayakan audit tersebut.

(ewarga/bul/bil.16/12/2005-19)

Audit Pengawasan Jabatan Sumber Manusia Hospital UKM [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sumber Manusia, Hospital UKM telah berjaya melepasi Audit Pengawasan Pusingan Kedua (2) dari pihak SIRIM Qas International Sdn. Bhd yang telah dijalankan pada 12-13 Disember 2005.

Lanjutan itu, pihak pengurusan jabatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh YBhg.Prof.Dato/Datin/Tuan/Puan serta ahli-ahli dalam menjayakan program tersebut.

(ewarga/bul/bil.14/12/2005-17)

Pertukaran Penempatan Pegawai Tadbir [atas]

Makluman mengenai pertukaran Pegawai Tadbir di Fakulti/Jabatan:

Bil
Nama Pegawai
Penempatan
Tarikh Kuatkuasa
1.
Encik Muhamad Walid Osman
Unit Perjawatan, BSM Jabatan Pendaftar
3 Okt. 2005
2.
Encik Mazalan Nordin
Unit Perkhidmatan, BSM Jabatan Pendaftar
14 Nov. 2005
3.
Ecik Hamran Husin
Unit Perjawatan, BSM Jabatan Pendaftar
14 Nov. 2005
4.
Encik. Nor Akahbar b. Salehuddin
Pusat Komputer
14 Nov. 2005
5.
Puan Rahimah Said
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
14 Nov. 2005
6.
Encik Ridzwan b. Dzulkifle
Fakulti Pergigian
14 Nov. 2005
7.
Encik Zakaria Mohd. Elah
Pusat Ko-Kurikulum
14 Nov. 2005
8.
Encik Nur Haiqal Rawlins Una bin Abdullah
Unit Kaunseling dan Kerjaya, HEP
16 Nov. 2005
9.
Encik Aizam bin Abu Bakar
Unit Perjawatan, BSM Jabatan Pendaftar
17 Nov. 2005

(ewarga/bul/bil.13/12/2005-16)

Prof. Madya Dr. Salmaan Hussain Diiktiraf Sebagai 'Registered Toxicologist' [atas]


Prof. Madya Dr. Salmaan Hussain bin Inayat Hussain dari Program Kesihatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Felo Kanan UMBI telah menerima pengiktirafan sebagai 'Registered Toxicologist' oleh UK Register of Toxicologists selama lima tahun bermula 28 September 2005 hingga 28 September 2010. Beliau adalah rakyat Malaysia yang kedua diiktiraf oleh UK Register of Toxicologists semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1993. Pengiktirafan ini adalah suatu penghormatan kepada UKM, khususnya dan Malaysia, amnya.

(ewarga/bul/bil.08/12/2005-13)

Pemenang Pertandingan Rekacipta Laman Web Sempena Sambutan Ulangtahun 35 UKM [atas]

Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Berikut adalah pautan kepada web yang telah menang. Hadiah bagi pemenang telah disempurnakan semasa Hari Kualiti ke-13 UKM pada 28 November 2005.

<<
Sila Klik>>

(ewarga/bul/bil.08/12/2005-12)

Naib Canselor Dilantik Vice President GUNI-AP [atas]


Seluruh warga UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Salleh Mohd. Yasin atas pelantikan sebagai Vice President, Global University Network for Innovation - Asia Pacific (GUNI -AP).

(ewarga/bul/bil.07/12/2005-11)

Pengumuman dari Bah. Khidmat Sokongan Pengguna (BKSP), Pusat komputer [atas]

Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan BKSP memperkenalkan satu borang baru untuk pemohonan baikpulih perkakasan komputer. Setiap perkakasan komputer yang dihantar untuk baikpulih di Pusat komputer diminta menyertakan borang ini yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat/Dekan/Pengarah. Borang boleh dicetak dari laman web Pusat Komputer atau dari Pejabat Am Fakulti/Institut masing-masing.

Sekian dan atas kerjasama diucapkan terima kasih.

(ewarga/bul/bil.01/12/2005-2)

Solat Hari Raya Aidiladha dan Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah 1426H/2006M [atas]

Solat Hari Raya Aidiladha akan diadakan bertempat di Masjid UKM pada 10 Januari 2006 (Selasa) mulai jam 8.30 pagi. Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah pula akan berlangsung pada 12 Januari 2006 (Khamis) mulai jam 7.30 pagi.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ini. Terima Kasih.

< Atur Cara Majlis Qurban dan Aqiqah >

(ewarga/bul/bil.06/01/2006-09)

Majlis Ibadah Qorban Dan Aqiqah 2006 [atas]

Jemputan untuk muslimin & muslimat warga UKM bagi menyertai majlis tersebut dengan setiap bahagian Qorban @ Aqiqah dengan harga RM 300.00 sahaja.

Bagi yang berminat untuk menyertai sila hubungi pejabat Pusat Islam UKM : 03 – 8921 5404 / 03 – 8921 5432, atau dapatkan borang penyertaan di pejabat Pusat Islam.

(ewarga/bul/bil.28/11/2005-17)

Pameran Busana Gemilang UKM 2005 [atas]

Pusat Kebudayaan UKM mengadakan Pameran Busana Gemilang UKM 2005, bertemakan Batik pada 15 Disember 2005 hingga 6 Januari 2006, bertempat di Galeri Seni, Aras 3, DECTAR UKM bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara bahan seni batik yang dipamerkan adalah busana tradisional dan kontemporari bertemakan batik dan hasil pelajar ko-kurikulum seni batik .

Semua Warga UKM dijemput hadir melawat pameran tersebut.

Peragaan Fesyen Batik akan diadakan pada 6 Januari 2006, 8.30 malam di DECTAR bersempena dengan Majlis Makan Malam Anugerah Seni UKM 2005. Bagi yang beminat bolehlah menghubungi Cik Zaiton Hasan atau Puan Hazelina Ghazaly untuk menempah meja.

(ewarga/bul/bil.16/12/2005-20)

Majlis Qorban dan Aqiqah Peringkat Kompleks Perubatan UKM [atas]

Tarikh : 11 Januari 2006 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tempat Letak Kereta, Unit Kenderaan Hospital UKM

* 1 Bahagian RM300

Bagi yang berminat untuk menyertai sila hubungi: Hj. Adnan Jaafar: 03-91733333 sambungan 3827. Tarikh tutup penyertaan 4 Januari 2006. Muat turun borang penyertaan <<Klik disini>>

(ewarga/bul/bil.19/12/2005-22)

Malam Anugerah Seni UKM 2005 [atas]

Sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada penggiat seni kampus dan para pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan, Pusat Kebudayaan UKM dan Urusetia ARTISUKMA mengadakan Majlis Makan Malam Anugerah Seni UKM 2005 pada 6 Januari 2006, jam 8.00 malam, bertempat di DECTAR UKM. Pada majlis ini pakaian bertemakan Batik Kreatif.

Di samping pelbagai persembahan menarik, pada malam tersebut terdapat 12 kategori Anugerah Seni yang dipertandingkan seperti;

  • Anugerah Seni Mahasisiswa
  • Anugerah Seni Mahasisiswi
  • Anugerah Badan Kesenian Teraktif
  • Anugerah Penggerak/Aktivis Seni Kampus
  • Anugerah Kreativiti Seni (Projek)
  • Anugerah Seni Tari
  • Anugerah Seni Teater
  • Anugerah Seni Vokal
  • Anugerah Seni Muzik
  • Anugerah Seni Tampak
  • Anugerah Seni Beladiri
  • Anugerah Pengurusan Seni/Teknikal
  • Anugerah Penerbitan Seni (Video/Audio Visual)
  • Anugerah Penerbitan Seni (grafik/Cetakan)
  • Anugerah Penerbitan Seni (Fotografi)

    Sila hubungi Puan Hazelina Ghazaly di talian 89213104 untuk menempah meja atau mendapatkan maklumat lanjut sekiranya beminat untuk turut hadir.

    (ewarga/bul/bil.29/12/2005-29)

  • Penutupan Sistem Permohonan Cuti [atas]

    Permohonan cuti melalui Sistem Cuti dan Sistem e-Cuti ditangguhkan mulai 1 hingga 8 Januari 2006 untuk proses kemaskini baki cuti. Kakitangan yang ingin membuat permohonan cuti pada tempoh tersebut boleh mengisi borang secara manual. Sistem akan dibuka semula pada 9 Januari 2006.

    (ewarga/bul/bil.30/12/2005-33)

    Penutupan Sementara Capaian Laporan Ewarga [atas]

    Capaian kepada laporan e-Warga akan ditutup mulai 1 Januari 2006 dan akan dibuka semula pada 4 Januari 2006 bagi tujuan penyelenggaraan pangkalan data.

    (ewarga/bul/bil.30/12/2005-32)

    Seminar Pengurusan Seni Budaya UKM 2006 [atas]

    Pusat Kebudayaan UKM dan Urusetia ARTISUKMA akan mengadakan Seminar Pengurusan Seni Budaya UKM 2005 pada 7 dan 8 Januari 2006, jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam, bertempat di Bilik Pratonton, Aras 2, DECTAR UKM.

    Pembentang kertas kerja adalah terdiri daripada Pensyarah dan Pegawai di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

    Antara tujuan diadakan seminar ini adalah;

  • Meningkatkan mutu pengurusan seni budaya untuk kelab-kelab kesenian.
  • Memupuk pemikiran kreatif, meningkatkan penghayatan dan penghargaan terhadap seni dan budaya
  • Memupuk dan menjalin kerjasama secara berpasukan sesama peserta dan kelab-kelab kesenian.

    Berikut adalah adalah topik-topik yang akan dibentangkan;
  • Pembangunan Kebudayaan di Malaysia
  • Kritikan dalam Seni
  • Peranan Mahasiswa/i Karyawan Seni
  • Pengurusan Teknikal dan Seni Persembahan
  • Pemasaran Seni: Kaedah Strategi Yang Berkesan
  • Bengkel: Pengendalian Program Berjaya

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi penyelaras projek, Encik Roslan Abd. Salam di talian 8921 5343.

    (ewarga/bul/bil.05/01/2006-07)

  • Majlis Solat Hari Raya Aidiladha Peringkat Kompleks Perubatan UKM 1426H/2006M [atas]

    Semua muslimin dan muslimat warga Kompleks Perubatan UKM dijemput ke Majlis Solat Hari Raya Aidiladha pada 10 Januari 2006 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, HUKM.
    Terima kasih.

    (ewarga/bul/bil.04/01/2006-05)

    Kebenaran balik awal sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha [atas]

    Dimaklumkan bahawa sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Januari 2006 ini, Y. Bhg. Dato' Naib Canselor telah memberikan pelepasan balik awal bagi kakitangan UKM hari ini jam 3.30 petang.

    (ewarga/bul/bil.09/01/2006-12)

    Program Sebentar Waktu Bersama [atas]

    Dimaklumkan bahawa Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan Program Sebentar Waktu Bersama... seperti berikut:

    Program Sebentar Waktu Bersama...
    Penceramah: Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd. Tahir
    Tajuk: Pengalaman Menyandang Krusi Pengajian Melayu di New Zealand
    Tarikh: 30 Disember 2005 (Jumaat)
    Masa: 9.30 pagi
    Tempat: Bilik Seminar Siswazah 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

    Semua warga UKM adalah dijemput untuk menghadiri program ini. Sila hubungi Dr. Jaffary Awang di talian 03-89213659 untuk makluman lanjut.

    (ewarga/bul/bil.29/12/2005-30)

    Audit Penilaian Semula / Audit Kepatuhan Sirim QAS [atas]


    Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menjalani AUDIT PENILAIAN SEMULA (REASSESSMENT) atau AUDIT KEPATUHAN oleh Sirim QAS (International) Sdn. Bhd. seperti berikut:

    Tarikh: 27 dan 28 Disember 2005
    Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
    Tempat: Pejabat Pendaftar,Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

    Urusan harian Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada tarikh-tarikh berkenaan akan berjalan seperti biasa. Tuan/Puan adalah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya semasa audit berkenaan berlangsung. Sekian. Terima kasih.

    (ewarga/bul/bil.22/12/2005-24)

    Ucapan Takziah [atas]

    Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Prof. Dr. Hamid Lazan, dari Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, FST telah kembali ke rahmatullah pada 27 Disember 2005 (Isnin), jam 4.00 pagi. Jenazah Allahyarham boleh diziarahi di alamat No. 8, Jalan 2/1D, Bandar Baru Bangi. Jenazah Allahyarham akan di sembahyangkan di rumah beliau dan dijangka akan disemadikan sebelum zohor.

    Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-Fatihah.

    (ewarga/bul/bil.27/12/2005-26)

    Forum: Catastrophic Environmental Hazards [atas]

    Tajuk : TSUNAMI IN SRI LANGKA; GEOLOGICAL EFFECTS AND RECOVERY
    Tarikh : 16 Dis 2005 (Jumaat)
    Masa : 10 pagi
    Tempat : Bilik Sumber LESTARI, UKM
    Pembentang: Profesor A.R. Berger, Profesor Adjung , Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ,UKM

    Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 89214149 atau www.lestari.ukm.my atau klik disini untuk ringkasan forum.

    (ewarga/bul/bil.14/12/2005-18)

    Forum Kesihatan Lelaki [atas]

    Tarikh : 17hb. Disember 2005
    Tempat : Auditorium Hospital UKM, Cheras
    Pendaftaran Peserta: 8.00 pagi

    Topik Ceramah: Diabetes,Kesihatan Sexual,Hipertensi & Kardiovaskular

    Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi 150 peserta yang pertama.

    Kepada Warga Kampus UKM Bangi yang berminat untuk hadir ke Forum ini, pengangkutan bas ada disediakan di Panggung Seni pada jam 7.30 pagi. Bas tersebut akan bertolak ke HUKM pada jam 8.15 pagi.

    (ewarga/bul/bil.09/12/2005-14)

    Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2005 [atas]

    Tarikh: 17 - 18 Disember 2005
    Jam: 8.00 pagi - 10.00 malam
    Tempat: DECTAR, UKM Bangi
    Anjuran Bersama: Kerajaan Negeri Sembilan dan ATMA, UKM

    Semua dijemput menghadiri aktiviti Pesta termasuk seminar, pertunjukan permainan dan menikmati masakan tradisional Negeri Sembilan.

    (ewarga/bul/bil.02/12/2005-6)

    Kenaikan Pangkat [atas]

    1. Kenaikan Pangkat Pustakawan S48

    Kenaikan pangkat terbuka kepada semua Pustakawan S44 yang berminat dan layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pustakawan S48

    2. Kenaikan Pangkat Jawatan Guru Bahasa DG44

    3. Kenaikan Pangkat Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W22

    Tarikh tutup 20 Disember 2005.
    Sila capai di ruangan Peluang Pekerjaan untuk maklumat lanjut.

    (ewarga/bul/bil.22/11/2005-11)

    Penangguhan Kursus Pengurusan Tatatertib [atas]

    Y.Bhg Datin/ Tuan/ Puan,

    Penangguhan Kursus Pengurusan Tatatertib

    Dimaklumkan bahawa kursus Pengurusan Tatatertib Kumpulan Pengurusan yang dijadualkan pada 22-23 November 2005 terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan akan dijadualkan semula seperti butiran berikut:

    Tarikh: 20 Disember 2005 (Selasa)
    Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
    Tempat: Dewan Kompleks Bestari, Pusat Komputer

    Sehubungan itu pencalonan/penyertaaan dibuka semula kepada sesiapa yang berminat sehingga 1 Disember 2005. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak urusetia 3026 / 5146.

    (ewarga/bul/bil.22/11/2005-13)

    Jadual Kursus Kenegaraan Anjuran Biro Tatanegara [atas]

    Berikut merupakan jadual bagi Kursus Kenegaraan khas untuk kakitangan UKM:

    Tarikh
    Sasaran
    Gred Jawatan
    Tempat
    24–28/11/05
    3
    1-15
    KBN Bumi Jati, Selangor
    1–5/12/05
    2
    17-25
    KBN KIWA, Sepang, Selangor
    8–12/12/05
    1*
    27-45
    KBN KIWA, Sepang, Selangor
    15–19/12/05
    1*
    27-45
    KBN Alor Gajah, Melaka

    * Penukaran tarikh & tempat berkursus adalah tidak dibenarkan

    Perkhidmatan bas disediakan bagi semua slot ini pada jam 2.00 petang (hari pertama) di:

    + Panggung Seni, UKM
    + Bangunan Pendidikan, HUKM

    Sebarang masalah sila berhubung dengan urusetia Unit Latihan di talian 03-8921 3026/ 3617

    (ewarga/bul/bil.18/11/2005-09)

    Seminar Jaminan dan Peningkatan Kualiti: Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran di UKM [atas]

    Tarikh: 20 Disember 2005 (Hari Selasa)
    Tempat: Hotel Royal Adelphi Seremban
    Masa: 8.00 pagi hingga 5.30 petang
    Anjuran Bersama: Pusat Pembangunan Akademik & Pusat Kembangan Pendidikan

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Rosmah di talian 3858.

    (ewarga/bul/bil.19/12/2005-21)

    Seminar Pengenalan Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) [atas]

    Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) akan mengadakan satu seminar pengenalan kepada semua warga UKM yang berminat. Seminar tersebut akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

    Tarikh : 15 Disember 2005
    Masa : 8.30 pagi
    Tempat : Bilik Seminar G 143, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, FST.

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-89215920/03-89214461. Sila maklumkan kehadiran sebelum 9 Disember 2005.

    (ewarga/bul/bil.02/12/2005-3)

    Majlis Penyampaian Diploma bagi Program Eksekutif Pusat Kembangan Pendidikan 2005 [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Diploma bagi Program Eksekutif Pusat Kembangan Pendidikan 2005 akan diadakan pada:

    Tarikh : 10 Disember 2005 (Sabtu)
    Masa : 2.00 Petang
    Tempat : Dewan Persidangan Pusat Kembangan Pendidikan, UKM Bangi

    (ewarga/bul/bil.25/10/2005-20)

    Kursus Anjuran Unit Latihan Bulan November 2005 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan kursus-kursus pada bulan November 2005 seperti butiran berikut:

    Nama Kursus
    Tarikh
    Tempat
    Sasaran Kumpulan
    Tarikh Tutup Permohonan
    Kursus Induksi Bil. 4/22005
    29/11 – 7/12/05
    Kompleks Bestari
    Pengurusan
    12 Nov 2005

    Kursus Pengukuhan Pasukan

    16-18/11/05

    Puri Pujangga/ Hutan Pendidikan Alam UKM


    Sokongan


    1 Nov 2005
    Kursus Pengurusan Tatatertib
    22-23/11/05
    Puri Pujangga
    Pengurusan
    12 Nov 2005


    Kakitangan yang berminat dikehendaki berhubung dengan Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian masing-masing dan mengemukakan permohonan kepada Unit Latihan sebelum tarikh tutup permohonan bagi kursus-kursus berkenaan.

    Hanya peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi dan ditawarkan kursus. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas sila hubungi urusetia kursus ditalian 03 89213026

    (ewarga/bul/bil.27/10/2005-25)

    Kursus Teknologi Maklumat (November) [atas]

    Di maklumkan bahawa pendaftaran Kursus Teknologi Maklumat bulan November telah di buka. Pendaftaran boleh dibuat di www.ukm.my/kursusict. Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Tarikh/Tahun 2005
    Masa
    Kursus
    Tempat
    (Makmal, PK)
    Kumpulan Sasaran
    15-16/11
    Selasa - Rabu
    8.00pg-5.00ptg
    Microsoft Powerpoint 2000 - Asas
    Latihan 1
    Sokongan
    17-18/11
    Khamis - Jumaat
    8.00pg-5.00ptg
    Microsoft Word 2000 - Asas
    Multimedia
    Sokongan
    21-22/11
    Isnin - Selasa
    8.00pg-5.00ptg
    Macromedia Flash - Asas
    Latihan 1
    Semua pembina web jabatan / fakulti
    23-24/11
    Rabu - Khamis
    8.00pg-5.00ptg
    Pengenalan Kepada Statistik dan Analisis Data Berkomputer SPSS 11.0
    Latihan 1
    Akademik & Pengurusan Profesional
    29-30/11
    Selasa - Rabu
    8.00pg-5.00ptg
    Microsoft Excel 2000 - Asas
    Latihan 1
    Sokongan

    Sebarang masalah sila berhubung dengan urusetia Unit Latihan di talian 3026.

    (ewarga/bul/bil.26/10/2005-23)

    Pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam [atas]

    Jabatan Perkhidmatan Awam telah mewujudkan skim perkhidmatan Pengajar Gred U41, U44, U48, U52, U54. Kakitangan dalam skim perkhidmatan Jururawat Gred U29, U31/U32, U35/U36, U37/U38, U39/U40, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Farmasi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Perubatan, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Juru X-Ray masing-masing di Gred U29, U32, U36, U38, U40 yang dilantik secara tetap dan menjalankan tugas sebagai pengajar sepenuh masa sehingga 1 Januari 2005 boleh dipertimbangkan untuk ditukar lantik sebagai Pengajar Gred U41 tertakluk memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

    Sila hubungi Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar di talian 03-89215011 untuk keterangan lanjut sebelum 23 November 2005.

    (ewarga/bul/bil.10/11/2005-01)

    Audit Pengawasan Kedua Jabatan Sumber Manusia HUKM [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Hospital UKM akan menghadapi Audit Pengawasan Kedua (2) dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 12 Disember 2005 (Isnin). Justeru itu, mohon kerjasama YBhg. Prof/Dato'/Datin/Tuan/Puan agar urusan-urusan penting dan mustahak sahaja dikemukakan ke jabatan pada hari tersebut.

    (ewarga/bul/bil.18/11/2005-07)

    Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar [atas]

    Tarikh: 13 Disember 2005 (Selasa)
    Jam: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
    Tempat: Dataran Bangunan Canselori

    Semua dijemput hadir


    (ewarga/bul/bil.02/12/2005-4)

    AUNP- Training Course On Project Management And Implementation [atas]

    Tarikh: 29 November hingga 2 Disember 2005
    Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat: Kompleks Bestari, UKM dan Hotel Equatorial, Bangi.

    (ewarga/bul/bil.28/11/2005-15)

    Audit Pematuhan Hospital UKM [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Hospital UKM akan menghadapi Audit Pematuhan MS ISO 9001 2000 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 5 hingga 9 Disember 2005. Kerjasama semua warga amatlah diharapkan dalam pihak HUKM menghadapi audit tersebut.

    (ewarga/bul/bil.02/12/2005-5)

    Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat[atas]

    Tarikh: 6 - 7 Disember 2005
    Tarikh dan masa perasmian: 6 Disember 2005, 8.30 pagi
    Tempat: Palm Garden Hotel IOI Resort, Petaling Jaya
    Dirasmikan oleh: YB Dato' Kong Cho Ha, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mewakii YB Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

    <<Klik Aturcara>>

    (ewarga/bul/bil.05/12/2005-7)

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Tarikh : 9 Disember 2005 (Jumaat)
    Masa : 9.00 pagi
    Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM.

    Tajuk Kolokium kali ini "The Development & Direction of Rhinoceros NURBS Modelling for Windows" yang akan dibentangkan oleh Mr. Bob McNeel dari Robert McNeel and Associates, Seattle, USA. Web: www.rhino3d.com

    (ewarga/bul/bil.05/12/2005-8)

    Global University Network for Innovation (GUNI) - Asia and the Pacific 2005 Conference [atas]

    Tarikh: 6- 8 Disember 2005
    Tempat: Sheraton Imperial, Kuala Lumpur
    Pendaftaran peserta bermula 8.00 pagi.
    Perasmian akan diadakan pada jam 9.00 pagi pada 6 hb. Disember

    (ewarga/bul/bil.06/12/2005-9)

    Pindaan Tarikh Hari Keputeraan Sultan Selangor [atas]

    Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan mulai tahun 2005, Hari Kelepasan Am Negeri sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah ditetapkan pada 11 Disember 2005 mengikuti tarikh sebenar Ulang Tahun Keputeraan D.Y.M.M Sultan Selangor.

    (ewarga/bul/bil.07/12/2005-10)

    Tarikh Akhir Penghantaran Borang Tuntutan Kerja Lebih Masa Bulan Oktober 2005 [atas]

    Ingin dimaklumkan bahawa borang tuntutan kerja lebih masa sehingga 23 Oktober 2005 perlu dihantar ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2005 (JUMAAT) untuk dimasukkan ke dalam gaji bulan November 2005. Bagi tuntutan kerja lebih masa 24 Oktober 2005 hingga 31 Oktober 2005 dan bulan November 2005 hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 5 Disember 2005 dengan menggunakan borang berasingan.

    Sila rujuk Pekeling Bendahari Bil. 13/2005 bth. 19 Oktober 2005 seperti dilampiran

    Sekian, untuk makluman, terima kasih.

    (ewarga/bul/bil.25/10/2005-22)

    Pengumuman Dari Pusat Komputer [atas]

    Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat gangguan rangkaian/internet di kawasan FSSK, FST, PTSL, FEP dan beberapa kawasan berdekatan.

    Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan yang timbul sangat dikesali.

    Bahagian Rangkaian
    Pusat Komputer

    (ewarga/bul/bil.09/12/2005-15)

    Kongres Pertama Persatuan Hernia Asia Pasifik 2005 [atas]

    Jabatan Surgeri, Hospital UKM dan Persatuan Hernia Asia Pasifik akan menganjurkan Kongres Pertama Persatuan Asia Pasifik 2005 yang akan berlangsung seperti berikut:

    Tarikh : 21-22 November 2005
    Jam : 8.30 pagi - 4.30 petang
    Tempat: Auditorium, Hospital UKM.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kongres ini sila hubungi Jabatan Surgeri ditalian: 03-91733333 smb 2398.

    (ewarga/bul/bil.18/11/2005-08)

    Majlis Jamuan Aidilfitri SUKMANITA [atas]

    Majlis Jamuan Aidilfitri SUKMANITA dan Majlis Doa Selamat untuk Bakal Jemaah Haji akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 18 November 2005 (Jumaat)
    Masa : 10.00 pagi
    Tempat: Bilik Bankuasi, Bangunan Canselori

    Semua ahli SUKMANITA dan bakal jemaah haji dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.17/11/2005-05)

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Tarikh : 16 November 2005 (Rabu)
    Masa : 2.30 petang
    Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

    Tajuk Kolokium : SAS Enterprise Miner Presentation
    Pembentang : En. Cheong Cheng Mui, Sales Manager, Education SAS Malaysia.

    http://www.sas.com/presscenter/bgndr_statistics.html

    Semua Warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.11/11/2005-04) 18/11/2005

    Jemputan Ke Seminar Akademik Fakulti Undang-Undang, UKM [atas]

    Tema: Dilema Ahli Parlimen- " Antara Ketaatan Kepada Parti Dan Aspirasi Pengundi" Dari Perspektif Politik, Perlembagaan dan Undang-undang

    Tarikh & Tempat:
    16hb November 2005 (Rabu)
    2.30 petang
    Bilik Mesyuarat Fakulti Undang-undang, UKM

    Pembentang:

    1. Y.Bhg Dato' Shahrir bin Abd Samad
      Ahli Majlis Tertinggi UMNO

    2. Profesor Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin
      Pengarah Institut Alam Dan Tamadun Melayu,
      Profesor Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusian, UKM

    3. Puan Faridah Abdul Jalil
      Pensyarah, Fakulti Undang-undang, UKM

    4. Pengerusi Majlis: Prof Madya Kamal Halili Hassan,
      Dekan, Fakulti Undang, Undang UKM

    Semua Warga UKM dijemput hadir.

    Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi;
    Dr Noor Inayah Yaakub
    Pengerusi J/Kuasa Syarahan Umum & Seminar Akademik FUU, UKM
    Tel :0176179886/89216370/inayah@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.10/11/2005-03) 18/11/2005

    Ceramah / Taklimat Umum Peperiksaan PTK 2005 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi tahun 2005 akan diadakan mulai 21 hingga 30 November 2005.

    Sehubungan dengan itu, sesi Ceramah / Taklimat Umum Peperiksaan PTK akan diadakan pada 14 hingga 17 November 2005 sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan. Semua calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan PTK bagi tahun 2005 dijemput untuk menghadiri sesi taklimat tersebut. Kehadiran tuan / puan adalah digalakkan dan sebarang pertanyaan hubungi talian 5003 (Dayah / Saripah). Butiran lanjut sila klik.

    (ewarga/bul/bil.10/11/2005-02) 18/11/2005

    Multaqa Thaqafi Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (Jpati) Bil.03/2005 [atas]

    Tajuk: Trends of Islamic Movement in Egypt
    Oleh: Dr. Dennis Patrick Walker (Monash University, Australia)

    Tarikh: 25 Oktober 2005 (Selasa)
    Masa: 10.00 pagi– 11.30 pagi
    Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti (2), FPI, UKM
    Anjuran: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM

    Untuk maklumat lanjut mengenai multaqa (wacana) tersebut, sila hubungi 03 8921 5291 / 3080 atau layari www.fpi.ukm.my

    Semua dijemput hadir

    (ewarga/bul/bil.24/10/2005-16) - 26/10/2005

    Majlis Berbuka Puasa dan Menghayati Nuzul Al-Quran Tahun 2005/1426 H peringkat UKM [atas]

    Sukacita dimaklumkan Majlis Berbuka Puasa dan Menghayati Nuzul Al-Quran Tahun 2005/1426H peringkat UKM akan diadakan pada:

    Tarikh : 20 Oktober 2005 (Khamis)
    Masa : 6.15 petang
    Tempat : Masjid UKM, Bangi

    Semua warga UKM di jemput hadir ke majlis ini

    *Sila klik untuk Atur Cara:

    (ewarga/bul/bil.14/10/2005-09) - 26/10/2005

    SIRI SEMINAR IKMAS [atas]

    Tajuk : ISLAM, ASCETICISM & COSMOPOLITANISM IN THE ‘MALAY WORLD’
    Oleh: JOEL KAHN,Sociology and Anthropology Program, La Trobe University

    Tarikh : 20 Oktober 2005 (Khamis)
    Masa : 2.30 pm – 4.30 pm
    Tempat : IKMAS Bilik Seminar, UKM, Bangi

    Klik untuk abstrak. Semua di jemput hadir.Untuk maklumat lanjut sila tel. 8921-3205/4169 or 8921-3625

    (ewarga/bul/bil.18/10/2005-13) - 26/10/2005

    Taklimat Biasiswa Erasmus Mundus oleh Ms. Cristiana Famea [atas]

    Programme Manager EU-Malaysia Cooperation

    Taklimat Biasiswa Erasmus Mundus ini akan diadakan pada:

    Tarikh : 10 Oktober 2005
    Masa : 10.00 pagi
    Tempat : Bilik Majlis, Tingkat 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pensyarah dan pelajar pasca siswazah yang berminat dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.05/10/2005-04)

    Solat Tasbih Berjemaah [atas]

    SUKMANITA akan menganjurkan Solat Tasbih Berjemaah pada:

    Tarikh : 7 Oktober 2005 (Jumaat)
    Masa : 12.30 tgh
    Tempat : Ruang Baca, Koleksi Khas, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang

    Semua ahli SUKMANITA dan kakitangan wanita UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.05/10/2005-03)

    Seminar Bersiri 2005 [atas]

    Anjuran ATMA-IKON

    Tajuk : The Course of Australian Studies

    Pembentang:Dr David Dunstan, Director, National Centre for Australian Studies, Monash University, Melbourne, Australia
    Tarikh: 5 October 2005
    Masa :10.00pagi
    Tempat: SUDUT WACANA, ATMA, UKM

    (ewarga/bul/bil.03/10/2005-01)

    Gangguan Bekalan Elektrik Keseluruhan Bangunan Canselori,Bangunan Fakulti Pengajian Islam dan Bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) [atas]

    Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan voltan tinggi di Bangunan Canselori akan diadakan pada 8 Oktober 2005 hingga 9 Oktober 2005 dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

    Gangguan ini juga turut menjejaskan sistem hawa dingin, sistem telefon dan sistem internet ke bangunan-bangunan yang telah disebutkan. Sebagai langkah keselamatan, mohon kerjasama penghuni-penghuni bangunan yang terlibat supaya mematikan semua suis dan peralatan elektrik sebelum tuan puan meninggalkan pejabat pada hari Jumaat (7 Oktober 2005) yang akan datang.

    Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan yang timbul sangat dikesali.

    (ewarga/bul/bil.29/09/2005-28)

    Kelas Pemantapan Kemahiran Bahasa Inggeris, Pusat Kembangan Pendidikan [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kembangan Pendidikan telah bersedia untuk memulakan 2 kelas pemantapan kemahiran Bahasa Inggeris iaitu;

    1. Basic English Communication khusus untuk kakitangan sokongan dan
    2. English for Professional Communication untuk kategori pegawai

    Sesi tutoran untuk kursus-kursus tersebut diadakan pada hujung minggu sahaja sepanjang 5 bulan bermula pada 17 September 2005.

    Borang pencalonan dan sinopsis kursus boleh diperolehi daripada urusetia Encik Mohd Khidir Noordin. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau ditalian 3366/3367.

    (ewarga/bul/bil.25/08/2005-40)

    Peperiksaan Perkhidmatan Dan Khas Bil. 2/2005 PADA 11 – 14 OKTOBER 2005 [atas]

    PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN DAN KHAS BIL. 2/2005 bagi kakitangan Kumpulan Pengurusan & Profesional (bukan akademik) dan Kumpulan Sokongan UKM dan HUKM akan diadakan pada 11 – 14 OKTOBER 2005.
    << Sila klik di sini>>

    1. PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN untuk pengesahan jawatan bagi kakitangan yang dalam tempoh percubaan.
    <<sila klik Jadual ‘A’>>

    2. PEPERIKSAAN KHAS untuk memasuki skim perkhidmatan tertentu melalui urusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).
    <<sila klik Jadual ‘B’>>

    Tarikh Tutup permohonan: 3 SEPTEMBER 2005

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Telefon 89215011
    Puan Rohani Nordin
    Bahagian Sumber Manusia
    Jabatan Pendaftar
    e-mail: rohani@pkrisc.cc.ukm.my
    atau Puan Dahlia Mansor 89215003
    e-mail: dee@pkrisc.cc.ukm.my

    << Klik Borang >>

    (ewarga/bul/bil.04/08/2005-07)

    MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA UKM DENGAN PUZAT ZAKAT SELANGOR [atas]

    Jabatan Bendahari akan mengadakan MAJLIS MENANDATANGANI
    MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN PUZAT ZAKAT SELANGOR PADA:

    Tarikh : 4 Oktober 2005 (Selasa)
    Masa : 2.30 Petang
    Tempat : Dewan Kayangan, Danau Golf Kelab (KRU) , UKM

    (ewarga/bul/bil.29/09/2005-29)

    Lawatan Ahli-Ahli Panel Penilai Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM) 2005 [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 14 orang Ahli Panel Penilai termasuk Urus Setia APTM 2005, Jabatan Perdana Menteri akan membuat lawatan ke UKM pada 03 Oktober 2005. Majlis taklimat kepada Ahli-Ahli Panel Penilai ini akan diadakan pada:

    Tarikh: 3 Oktober 2005
    Masa: 2.30 Petang
    Tempat: Bilik Majlis, Paras 5, Bangunan Canselori

    Lawatan/tinjauan juga akan dibuat ke Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Bahagian Pengurusan Akademik dan Pusat Komputer bagi meninjau operasi/penggunaan/pemakaian aplikasi yang dicalonkan iaitu ‘APLIKASI e-WARGA’. Diharap Jabatan/Bahagian/Pusat yang terlibat dapat memberikan kerjasama semasa panel penilai ini membuat lawatan ke bahagian tuan/puan.

    (ewarga/bul/bil.30/09/2005-33) -4/10/2005

    Pameran Seni Budaya [atas]

    Tarikh: 3 oktober 2005
    Masa : 9:30 pagi,
    Tempat: Muzium Seni Pusat, Aras 4, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

    (ewarga/bul/bil.29/09/2005-30)-4/10/2005

    Seminar Pembangunan Manusia [atas]

    Ke Arah Memupuk Kerjasama Pintar Sumber Manusia Lelaki dan Wanita—Dalam Menghadapi Tuntutan Global

    Tarikh : 1 Oktober 2005(Sabtu)
    Masa : 8.30 pagi
    Tempat: Akademi Latihan Pertahanan Awam
    Anjuran:
    Program Sarjana (Psikolgi Industri Dan Organisasi)
    Pusat Pengajian Psikologi Dan Pembangunan Manusia
    Fakulsti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

    < Borang >

    (ewarga/bul/bil.29/09/2005-31)-3/10/2005

    Majlis Taklimat Bersama Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) HUKM [atas]

    Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) HUKM akan mengadakan suatu Majlis Taklimat Bersama Pelanggan pada :

    Tarikh : 30 September 2005
    Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari
    Tempat : Auditorium HUKM

    Semua warga UKM terutama pakar perubatan, pegawai perubatan, penyelaras klinik, pengurus jururawat, ketua jabatan jururawat, ketua jururawat, jururawat dan pembantu klinik dijemput menghadiri taklimat ini.

    (ewarga/bul/bil.27/09/2005-27)-3/10/2005

    Seminar Undang-Undang dan Masyarakat ke 17 [atas]

    Tema: Reforming Company Law: Challenges in the New Millenium
    Anjuran: Fakulti Undang-undang dan PERUNDANG
    Tarikh: 1 Oktober 2005
    Tempat: Holiday Villa Subang
    Perasmi: YB Datuk Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna

    (ewarga/bul/bil.27/09/2005-25)-3/10/2005

    Majlis Malam Mesra FSSK 2005 [atas]

    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan mengadakan Majlis Makan Malam di Cyberview Lodge Resort and Spa, pada hari Jumaat , 30 September 2005 jam 8.00 malam. Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Salleh Mohd Yassin (Naib Canselor UKM). Sebarang pertanyaan, sila hubungi 6572 (Azlan Mis), 012-2720610 / 6564 (Tg. Nor Rizan) dan 6488 (Khatijah).

    (ewarga/bul/bil.27/09/2005-23)-3/10/2005

    Kursus Pengadilan Sepak Takraw Tahap III [atas]

    Anjuran Unit Sukan, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)

    Tarikh : 1 & 2 Oktober 2005 (Sabtu & Ahad)
    Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
    Tempat : Dewan Auditorium HEP & Gelanggang Sepak Takraw UKM

    Terbuka kepada Semua Pelajar & Staf UKM dan Masyarakat di sekitar kawasan Bangi

    • Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2005 (Rabu)
    • Tempat Terhad kepada 40 orang peserta sahaja
    • Bayaran Penyertaan RM 30.00 sahaja
    • Sijil Pengadil Sepak Takraw Tahap III ditauliahkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)
    • Tempat tinggal, makan & minum tidak disediakan

    Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi En Azlan Abu Bakar / En. Razizi Midin / Cik. Linda / Pn. Eliati di Unit Sukan (Stadium Universiti) UKM @ di talian 03-89215176/5315/4193.

    (ewarga/bul/bil.15/09/2005-19)-3/10/2005

    KURSUS ANJURAN UNIT LATIHAN BULAN SEPTEMBER 2005 [atas]

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan kursus-kursus pada bulan September 2005 seperti butiran berikut:

    NAMA KURSUS TARIKH
    TEMPAT SASARAN KUMPULAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Kursus Induksi Bil. 3/2005 5 - 13/9/05 Kompleks Bestari Kakitangan Sokongan 21 Ogos 2005
    Kursus Pengukuhan Pasukan 29-30/9/05 Akan dimaklumkan kemudian Kakitangan Sokongan 1 Sept 2005
    Kursus Pengurusan Perolehan 12-13/9/05 Puri Pujangga Kakitangan Sokongan 1 Sept 2005

    Sukacita sekiranya Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat mencalonkan kakitangan di bawah pengawasan Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dan mengemukakan kepada pihak urusetia sebelum tarikh tutup permohonan bagi kursus-kursus berkenaan.

    Hanya peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi dan ditawarkan kursus. Mereka yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh seminggu sebelum tarikh kursus adalah dianggap tidak berjaya. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas sila hubungi urusetia ditalian 03 89213026.

    < Surat Pekeliling Kursus >
    < Borang percalonan peserta >

    (ewarga/bul/bil.24/08/2005-36)-3/10/2005

    KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT (SEPTEMBER) [atas]

    Di maklumkan bahawa pendaftaran Kursus Teknologi Maklumat bulan September telah di buka. Pendaftaran boleh dibuat di http://www.ukm.my/kursusict. Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Tarikh
    Tahun 2005

    Masa
    Kursus

    Tempat
    (Makmal, PK)

    Kumpulan Sasaran
    01-02/09
    Khamis
    8.00 pagi - 5.00 ptg Adobe Photoshop - Asas Multimedia Multimedia Semua pembina web jabatan / fakulti
    13-14/09
    Rabu - Khamis
    8.00 pagi - 5.00 ptg Teknologi Maklumat - Lanjutan Latihan 1 Terbuka kepada semua
    27/09
    Selasa
    8.00 pagi - 5.00 ptg Klinik Anti Virus Latihan 1 Terbuka kepada semua
    29-30/09
    Rabu - Khamis
    8.00 pagi - 5.00 ptg Bengkel Multimedia - Penyuntingan Video Multimedia Webmaster UKM

    Sebarang masalah sila berhubung dengan urusetia Unit Latihan di talian 3026.

    (ewarga/bul/bil.16/08/2005-22) -3/10/2005
    Ceramah Umum : Saduran Karya Melayu Lama Untuk Sastera Moden Di Dunia Melayu Teknik Saduran Dan Fungsinya [atas]

    Dianjurkan Oleh: Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM
    Penceramah: Dr. Monique Zaini-Lajoubert
    Tarikh : 28 September (Rabu)
    Jam : 10. 00 Pagi
    Tempat : Sudut Wacana Atma, Aras 3, Bangunan ATMA, UKM

    (ewarga/bul/bil.27/09/2005-26)-29/9/2005

    Seminar Akademik Fakulti Undang-Undang UKM [atas]

    Tarikh: 28hb September 2005 (Rabu)
    Masa: 2.15 Ptg
    Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti Undang-Undang UKM

    Pembentang:

    1) Puan Nazura Abdul Manap - Information Technology :" Data base Protection in Malaysia".
    2) Puan Zinnatul Ashiqin Zainol - Intellectual Property : "Trademark Domain Name"
    3) Puan Fatimah Yusro Hashim - Undang-undang Keluarga Islam: " Persoalan Nasab dan Tempoh Kehamilan Menurut Syarak"

    Semua dijemput Hadir.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi:
    Dr Noor Inayah Yaakub
    Pengerusi Jawatankuasa Syarahan Umum & Seminar Akademik FUU
    0176179886/ 03-89216370
    inayah@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.27/09/2005-24)-29/9/2005

    PENGUMUMAN DARI PUSAT KOMPUTER [atas]

    Perhatian kepada warga UKM yang menggunakan perisian Windows 2000 dan Windows XP. Sila patch PC anda secepat mungkin. Patch boleh didownload daripada link berikut :

    Windows 2000
    http://webmail.ukm.my/ms05-039/Windows2000-KB899588-x86-ENU.EXE

    Windows XP
    http://webmail.ukm.my/ms05-039/WindowsXP-KB899588-x86-ENU.exe

    (ewarga/bul/bil.17/08/2005-26) -29/9/2005
    Pengumuman Perpindahan PPU ke Lingkungan Kedua [atas]

    Untuk makluman werga UKM PPU telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Lingkungan Kedua (berhadapan bangunan JPP) pada 5 Sept. 2005. Dilampirkan senarai nombor telefon baru untuk dihubungi. Sila "klik".

    (ewarga/bul/bil.06/09/2005-09)-28/9/2005

    KONVENSYEN KMK PERINGKAT NEGERI SELANGOR [atas]

    Berikut ialah keputusan Konvensyen ini yang telah diadakan pada 5 hingga 6 September 2005 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam

    Kumpulan Jabatan Kategori Kedudukan
    PRISMA Jabatan Radiologi, HUKM Teknikal Ketiga
    PESUMA Jabatan Sumber Manusia, HUKM Pengurusan Saguhati

    UKM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua kumpulan ini yang telah memberikan persembahan yang terbaik.

    (ewarga/bul/bil.12/09/2005-15)-28/9/2005

    Persidangan Sempena 35 Tahun UKM [atas]

    Tarikh: 26 – 27 September 2005
    Tempat :Bilik Senat, Aras 5 Bangunan Canselori,UKM

    Persidangan ini akan dirasmikan oleh Pro-Canselor UKM, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar. Bagi Aturcara Perasmian sila ‘klik’. Semua dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.15/09/2005-18)-28/9/2005

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Dengan hormatnya Siri Kolokium FTSM kali ini akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 16 September 2005 (Jumaat)
    Masa : 10.00 pagi
    Tempat : Bilik Mesyuarat (1), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

    Kolokium kali ini bertajuk "Teknologi Bahasa dan Pengkomersialan" yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Zaharin Mohd Yusof (MIMOS).

    Tajuk kali ini meliputi projek teknologi bahasa dan pengkomersialannya serta rancangan untuk RMK9.

    (ewarga/bul/bil.16/09/2005-20)-19/9/2005

    Raptai Majlis Konvokesyen ke -33 [atas]

    Tarikh : 15 September 2005
    Masa : 9.00 pagi
    Tempat: DECTAR, UKM Bangi

    Semua Dekan/Pengarah dan Pegawai Pentadbiran yang terlibat dijemput untuk hadir ke raptai tersebut.

    (ewarga/bul/bil.14/09/2005-17)-15/9/2005

    Pelancaran Antologi Puisi Ziarah Ombak Puisi-puisi Pasca Tsunami [atas]

    Institut Aalam Dan Tamadun Melayu (ATMA) akan mengadakan pelancaran Antologi Puisi Ziarah Ombak Puisi-puisi Pasca Tsunami oleh :

    Penyair-penyair Acheh termasuk WS Rendra, Taufiq Ismail dan juga penyair- penyair Malaysia Dato’ A. Samad Said, Raja Aminullah dan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail

    Pembicara : Harun A. Rashid
    Judul : Optimisma Orang Acheh & Empati Lintas Budaya
    Tarikh : 15 September 2005 (Khamis)
    Masa : 11. 00 pagi
    Tempat:Sudut Wacana ATMA Aras 3, Bangunan ATMA, UKM

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.14/09/2005-16)-15/9/2005

    Kelab Rukun Negara IPT [atas]

    Tarikh: 13 September 2005
    Masa : 9.30 pagi
    Tempat: DECTAR, UKM Bangi
    Pelancaran Kelab Rukun Negara IPT akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.08/09/2005-12)-15/9/2005

    Penangguhan Kursus Pengurusan Sumber Manusia [atas]

    Dimaklumkan bahawa kursus Pengurusan Sumber Manusia yang dijadualkan pada 25-26 Ogos 2005 terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sebarang kesulitan amatlah dikesali.Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak urusetia 3026 / 5146.

    (ewarga/bul/bil.15/08/2005-21) -15/9/2005

    Penganugerahan Pingat Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Terengganu Darul Iman [atas]

    Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, YBhg. Prof. Dr. Aziz Deraman dianugerahkan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu iaitu Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT) sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Terengganu Darul Iman, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah.

    Warga UKM merakamkan setinggi tahniah kepada YBhg Prof. Dr. Aziz Deraman atas penganugerahan pingat kebesaran tersebut.

    (ewarga/bul/bil.10/08/2005-15) -15/9/2005

    KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SUKEM) 2005 [atas]

    Unit Sukan, UKM akan menganjurkan Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) 2005 bertempat di seluruh Kompleks Sukan UKM. Acara yang akan dipertandingkan ialah:

    Acara Individu :

    Acara Tarikh
    1. Silat Olahraga 12-14 Ogos 2005
    2. Renang 12-14 Ogos 200
    3. Taekwando 19-21 Ogos 2005
    4. Olahraga 2- 4 september 2005

    Acara Berpasukan:

    Tarikh : 5 – 14 September 2005

    1. Bola Sepak 2. Bola Jaring 3. Sepaktakraw
    4. Tenis 5. Ping Pong 6. Badminton
    7. Skuasy 8. Bola Tampar 9. Bola Baling
    10. Bola Keranjang 11. Sofbol 12. Hoki
    13. Ragbi 14. Catur 15. Boling Padang
    16.Tenpin Boling 17. Senamrobik 18. Memanah
    19. Kayak (Acara Pertunjukan) 20. Golf (Acara Pertunjukan)  

    Sebarang masalah sila hubungi Bahagian Pengurusan Acara, Unit Sukan di talian 03-89215177/5306/4193.

    (ewarga/bul/bil.03/08/2005-05) -15/9/2005

    Pengumuman Penangguhan Kursus Kemahiran Generik [atas]

    Kursus Kemahiran Generik yang akan diadakan pada 12 -14 Ogos 2005 terpaksa ditunda kepada 9 – 11 September 2005 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Pihak Urusetia (PPA) memohon maaf atas penangguhan kursus ini.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Urusetia: En. Najib 3791 & Pn. Watie 5969/5233

    (ewarga/bul/bil.08/08/2005-10) -12/9/2005

    Hari Keluarga UKM [atas]

    Tarikh: 10 September 2005
    Masa : 7.30 pagi
    Tempat: Stadium Universiti, UKM Bangi

    Semua warga UKM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Sila <klik>untuk maklumat selanjutnya.

    (ewarga/bul/bil.08/09/2005-11)-12/9/2005

    Seminar Al-Qur’an Dan Isu-Isu Semasa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 [atas]

    Tema: “AL-QUR’AN ASAS PERUBATAN”
    Tarikh: 12–13 September, 2005
    Tempat: Bilik Senat, Bangunan Pentadbiran UKM, Bangi
    Anjuran bersama: Jabatan Pengajian Al-Qur’an Dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM,Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Dan Pusat Islam, UKM

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia seminar:-
    YM Ustazah Tengku Intan Zarina Tengku Puji - 03-89215379
    Encik Mohd Akil Mohamed Ali - 03-89215295
    Pn. Noraini Hussin/Cik Salimah - 03-89215294

    Forum Bertajuk: "Al-Qur'an Asas Perubatan"

    Tarikh:12 September 2005 / 8 Sya'aban 1426H (Hari Isnin)
    Masa:9.00 malam
    Tempat:Bilik Senat, Paras 5, Bangunan Canselori, UKM
    Pengerusi Forum:Prof. Madya Dr. Ismail Yusuff
    Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
    Fakulti Pengajian Islam, UKM

    Ahli Panel:
    YB. Dr. Amran Kasimin
    Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangi

    YBhg. Dr. Harlina Halizah Siraj
    Pakar O & G, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

    YBhg. Dr. Abdul Manan Mohamad
    Pensyarah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.09/09/2005-13)-12/9/2005

    Ceramah Umum Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA)UKM [atas]

    Tajuk: Cara Mudah Memahami Al-Quran
    Penceramah: Saudara Muhammad Khairul Anam
    Tarikh : 12 September (Isnin)
    Masa : 10. 00 Pagi
    Tempat : Sudut Wacana ATMA, Aras 3, Bangunan ATMA, UKM

    Semua Warga UKM Dijemput Hadir.

    (ewarga/bul/bil.09/09/2005-13)-12/9/2005

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Siri Kolokium FTSM kali ini akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 9 September 2005 (Jumaat)
    Masa : 3.00 petang
    Tempat : Bilik Mesyuarat (1)
    Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

    Tajuk Kolokium "Perancangan Harta - Penyelamat Warisan Anda" yang akan disampaikan oleh En. Mohamad Ayob Mohd Nor, Penasihat Pentadbiran Harta, Amanah Raya Berhad.

    (ewarga/bul/bil.07/09/2005-10)-10/9/2005

    Syarahan Umum Fakulti Undang-undang, UKM [atas]

    Tajuk: Malaysia Sebagai Pusat Kewangan Islam Dunia: Realiti, Harapan dan Cabaran.
    Tarikh : 9 September 2005
    Masa : 2.50-5.00 petang
    Tempat: Bilik Senat
    Tokoh: Dr Mohd Daud Bakar, President, International Institute of Islamic , Finance (IIIF),Ceo Amanie Solution, Bhd.KL

    (ewarga/bul/bil.05/09/2005-08)-10/9/2005

    Bengkel PPSKTM [atas]

    Tajuk: New Materials for Sensor: Nanoparticles and Quantum Dots
    Penceramah: Dr Narayanaswamy Ramaier, Prof. Pelawat dari University of Manchester, England.
    Tarikh: 8 September 2005
    Masa: 2:30 - 5:00 petang
    Tempat:Bilik Mesyuarat Fakulti Sains & Teknologi, FST

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Prof. Madya Dr Lee Yook Heng, e-mail:
    yhl1000@pkrisc.cc.ukm.my Penyertaan bengkel ini adalah percuma dan semua yang berminat dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.05/09/2005-07)-10/9/2005

    CERAMAH KESEDARAN MEMERANGI JENAYAH RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA KUASA [atas]

    Tarikh : 1 September 2005 (Khamis)
    Masa : 10 pagi
    Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori
    Penceramah : En. Ahmad Sabri b. Mohamed, Badan Pencegah Rasuah Malaysia

    Tarikh : 8 September 2005 (Khamis)
    Masa : 10 pagi
    Tempat : Auditorium HUKM, Cheras, Kuala Lumpur.
    Penceramah : En. Zainal b. Adam, Badan Pencegah Rasuah Malaysia

    Semua kakitangan dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.25/08/2005-39)-10/9/2005

    Program Fulbright dari MACEE [atas]

    Pihak MACEE mengalu-alukan warga UKM (kakitangan akademik dan juga pengurusan) memohon bagi tiga program Fulbright seperti yang disenaraikan.

    1. Fulbright Scholar Program (tarikh tutup permohonan, 29 Julai 2005)
    2. Fulbright Profesional Exchange Program (tarikh tutup permohonan, 29 Julai 2005)
    3. H. Hubert Humphrey Fellowship Program (tarikh tutup permohonan, 30 Ogos 2005)

    Borang permohonan boleh diperoleh daripada laman web berikut:
    http://www.macee.org.my/Fulbright_Application06.doc

    (ewarga/bul/bil.27/05/2005-30)-10/9/2005

    Permohonan Kursus Anjuran Jabatan Sumber Manusia Secara On-Line [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Latihan, Jabatan Sumber Manusia (UPL) dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kursus bagi kakitangan HUKM. Dalam melaksanakan kursus-kursus berkenaan, UPL sering menghadapi masalah utama iaitu permohonan yang lewat diterima dan tidak menyeluruh untuk semua kakitangan.

    Sehubungan dengan itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, melalui projek KMK, Jabatan ini telah bersetuju untuk mewujudkan Sistem eKursus - Sistem Permohonan Kursus Anjuran Jabatan Secara Online. Justeru itu, Y.Bhg. Prof./Dato'/Datin/Tuan/Puan dikehendaki menggunakan sistem ini bagi mengikuti kursus anjuran JSM, berkuatkuasa mulai 22 April, 2005. Dan sebagai makluman, penggunaan sistem ini adalah dalam peringkat percubaan dan tindakan penyeragaman akan diambil dalam sedikit masa lagi.

    Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Dato'/Datin/Tuan/Puan, sistem ini hanyalah untuk kakitangan HUKM yang ingin mengikuti kursus anjuran JSM, HUKM sahaja. Manakala bagi kursus-kursus anjuran luar perlulah dipohon seperti biasa iaitu menggunakan borang seperti biasa.

    Maklumat lanjut dan permohonan kursus, sila lawati laman web: http://jsm.hukm.ukm.my/sistem/kursus/index.php


    Sekian, terima kasih.

    Jabatan Perhubungan Awam,
    Hospital UKM

    (ewarga/bul/bil.29/04/2005-51)-10/9/2005

    Mesyuarat Agung Dua Tahunan KESUKMA Ke-16 [atas]

    Tarikh : 7 September 2005
    Masa : 8.00 pagi
    Tempat : Panggung Seni DECTAR
    Perasmi : Y.B. Dato' Ishak Haji Ismail, ADUN Kawasan Lenggeng N. Sembilan

    Semua ahli KESUKMA dijemput hadir. Jamuan ringan dan cabutan bertuah akan diadakan.

    (ewarga/bul/bil.05/09/2005-06)- 7/9/2005

    Wacana Pemikiran Sistem [atas]

    Tarikh: 6 September 2005
    Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
    Tempat: Dewan Kuliah FTSM
    Anjuran: Jabatan Sains & Pengurusan Sistem FTSM

    Wacana tersebut boleh disaksikan secara siaran langsung dengan melayari http://www.ftsm.ukm.my/ftsmtv

    Keterangan lanjut sila hubungi 6183. Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.05/09/2005-04)- 7/9/2005

    Cabutan Bertuah Sempena Larian Merdeka 2005 [atas]

    1. Tiket Kapal Terbang ke Phuket, Thailand
    2. Tiket Kapal Terbang ke Kota Kinabalu, Sabah
    3. Tiket Kapal Terbang ke Kuching, Sarawak
    4. 3 Baucer Penginapan dan Makan di Genting Highland “First World Resort”
    5. DVD & CD Player , Walkman, Radio dan Basikal
    6. Peralatan Elektrik
    7. Peralatan Komputer dan Hamper
    8. 100 T-Shirt Digi

    Sertailah beramai-ramai Larian Kemerdekaan di Dataran Gemilang pada 3 September 2005 jam 7.30 pagi. Sarapan pagi disediakan.

    (ewarga/bul/bil.02/09/2005-03)- 7/9/2005

    Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor [atas]

    Berikut ialah maklumat mengenai Konvensyen ini:

    Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam
    Tarikh/Masa : 6 September 2005 (Selasa) / 8.00 pagi hingga 5.00 petang
    Wakil : i. PESUMA - Jabatan Sumber Manusia, HUKM ii. PRISMA - Jabatan Radiologi, HUKM

    Bagi mereka yang berminat untuk menjadi penyokong/pemerhati di dalam Konvensyen ini, diminta untuk memberikan nama kepada En. Rahman Hashim di talian 3026. Perkhidmatan bas disediakan di Perhentian Bas FSSK pada jam 7.45 pagi. Tempat terhad.

    (ewarga/bul/bil.02/09/2005-02)- 7/9/2005

    Persidangan Kebangsaan Ke-2, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, FSSK [atas]

    Tarikh: 5 - 6 September 2005
    Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia
    Tema: Keharmonian Hidup: Imbangan Alam dan Pembangunan
    Penganjur: Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Persidangan ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Mohamad Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
    Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran mempersilakan semua warga UKM untuk menghadiri persidangan ini.

    Keterangan lanjut: http://www.ukm.my/ppspp2

    (ewarga/bul/bil.30/08/2005-42)- 7/9/2005

    Kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB) Bil. 2/2005 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB) Bil. 2/2005 seperti butiran berikut:

    Tarikh Kursus : 29 Ogos 2005 – 7 September 2005.
    Tempat Kursus : Dewan Kompleks Bestari Pusat Komputer, UKM
    Kumpulan Sasaran : Tenaga Akademik dan Pegawai
    Tarikh Tutup Permohonan: 19 Ogos 2005

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Zainudin (3026) atau En. Saidi (5146).

    Pekeliling Kursus Kaedah Penyelidikan Bil. 2/2005 (SLAB)
    Borang Permohonan Kursus SLAB

    (ewarga/bul/bil.11/07/2005-09)- 7/9/2005

    Majlis Makan Malam Amal Tabung Pemulihan Kanak-kanak Cacat Pendengaran [atas]

    Taikh: 3 September 2005 (Sabtu)
    Masa: 8.00 mlm
    Tempat: Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

    (ewarga/bul/bil.01/09/2005-01)- 5/9/2005

    Pengumuman Penundaan Tarikh Larian Merdeka Kali Kedua DARI 28/8/2005 KEPADA 3/9/2005 [atas]

    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa tarikh Larian Merdeka telah ditunda seperti berikut:

    LARIAN MERDEKA KE 48, 2005

    Tarikh : 3 September 2005 (Sabtu)
    Masa : 7.30 Pagi.
    Tempat : DATARAN GEMILANG, UKM
    Yuran Penyertaan : Kakitangan RM2.00, Pelajar Percuma


    Larian Merdeka ini terbuka kepada semua pelajar dan Kakitangan Universiti. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kumpulan Kakitangan dan Kumpulan Pelajar.

    Hadiah-hadiah yang disediakan seperti Hamper, PC, Radio, Basikal, Sim Kad, Handset, Printer, Kamera Digital, Walkman/ CD Player, Reload Card, VCD/DVD Player, Jam Tangan, Alat Sukan, Televisyen, Barang-Barang Elektrik dan Cabutan Bertuah.

    Borang-borang penyertaan boleh didapati di Kolej-Kolej dan Unit Perumahan Pelajar atau Klik disini.

    Maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perumahan Pelajar, UKM. Telefon: 03-89215071/ 5304, Fax: 89259884.

    (ewarga/bul/bil.24/08/2005-37)- 5/9/2005

    Seminar Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan [atas]

    Tarikh : 2 - 3 September 2005
    Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori
    Masa : 9.00 pagi
    Pengajur: Pusat Pengajian Umum, UKM

    Sehubungan itu pihak urusetia amat berbesar hati ingin mengundang semua kakitangan akademik untuk membentangkan kertas kerja atau menghadiri seminar tersebut. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada ahli jawatankuasa berikut:

    1. Encik Nazri Muslim : nazrim@pkrisc.cc.ukm.my : 03-89213580
    2. Encik Nik Yusri Musa : nikyusri@pkrisc.cc.ukm.my : 03-89215488
    3. Encik Ahmad Munawar Razali : awan@pkrisc.cc.ukm.my : 03-89213136

    (ewarga/bul/bil.09/08/2005-11) - 5/9/2005

    Sambutan Detik Ambang Merdeka Ke 48 Peringkat IPT [atas]

    Tarikh : 30 Ogos 2005 (Selasa)
    Masa : 8.00 malam
    Tempat : Dataran Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.29/08/2005-41) - 2/9/2005

    SIRI SEMINAR IKMAS [atas]

    Tajuk: Onomastics and the Muslims of Southeast Asia oleh William R. Roff (University of Edinburgh)

    Tarikh: 29 Ogos 2005 (Isnin)
    Masa: 10.00 pg - 12.00 tgh
    Tempat: Bilik Seminar IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia

    IKMAS menjemput semua warga UKM yang berminat. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

    (ewarga/bul/bil.25/08/2005-38) - 2/9/2005

    Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiM)05' [atas]

    Tarikh: 29 - 30 Ogos 2005
    Masa: 8.00pg - 5.00ptg.
    Tempat: Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Anjuran: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.24/08/2005-34) -2/9/2005

    Pangkalan Data Gale Virtual Reference Library (GVRL) [atas]

    Perpustakaan UKM diberi peluang untuk mengakses secara percuma (dalam tempoh percubaan) pangkalan data Gale Virtual Reference Library (GVRL) yang mengandungi 500 judul ensaiklopedia dalam pelbagai bidang. GVRL boleh diakses melalui alamat url www.infotrac.galegroup.com/itweb/gvrl_asia?id=ukm. Tempoh percubaan sehingga 31/8/05. Semoga dapat dimanfaatkan oleh semua warga UKM. Sebarang pertanyaan/cadangan/komen mohon majukan kepada Puan Hafsah Mohd di talian 89215059 atau e-mel hafsahm@pkrisc.cc.ukm.my.

    (ewarga/bul/bil.08/08/2005-08) - 2/9/2005

    Perlantikan Sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) [atas]

    Prof. Dr. Mazlin bin Mokhtar dilantik sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) selama 3 tahun mulai 1 Ogos 2005 hingga 31 Julai 2008.

    (ewarga/bul/bil.03/08/2005-04) - 2/9/2005

    Penganugerahan Pingat Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus [atas]

    Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Sukiman Sarmani dan Dekan Fakulti Perubatan, YBhg. Prof. Dr. Lokman Saim dianugerahkan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) sempena Hari Ulang tahun Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Canselor UKM pada 19 Julai 2005. Turut menerima anugerah ialah Prof. Madya Dr. Othman A. Karim, Timbalan Pengarah Pusat Komputer, yang menerima pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS).

    Warga UKM merakamkam setinggi tahniah atas penganugerahan pingat kebesaran tersebut.

    (ewarga/bul/bil.01/08/2005-01) - 2/9/2005

    Sambutan Bulan Membaca 2005 [atas]

    Perpustakaan UKM akan menganjurkan Sambutan Bulan Membaca 2005 mulai 19 Julai sehingga 30 Ogos 2005. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah;
    AKTIVITI TARIKH
    TEMPAT
    Karnival Jualan Buku 18 – 21 Julai 2005 Dataran Tun Seri Lanang
    Pameran Karya Ahli-ahli Akademik FSSK 19 Julai - 30 Ogos 2005 Perpustakaan Tun Seri Lanang
    Hari Bersama Pelanggan

    19 Julai 2005
    20 Julai 2005
    21 Julai 2005

    22 Julai 2005

    Perpustakaan Tun Seri Lanang
    Perpustakaan ATMA
    Perpustakaan HUKM
    Perpustakaan Undang-Undang
    Perpustakaan Perubatan


    Seluruh Warga UKM dan Pelanggan Perpustakaan amat dialukan untuk hadir ke Perpustakaan pada tarikh – tarikh tersebut.

    (ewarga/bul/bil.18/07/2005-16) - 2/9/2005

    Syarahan Nobel Laureate Professor Dr. Sydney Brenner [atas]

    Tajuk : "My Life in Science"
    Tarikh : 26 Ogos 2005 (Jumaat)
    Masa : 9.00am
    Tempat : Bilik Senat, UKM

    Semua warga UKM dijemput hadir

    (ewarga/bul/bil.23/08/2005-33) - 29/8/2005

    Pengumuman Penundaan Tarikh Larian Merdeka [atas]

    DARI 27/8/2005 KEPADA 28/8/2005

    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa tarikh Larian Merdeka telah ditunda seperti berikut:

    LARIAN MERDEKA KE 48, 2005

    Tarikh : 28 Ogos 2005 (Ahad)
    Masa : 7.30 Pagi.
    Tempat : DATARAN GEMILANG, UKM
    Yuran Penyertaan : Kakitangan RM2.00, Pelajar Percuma
    Tarikh Tutup Penyertaan : 22 Ogos 2005

    Larian Merdeka ini terbuka kepada semua pelajar dan Kakitangan Universiti. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kumpulan Kakitangan dan Kumpulan Pelajar.

    Hadiah-hadiah yang disediakan seperti Hamper, PC, Radio, Basikal, Sim Kad, Handset, Printer, Kamera Digital, Walkman/ CD Player, Reload Card, VCD/DVD Player, Jam Tangan, Alat Sukan, Televisyen, Barang-Barang Elektrik dan Cabutan Bertuah.

    Borang-borang penyertaan boleh didapati di Kolej-Kolej dan Unit Perumahan Pelajar atau Klik disini.

    Maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perumahan Pelajar, UKM. Telefon: 03-89215071/ 5304, Fax: 89259884.

    (ewarga/bul/bil.22/08/2005-30) - 29/8/2005
    Seminar Ph.d Kursi Tun Ismail Muhammad Ali, Tajaan PNB [atas]

    Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

    Fasilitator : Professor Dr. S. Ghon Rhee
    Tarikh : 23 Ogos 2005
    Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
    Tempat: Bilik Mesyuarat FEP 1, Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

    Maklumat lanjut sila hubungi: 03-892133 3304, oy@pkrisc.cc.ukm.my

    Penyertaan Adalah Percuma : Terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

    (ewarga/bul/bil.18/08/2005-29) - 29/8/2005

    MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 48 PERINGKAT IPTA DI UKM [atas]

    Tarikh : 25 Ogos 2005
    Masa : 7.00 ptg.
    Tempat: Masjid UKM
    Anjuran: Jab. HEP dan Pusat Islam

    Semua warga UKM adalah dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.18/08/2005-28)
    Prof. Dr. Ibrahim Komoo Dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), UKM [atas]

    Prof. Dr. Ibrahim Komoo, 52, anak kelahiran Segamat, Johor, dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), UKM mulai 1 Jun 2005 hingga 31 Mei 2008. Sebelum ini, Prof. Dr. Ibrahim adalah Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. Mulai tahun 2001, Prof. Dr. Ibrahim dilantik ahli kumpulan International Advisory Group of Experts on UNESCO Geopark Network. Beliau dilantik sebagai Profesor Pelawat di University of Vienna dan di Geological Survey Austria pada tahun 2001. Beliau juga adalah Felo Institut Geologi Malaysia (FIGM), Felo Akademi Sains Malaysia (FASc) dan pernah menjadi Timbalan Presiden Institut Geologi Malaysia dan Presiden Persatuan Geologi Malaysia.

    Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda Sains (Kepujian) dalam Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Perlombongan, University of Strathclyde, Glasgow, Scotland pada tahun 1979.

    Seluruh warga UKM merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Ibrahim Komoo atas pelantikan ini.

    (ewarga/bul/bil.27/07/2005-33) - 29/8/2005

    Ceramah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan [atas]

    Tajuk: Bioinformatics & Cervical Cancer-Oncogenic Human Papillovirus Genomic Analysis.
    Penceramah : Prof. Usman Sumo Friend Tambunan, University Indonesia, Depok
    Masa : 18 Ogos 2005
    Tempat : Bilik Mesyuarat FST
    Masa : 11.00 pagi

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi Prof. Madya Dr. Lee Yok Heng di yhl1000@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.17/08/2005-25) - 25/8/2005

    Majlis Bacaan Yassin SUKMANITA [atas]

    Taikh 19 Ogos 2005
    Masa: 12:30 tengahari
    Tempat:Ruang Baca, Jabatan Pengurusan Koleksi Khusus, PTSL

    Semua ahli dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.18/08/2005-27-2/8) -22/8/05

    SEMINAR TEKNIKAL JKAS -JPZ 2005 [atas]

    Tempat: Dewan Persidangan, Pusat Kembangan Pendidikan UKM
    Hari & Tarikh: Khamis, 18hb. Ogos 2005
    Tempoh: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
    Tema: KEJURUTERAAN AWAM MASA HADAPAN (CIVIL ENGINEERING OF THE FUTURE)
    Anjuran Bersama: Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur (JKAS) dan Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd (JPZ)

    (ewarga/bul/bil.24/08/2005-35) -7/9/05

    Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi) [atas]

    Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi) kepada Prof. Dr. Ibrahim Komoo akan diadakan pada 18 Ogos 2005 (Khamis), jam 2.00 petang di Bilik Senat, UKM.

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.09/08/2005-12) -22/8/05

    Majlis Penerangan 'Selangor Negeri Maju Tahun 2005' [atas]

    Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Selangor Darul Ehsan akan menganjurkan Majlis Penerangan 'Selangor Negeri Maju Tahun 2005' pada hari Jumaat, 19 Ogos 2005 jam 3.00 petang bertempat di DK 43.101, Kompleks Bestari, Lingkungan Kedua, UKM.

    Semua warga UKM dijemput untuk hadir ke majlis penerangan ini.

    (ewarga/bul/bil.16/08/2005-24) -22/8/05

    SIRI KOLOKIUM FTSM [atas]

    Tarikh : 12 Ogos 2005 (Jumaat)
    Masa : 3.00 petang
    Tempat : Bilik Mesyuarat (1), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

    Siri Kolokium kali ini bertajuk "Awareness on Occupational Safety and Health (OSH) at the Work Place" yang akan disampaikan oleh En. Mohd Azlan Jaafar (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)).

    (ewarga/bul/bil.11/08/2005-19) -17/8/05
    Hari Keluarga UKM Ditangguhkan [atas]

    Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, YBhg. Dato' Naib Canselor telah memutuskan supaya Hari Keluarga UKM sempena Sambutan 35 Tahun yang dijadualkan pada hari Sabtu, 13 Ogos 2005 ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    (ewarga/bul/bil.11/08/2005-18) -17/8/05
    Syarahan Perdana Kursi Cemerlang Tun Ismail Mohamed Ali oleh Prof Dr S Ghon Rhee [atas]

    Tempat: J. W. Marriott , Kuala Lumpur
    Tarikh: 15 Ogos 2005
    Anjuran: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM, Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar dan Permodalan Nasional Berhad
    laman web: http://pkukmweb.ukm.my/~fep/seminar/Tunisma/tun_ismail.html

    Warga UKM dijemput menyertai seminar ini.

    (ewarga/bul/bil.10/08/2005-17) -17/8/05
    Majlis Induksi Dan Lafaz Ikrar Pelajar Farmasi FSKB UKM Sesi 2005/2006 [atas]

    Tarikh : 12 Ogos 2005
    Masa : 2.45 petang - 5.00 petang
    Tempat : Dewan Kuliah 1, Kampus Kuala Lumpur

    (ewarga/bul/bil.09/08/2005-13) -17/8/05

    Minggu Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Pengajian Islam 2005 [atas]

    Penganjur: Fakulti Pengajian Islam UKM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
    Tarikh : 8-12 Ogos 2005
    Tempat : Fakulti Pengajian Islam, UKM

    Keterangan Lanjut: http://www.fpi.ukm.my
    Tel: 03 8921 5351 e-Mel: ppfpi@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.04/08/2005-06) -17/8/05

    Kursus Teknologi Maklumat (Ogos) [atas]

    Di maklumkan bahawa pendaftaran Kursus Teknologi Maklumat bulan Ogos telah di buka. Pendaftaran boleh dibuat di www.ukm.my/kursusict. Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
    TARIKH
    Tahun 2005
    MASA
    KURSUS TEMPAT
    (MAKMAL PUSAT KOMPUTER)
    10-11/08
    Rabu - Khamis
    8.00 pagi - 5.00 ptg Pengenalan Kepada Statistik dan Analisis Data Berkomputer SPSS 11.0 Latihan 1
    08-09/08
    Isnin - Selasa
    8.00 pagi - 5.00 ptg Microsoft Powerpoint 2000 - Pertengahan Multimedia

    Sebarang masalah sila berhubung dengan urusetia Unit Latihan di talian 3026.

    (ewarga/bul/bil.28/07/2005-35) -17/8/05

    Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Pembantu Tadbir Rendah N14 [atas]


    Pembantu Tadbir Rendah N11 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan naik pangkat bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah N14. Maklumat mengenai jawatan kenaikan pangkat Pembantu Tadbir Rendah N14 boleh diperolehi di dalam ruangan Peluang Pekerjaan (e-Iklan) yang terdapat di bahagian kanan laman e-Warga.

    (ewarga/bul/bil.28/07/2005-34) -17/8/05

    Iklan Jawatan Kenaikan Pangkat Jurutera J44 [atas]

    Jurutera J41 di UKM dan HUKM yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan naik pangkat bagi jawatan Jurutera J44. Maklumat mengenai jawatan kenaikan pangkat Jurutera J44 boleh diperolehi di dalam ruangan Peluang Pekerjaan (e-Iklan) yang terdapat di bahagian kanan laman e-Warga.

    (ewarga/bul/bil.26/07/2005-31) -17/8/05

    Kursus Pra Perkahwinan II dan Forum Perdana [atas]

    Tarikh : 13 – 14 Ogos 2005 (Sabtu & Ahad)
    Masa : 8.00 Pagi
    Tempat : Aras 1, Masjid UKM
    Anjuran: Pusat Islam Ukm
    Dengan Kerjasama: Kolej Idris Al-Marbawi & Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
    Yuran Penyertaan : Pelajar : Rm 25.00 , K/Tangan : Rm 50.00

    Borang Pendaftaran Di Pejabat Pusat Islam UKM


    Forum Perdana

    Tajuk : “ Pemberian Jarum Suntik Dan Kondom Percuma Kepada Penagih Dadah, Di Mana Rasionalnya? ”

    Panelis :

    1. Sohibus Samahah Dato’ Sri Hj Harussani Zakaria - Mufti Kerajaan Negeri Perak
    2. Dr. Ishak Mas’ud - Pakar Perubatan Kg Baru Medical Centre
    3. Wakil Majlis Aids Malaysia
    4. Moderator : Us. Ridzuan Tee Abdullah

    Tarikh : 12 Ogos 2005 (Jumaat)
    Masa : Selepas Isya’
    Tempat : Aras 1, Masjid Ukm

    (ewarga/bul/bil.22/07/2005-28) -17/8/05

    Lantikan Semula Pendaftar UKM [atas]

    Sukacita mengumumkan pelantikan semula Y.Bhg. Datuk Taip bin Abu sebagai Pendaftar UKM (Kontrak) untuk tempoh satu (1) tahun mulai 18 Julai, 2005 hingga 17 Julai, 2006.

     

    (ewarga/bul/bil.19/07/2005-18) -17/8/05

    Penyandang Kursi Cemerlang Tun Ismail Mohamed Ali dalam Pelaburan dan Kewangan (2005) [atas]

    Prof. Dr. S. Ghon Rhee, dari Univeristy of Hawai'i dilantik Penyandang Kursi Cemerlang Tun Ismail Mohamed Ali dalam Pelaburan dan Kewangan (2005) di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan untuk tempoh tiga bulan mulai 23 Jun 2005.

    (ewarga/bul/bil.15/07/2005-14)-17/8/05

    PENANGGUHAN KURSUS KECERDASAN EMOSI [atas]

    Dimaklumkan bahawa kursus Kecerdasan Emosi yang dijadualkan pada 21 -23 Julai 2005 terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Penangguhan ini dibuat disebabkan penceramah kursus di atas menpunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan segera. Tarikh yang baru akan dimaklumkan kemudian. Segala kesulitan amatlah dikesali.

    (ewarga/bul/bil.14/07/2005-13)-17/8/05

    Pelantikan Pengarah Institut Genom Malaysia [atas]

    Prof. Dr. Nor Muhammad Mahadi dilantik semula Pengarah Institut Genom Malaysia selama dua tahun mulai 19 Julai 2005 hingga 18 Julai 2007.

    (ewarga/bul/bil.11/07/2005-08)-17/8/05

    Iklan Jawatan Naik Pangkat [atas]

    Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 dan Pembantu Makmal C17 di UKM dan HUKM yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan naik pangkat bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N22 dan Pembantu Makmal C22.

    Dengan ini iklan jawatan tersebut pada 22.10.2004, 28.12.2004 dan 17.1.2005 adalah dibatalkan. Pemohon-pemohon yang telah memohon sebelum ini diminta memohon semula dengan mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi (LNP) Kenaikan Pangkat yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

    Selain itu, mulai 7 Julai 2005, segala maklumat mengenai jawatan-jawatan kenaikan pangkat, boleh diperolehi di dalam ruangan Peluang Pekerjaan (e-Iklan) yang terdapat di bahagian kanan laman e-Warga.

    (ewarga/bul/bil.08/07/2005-07)-17/8/05

    Anugerah Pendukung Seni Budaya [atas]

    Pusat Kebudayaan UKM telah dianugerahkan “Anugerah Pendukung Seni Budaya kepada IPT” oleh kerajaan negeri Selangor di Majlis Anugerah Budayawan Selangor pada 04 Julai 2005 di Kompleks Belia Selangor, Shah Alam oleh Y.B. Menteri Besar Selangor.

    Seluruh warga UKM mengucapkan tahniah.

    (ewarga/bul/bil.07/07/2005-05)-17/8/05

    Unit Latihan Pusat Kembangan Pendidikan (ULPKP) [atas]

    Unit Latihan PKP berdiri sendirinya bermula 1 Jun 2005. Bahagian ini bertanggungjawab menawarkan program pembangunan sumber manusia serta latihan professional kepada organisasi swasta dan kerajaan serta individu yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang tertentu.

    Sebanyak lebih 30 kursus telah dibuka untuk pendaftaran sepanjang 2005. Untuk maklumat lanjut kursus-kursus yang ditawarkan, sila hubungi Encik Mohd Fadzil Ekhwan : 89213187/5331.

    (ewarga/bul/bil.10/06/2005-08)-17/8/05

    Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (Bukan Akademik) [atas]

    Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pindaan tarikh telah dibuat bagi Kursus PTK (Bukan Akademik) yang akan dijalankan bagi tahun 2005.

    Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dicapai di http://pkukmweb.ukm.my/~ptk/ . Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Latihan, Jabatan Pendaftar di talian 03-8921 3617/3026.

    (ewarga/bul/bil.13/06/2005-10)-17/8/2005

    HARI KELUARGA SAMBUTAN 35 TAHUN UKM [atas]

    Seperti YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan aktiviti Hari Keluarga Sambutan 35 Tahun UKM seperti maklumat di bawah. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat meminta semua kakitangan di bawah penyeliaan YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan berserta keluarga untuk turut sama memeriahkan hari berkenaan demi untuk mengeratkan lagi silaturrahim.

    Tarikh : 13 Ogos 2005 (Sabtu)
    Tempat : Kompleks Sukan Berhampiran Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Dato’ Onn serta sekitar Panggung Seni UKM
    Masa : 7.30 pagi

    <<Klik untuk Aturcara>>

    (ewarga/bul/bil.09/08/2005-14)

    Kursus Haji Siri III [atas]

    Tarikh Mula : 12 Jun 2005 (Ahad)
    Tempoh : 16 Minggu
    Hari / Masa : 9.00 Pg – 11.00 Pg
    Yuran : Rm 50.00 Sahaja
    Penceramah : Us. Dato’ Md Daud Che Ngah, (Mantan Pengurus Besar Bimbingan Haji Lembaga Tabung Haji Malaysia)
    Anjuran: Pusat Islam UKM

    (ewarga/bul/bil.12/05/2005-12)
    Perlantikan YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Abdullah bin Mohd Tahir Sebagai Pengerusi Baru Lembaga Pengarah UKM [atas]

    Dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa selaras dengan seksyen 16(a) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi telah melantik YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Abdullah bin Mohd Tahir sebagai Pengerusi baru Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia selama dua tahun berkuatkuasa mulai 15 Mei 2005 hingga 14 Mei 2007.

    YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah bin Mohd Tahir berkelulusan B.Ec. (Hons) (Pent. Awam)(UM), MBA (Leuven),Ph.D (Econ.), (American), USA dan menerima darjah kebesaran P.S.M; P.J.N;D.P.C.M; P.C.M; S.D.K; K.M.N; A.M.N;. Jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan awam ialah sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

    (ewarga/bul/bil.30/06/2005-29)

    Pertukaran Tempat Kursus Institusi Kekeluargaan Islam [atas]

    Dimaklumkan kepada semua peserta kursus Institusi Kekeluargaan Islam yang telah mendapat surat tawaran daripada pihak Unit Latihan, tempat kursus tersebut telah ditukar dari Puri Pujangga ke Kompleks Bestari, Pusat Komputer UKM. Masa dan tarikh adalah sama seperti maklumat asal. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Rahmat di talian 3026.

    (ewarga/bul/bil.07/07/2005-06)

    Keputusan Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UKM 2005 [atas]

    Keputusan rasmi Ekspo Penyelidikan dan Inovasi 2005 yang telah diadakan pada 14-16 Julai 2005 boleh didapati dengan disini.

    Sila Klik.

    <<Keputusan Rasmi >>
    <<Keputusan Rasmi Mengikut Fakulti>>

    (ewarga/bul/bil.19/07/2005-17)

    Syarahan Perdana oleh Penyandang Kursi Tun Ismail Mohamed Ali dalam Pelaburan dan Kewangan [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr. S. Ghon Rhee akan menyampaikan syarahan beliau yang bertajuk:

    ASEAN + 3: Asian Bond Market Initiatives

    Tarikh: 4 Ogos 2005 (Khamis)
    Masa: 9.00 - 11.30 am
    Tempat: Dewan Persidangan, Pusat Kembangan Pendidikan

    Kehadiran Tuan/Puan amat dialu-alukan untuk menjayakan program ini.

    (ewarga/bul/bil.21/07/2005-24)

    Pemenang Cabutan Bertuah Kuiz Pusat Komputer 25 Tahun [atas]

    Kepada semua pengunjung-pengunjung yang telah berjaya dalam cabutan bertuah kuiz Pusat Komputer 25 Tahun, sila hadir ke Pusat Komputer (Bahagian Latihan dan Multimedia) untuk menerima hadiah masing-masing. Sila sertakan kad pekerja atau kad pelajar anda untuk tujuan pengesahan. Tahniah untuk semua pemenang. Pengunjung-pengunjung bertuah ini adalah:

    Senarai pemenang
    - CABUTAN BERTUAH
    - TEKA BILANGAN GULA-GULA
    - TEKA BILANGAN KACANG

    Maklumat lanjut sila lawati http://www.ukm.my/pk25/

    (ewarga/bul/bil.26/07/2005-32)

    Pembayaran Dividen UNIKEB [atas]

    Koperasi Unikeb akan membuat pembayaran dividen kepada anggotanya pada 1 Ogos 2005.
    Keterangan lanjut:

    << Sila Klik >>

    (ewarga/bul/bil.29/07/2005-36)

    Siri Seminar ATMA-IKON [atas]

    “ASIA AND EUROPE IN COMPARATIVE PERSPECTIVE:
    WESTERNISATION AND EASTERNISATION IN A GLOBAL PERSPECTIVE”

    Tarikh : 4 Ogos 2005 (Khamis)
    Masa : 10.30 pagi
    Tempat : Sudut Wacana ATMA (ATMA Seminar Room)
    Pembentang : Professor Mario Rutten
    Professor of Comparative Sociology of Asia
    University of Amsterdam
    Director of Asian Studies in Amsterdam (ASiA)

    (ewarga/bul/bil.02/08/2005-03)

    Jualan Amal Antarabangsa Anjuran SUKMANITA [atas]

    Tarikh : 3 Ogos 2005
    Masa: 8:00 pagi - 1:00 tengahari
    Tempat : PUSANIKA

    SEMUA DIJEMPUT HADIR.

    (ewarga/bul/bil.01/08/2005-02)

    Pertandingan Rekacipta Laman Web Sempena Sambutan Ulangtahun 35 UKM [atas]

    Semua warga UKM yang di hormati, memandangkan kepada terdapat beberapa bahagian lagi yang masih memerlukan masa penyediaan laman web untuk tujuan di atas, Jawatankuasa Pertandingan bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup pendaftaran permohonan kepada 31 Julai 2005.

    Kepada warga UKM yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila mendaftar di http://www.ukm.my/ukm35/tandingweb.htm.

    (ewarga/bul/bil.31/05/2005-35)

    KURSUS ANJURAN UNIT LATIHAN BULAN JULAI 2005 [atas]

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan kursus-kursus pada bulan Julai 2005 seperti butiran berikut:

    NAMA KURSUS TARIKH
    TEMPAT SASARAN KUMPULAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Kursus Jati Diri 29/6 – 1/7/05 Dusun Eco Resort, Bentong Kakitangan Sokongan 16 Jun 2005
    Kursus Kekeluargaan Islam 13-14/7/05 Puri Pujangga UKM Pengurusan dan Sokongan 20 Jun 2005
    Kursus Pemikiran Kreatif 27 -28 /7/05 Puri Pujangga Pengurusan dan Sokongan 1 Julai 2005
    Kursus Kecerdasan Emosi 21-23/7/05 Hotel (akan diberitahu kemudian) Pengurusan & Profesional 1 Julai 2005

    Sukacita sekiranya Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat mencalonkan kakitangan di bawah pengawasan Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dan mengemukakan kepada pihak urusetia sebelum tarikh tutup permohonan bagi kursus-kursus berkenaan.

    Hanya peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi dan ditawarkan kursus. Mereka yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh seminggu sebelum tarikh kursus adalah dianggap tidak berjaya. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas sila hubungi urusetia ditalian 03 89213026.

    < Surat Pekeliling Kursus >
    < Borang percalonan peserta >

    (ewarga/bul/bil.09/06/2005-07)

    Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat [atas]

    Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan Universiti Kebangsaan Malaysia dan HUKM yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan naik pangkat bagi jawatan berikut:

    -Pegawai Kewangan W52
    -Pegawai Sains C44
    -Pegawai Sistem Maklumat F44
    -Pustakawan S44
    -Pegawai Perubatan U44
    -Pegawai Kewangan W44
    -Penolong Pegawai Tadbir N32


    Borang Laporan Nilaian Prestasi Untuk Kenaikan Pangkat dan Laporan Sulit pemohon hendaklah sampai ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada atau sebelum 27 Julai 2005. Untuk maklumat lanjut <sila "klik">

    (ewarga/bul/bil.27/06/2005-25)

    Pelantikan Baru [atas]
    1. Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail dilantik sebagai Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mulai 13 Jun 2005 hingga 5 Oktober 2006.

    2. Prof. Dr. Zaidi Md. Isa dilantik sebagai Dekan Pusat Pembangunan Mahasiswa mulai 1 Julai 2005 hingga bersara wajib pada 6 November 2006.

    3. Prof. Madya Zainal Abidin Hashim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, UKM Pakarunding Sdn. Bhd. mulai 1 Julai 2005 hingga 30 Jun 2007.

    4. Dr. Jamaludin Hj. Badusah dilantik sebagai Ketua Pusat Kokurikulum mulai 1 Julai 2005 hingga 30 Jun 2008.

    5. Prof. Dr. Normah Mohd. Noor dilantik sebagai Pengarah, Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) mulai 1 Julai 2005 hingga 30 Jun 2008.

    6. Prof. Dr. Kamaruzaman Sopian dilantik sebagai Pengarah, Institut Penyelidikan Tenaga Suria mulai 1 Julai 2005 hingga 30 Jun 2008.

    7. Prof. Dr. Ghazali Mohd Nor dilantik sebagai Dekan Fakulti Pergigian mulai 10 Julai 2005 hingga 9 Julai 2008.
    (ewarga/bul/bil.01/07/2005-02)

    Penambahbaikan e-Warga [atas]

    1. Laporan
    Dekan/Pengarah, Ketua Jabatan/Ketua Bahagian, Penolong Pendaftar dan Kerani Cuti boleh mencapai laporan kedatangan menggunakan kod pengenalan individu.

    2. Catatan sebab tidak hadir atas urusan rasmi boleh direkodkan oleh kakitangan atau kerani cuti melalui menu pada Laporan

    3. Cari : Kemudahan mencari satu fakulti/jabatan disamping mencari individu.

    (ewarga/bul/bil.04/07/2005-03)

    Jadual Mengukur Pakaian Seragam Tahun 2005 [atas]

    Kepada Fakulti/Jabatan:

    A. Kampus UKM Bangi.
    B. Pentadbiran Kampus Kuala Lumpur.
    C. Fakulti Perubatan Cheras, Kuala Lumpur.

    Jawatan :

    1. Pembantu Teknik (J29) (J36) - (Lelaki ), Juruteknik (J17) (J22) – (Lelaki) (Awam/Pertanian/Percetakan/Fotografi) dan Bahagian Bengkel/Pekerja Bengkel.

    2. Pemandu Kenderaan Bermotor

    Jadual Mengukur:-

    A: Kampus UKM Bangi

    TARIKH MASA
    TEMPAT
    13/7/2005 (Rabu) 9.00 pg – 5.00 ptg Pejabat Am Stor Pusat UKM Bangi
    14/7/2005 (Khamis) 9.00 pg – 5 ptg Pejabat Am Stor Pusat UKM Bangi


    B: Kampus Kuala Lumpur

    TARIKH MASA TEMPAT
    18/7/2005 (Isnin) 9.00 pg – 5.00 ptg Bilik Rehat Pemandu Blok ‘B’ Kampus Kuala Lumpur

    (ewarga/bul/bil.12/07/2005-10)

    SAMBUTAN 25 TAHUN PUSAT KOMPUTER [atas]

    Pusat Komputer akan menyambut ulang tahun Ke-25 pada 26 - 28 Julai 2005. Terdapat pelbagai aktiviti seperti pameran dan Sembang IT diadakan sepanjang sambutan tersebut. Maklumat lanjut tentang aktiviti sambutan boleh dilihat di http://www.ukm.my/pk25.

    Semua warga dan pelajar UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.14/07/2005-12)

    Malam Puisi Nusantara UKM 2005 [atas]

    Bagi pencinta seni sastera khususnya puisi dan peminat lagu-lagu puisi, Pusat Kebudayaan menjemput semua warga UKM dan masyarakat sekitar Daerah Hulu Langat untuk hadir menyaksikan persembahan istimewa, nyanyian, lakonan dan tarian bersempena dengan program “Malam Puisi Nusantara UKM 2005” yang akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 30 Julai 2005 (Sabtu)
    Masa : 8.30 malam
    Tempat : Panggung Seni, UKM
    Pemuisi Undangan dari negara : Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam

    Semua Warga UKM dijemput hadir. Masuk adalah Percuma!

    (ewarga/bul/bil.20/07/2005-19)

    Konsert Diraja UKM 2005 [atas]

    Naib Canselor UKM menjemput semua warga UKM dan masyarakat sekitar Daerah Hulu Langat untuk hadir menyaksikan persembahan istimewa berbentuk muzik orkestra daripada Orkestra DBKL dan ARTISUKMA bersempena dengan “Konsert Diraja UKM 2005” yang akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 24 Julai 2005 (Ahad)
    Masa : 8.00 malam
    Tempat : DECTAR, UKM
    Artis Undangan : Datuk Yusni Hamid dan Azhar Shariff
    Pengacara : Jalaluddin Hassan

    Pas masuk boleh didapati daripada Pusat Kebudayaan, Aras 3, DECTAR
    Konsep pakaian : Formal – Tetamu Jemputan
    Lounge suit – VIP

    Masuk adalah Percuma! Semua Warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.20/07/2005-20)

    Majlis Pelancaran ISO 9001:2000 Jabatan HEP UKM 2005 [atas]

    Jabatan Hal-ehwal Pelajar UKM sedang dalam usaha mendapatkan Persijilan ISO 9001:2000 menjelang November 2005. Sehubungan itu Majlis Pelancaran ISO 9001:2000 akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 22 Julai 2005 (Jumaat)
    Masa : 3.00 petang
    Tempat : Aras 4, Bangunan Pusanika, UKM

    Sebagai tanda sokongan atas usaha murni tersebut, semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.20/07/2005-21)

    Audit Pengawasan MS ISO 9001:2000 - Jabatan Bendahari [atas]

    Jabatan Bendahari akan menjalani Audit Pengawasan MS ISO 9001:2000 pada 21 dan 22 Julai 2005.

    (ewarga/bul/bil.20/07/2005-22)

    Penutupan Sementara Pusat Kesihatan [atas]

    Pusat Kesihatan akan ditutup pada 22 Julai 2005 (Jumaat), mulai jam 2.45 petang hingga 5.00 petang kerana warga Pusat Kesihatan terlibat dengan Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2000 Jabatan Hal-ehwal Pelajar di Bangunan PUSANIKA. Hanya kes-kes kecemasan sahaja akan dirawat di Bahagian Kecemasan dan Kemalangan.

    (ewarga/bul/bil.20/07/2005-23)

    Audit Pengawasan MS ISO 9001 : 2000 Untuk Pengurusan Perkhidmatan Am Jabatan Pendaftar [atas]

    Pengurusan Perkhidmatan Am Jabatan Pendaftar yang melibatkan Bahagian Pentadbiran Am, Bahagian Keselamatan dan Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur akan menjalani Audit Pengawasan pada 25 dan 26 Julai 2005. Semua pelanggan diminta memberi kerjasama semasa audit tersebut berlangsung.

    (ewarga/bul/bil.22/07/2005-25)

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Siri Kolokium FTSM kali ini akan diadakan seperti berikut::

    Tarikh : 22 Julai 2005 (Jumaat)
    Masa : 3.00 petang
    Tempat : Bilik Mesyuarat (1), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

    Siri Kolokium kali ini bertajuk "Perbincangan Rancangan Penyelidikan RMK Ke-9" yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok.

    Kehadiran tuan/puan dalam Siri Kolokium FTSM kali ini amat dihargai dan dialu-alukan.

    (ewarga/bul/bil.22/07/2005-26)

    Syarahan Perdana oleh Prof. Dr. Che Husna Azhari, Fakulti Kejuruteraan [atas]


    Tajuk: BAHAN TEMPATAN DALAM UNGKAPAN ILMU DAN PENYELIDIKAN
    Tarikh: 28 Julai 2005 (Khamis)
    Masa: 9.00 pagi
    Tempat: Bilik Senat, Paras 5, Bangunan Canselori,
    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Semua di jemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.22/07/2005-27)

    Minggu Siswi Fakulti Undang-Undang [atas]

    Dimaklumkan bahawa Fakulti Undang-undang menganjurkan Minggu Siswi Fakulti Undang-undang dari 26-28 Julai 2005. Pelbagai aktiviti oleh para siswi diadakan.

    Semua dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.22/07/2005-29)

    Taklimat Kor Sukarelawan Siswa (SUKSIS) [atas]

    Tarikh : 25 Julai 2005
    Masa : 9.00 pagi
    Tempat: Dewan Gemilang, UKM

    Pelajar Tahun Pertama, Warganegara Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Taklimat Kor Sukarelawan Siswa (SUKSIS).

    (ewarga/bul/bil.23/07/2005-30)

    Kejohanan Sepak Takraw Terbuka UKM 2005 [atas]

    Unit Sukan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka UKM 2005 pada 30 & 31 Julai 2005 bertempat di Dewan Gemilang. Tarikh tutup kejohanan pada 29 Julai 2005. Kejohanan ini menawarkan hadiah:

    Johan – RM 1000.00 + Medal
    Naib Johan – RM 700.00 + Medal
    Tempat Ketiga – RM 400.00
    Tempat Keempat – RM 300.00 (Beserta Medal)
    Kelima-Kelapan – RM 100.00

    Borang peraturan dan syarat permainan dan kejohanan boleh didapati melalui En. Mohd Fairus Shafie 03-89215306 dan En. Mohd Razizi Midin (89215177/4193)

    (ewarga/bul/bil.28/07/2005-36)

    Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu [atas]
    Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu adalah seperti berikut :

    HARI WAKTU BEKERJA
    WAKTU REHAT WAKTU BEKERJA
    Isnin – Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
    Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.00 ptg


    Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pekeliling Jabatan Pendaftar dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 (Lampiran A)

    (ewarga/bul/bil.29/06/2005-28)

    Minggu Siswazah 2005 (18 – 23 Julai 2005) [atas]

    Minggu Siswazah adalah minggu aktiviti pendidikan, sosial dan kebudayaan siswazah yang melibatkan warga pelajar, pendidik, pentadbiran siswazah UKM dan masyarakat kampus lainnya serta masyarakat luar kampus yang berkaitan, diadakan khusus untuk mencapai matlamat yang boleh membantu mengukuhkan program pendidikan siswazah UKM.

    Ia bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan perkembangan penyelidikan serta kefahaman tentang kepentingan pengajian siswazah.

    Minggu Siswazah bermatlamat untuk melancarkan proses dan meningkatkan mutu pendidikan siswazah berlandaskan falsafah UKM serta dasar dan objektif kualiti pengajian siswazah UKM.

    Antara aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah ialah:

    TARIKH TEMPAT
    18 Julai 2005 (Isnin)

    Perasmian Minggu Siswazah
    Seminar Skim Zamalah
    Bengkel Penyelidikan dan Penyeliaan I

    Hotel Equatorial, Bangi
    19 Julai 2005 (Selasa)

    Bengkel Penyelidikan dan Penyeliaan II
    Workshop on Academic Writing & Study Skills I

    Hotel Equatorial, Bangi
    20 Julai 2005 (Rabu)

    Workshop on Academic Writing & Study Skills II

    Bengkel Usulan Penyelidikan
    Hotel Equatorial, Bangi
    21 Julai 2005 (Khamis)

    Bengkel Program Diploma Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri PPS
    PPS

    22 Julai 2005 (Jumaat)

    Seminar Program Persekitaran
    Pameran Hasil Penyelidikan

    PPS
    23 Julai 2005 (Sabtu)

    Hari Bertemu Pelanggan
    Malam Kebudayaan Antarabangsa


    PPS
    Hotel Marriott, Putrajaya


    (ewarga/bul/bil.20/06/2005-14)

    The 1st Malaysian-Indonesian Medical Sciences Conference- Towards Achieving Effective Clinical Practice Through Integrated Research in Medical Sciences [atas]

    Sempena sambutan Minggu Penyelidikan dan Kesihatan Ke- 7 dan Sambutan 35 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia, "1st Malaysian-Indonesian Medical Sciences Conference- Towards Achieving Effective Clinical Practice Through Integrated Research in Medical Sciences" akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh: 21 – 23 Julai 2005
    Tempat: Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur

    Persidangan yang dianjurkan bersama oleh Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia adalah landasan untuk peserta berbincang, membangunkan dan bekerjasama demi kesinambungan penyelidikan dalam bidang perubatan.

    Kakitangan UKM terutamanya penyelidik-penyelidik IRPA adalah dimohon menghadiri dan membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka untuk diketengahkan kepada masyarakat dan negara.

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman http://www.hukm.ukm.my/conference/

    (ewarga/bul/bil.25/05/2005-27)

    Malam Irama Melayu Asli UKM 2005 [atas]

    Bagi pencinta seni dan peminat lagu-lagu tradisional Melayu, Pusat Kebudayaan menjemput semua warga UKM dan masyarakat sekitar Daerah Hulu Langat untuk hadir menyaksikan persembahan istimewa, nyanyian dan tarian bersempena dengan program “Malam Irama Melayu Asli UKM 2005” yang akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 16 Julai 2005 (Sabtu)
    Masa : 8.30 malam
    Tempat : Panggung Seni, UKM
    Antara Artis Undangan : Mariam Ahmad, Zainon Mat, Ibrahim Sajadi dan Raftah Bachik.

    (ewarga/bul/bil.13/07/2005-11)

    Klinik Hoki Ukm 2005 [atas]


    Pada : 16 & 17 Julai 2005 (Sabtu & Ahad)
    Masa : 8.00 Pagi Hingga 5.30 Petang
    Tempat : Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil
    Anjuran: Unit Sukan, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Dengan Kerjasama Persekutuan Hoki Malaysia

    * Tempat terhad kepada 40 orang peserta sahaja.
    * Yuran penyertaan sebanyak RM 30.00.
    * Peserta diingatkan memiliki kayu hoki sendiri atau membuat pinjaman di Stor Sukan.
    * Kemudahan bas disediakan untuk ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
    * Tarikh tutup permohonan adalah pada 12hb. Julai 2005 (Selasa).

    Kepada sesiapa Warga UKM yang berminat untuk menyertai klinik tersebut bolehlah berhubung ditalian 89215176/5315 Unit Sukan, Jabatan Hal-ehwal Pelajar (En. Azlan Abu Bakar/Cik. Linda/ Pn. Eliati/En. Kamarul/En. Farouk).

    (ewarga/bul/bil.27/06/2005-23)

    Majlis Kesyukuran Ulang Tahun UKM ke-35 [atas]

    Sukacita dijemput semua warga UKM untuk menghadiri Majlis Kesyukuran Ulang Tahun UKM ke-35

    Tarikh : 7 Julai 2005 (Khamis)
    Masa : 7.00 malam
    Tempat : Masjid UKM

    Klik untuk <<Atur Cara Majlis>>

    (ewarga/bul/bil.05/07/2005-04)

    Penutupan Capaian Laporan Ewarga [atas]

    Capaian Kepada laporan ewarga akan ditutup selama 2 hari untuk tujuan penyelengaraan. Laporan akan dapat dicapai semula pada 3 Julai 2005.

    (ewarga/bul/bil.01/07/2005-01)

    Kempen Kesedaran Penyakit Prostat dan Kesihatan Lelaki [atas]

    Unit Urologi, Jabatan Surgeri dan Jabatan Pengurusan Kejururawatan, Hospital UKM menganjurkan Kempen Kesedaran Penyakit Prostat dan Kesihatan Lelaki untuk kaum lelaki berumur lebih 50 tahun terutamanya penduduk di Cheras, Kajang, Bangi dan kawasan di sekitarnya:

    Pada : 9 Julai 2005
    Jam : 8.00 pagi
    Tempat: Lobi Utama, Blok Klinikal, Hospital UKM

    Warga UKM dan Kompleks Perubatan Cheras dijemput menyertai kempen ini.

    (ewarga/bul/bil.27/06/2005-22)

    PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (PPC) 2004 OLEH PELAJAR [atas]
     

    Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat diminta memberikan kerjasama supaya mengedarkan Borang PPC kepada pelajar Tahun 3 dua minggu sebelum Semester II Sesi 2004/2005 berakhir. Borang PPC yang telah diisi oleh pelajar hendaklah dikumpulkan untuk penilaian Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat masing-masing. Tarikh tutup pencalonan Anugerah Pengajar Cemelang (APC) di peringkat Fakulti/Pusat ialah pada 30 Jun 2005. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penolong Pendaftar/Urusetia Anugerah Khas Kualiti UKM di PPA samb. 3885.
    Klik "Borang Pencalonan".

    (ewarga/bul/bil.4/2/2005-4)

    Ceramah Julai Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan [atas]

    Tajuk: Environmentally conscious catalysis of microporous and mesoporous materials for organic synthesis.
    Penceramah: Prof. Yoshihiro Sugi dari Faculty of Engineering, Gifu University, Japan
    Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti Sains & Teknologi, FST
    Tarikh: 4 Julai 2005
    Masa: 9:30 pagi.

    (ewarga/bul/bil.22/06/2005-19)

    Penutupan Sementara Sistem Perpustakaan (Virtua) [atas]

    Dimaklumkan bahawa Sistem Perpustakaan (Virtua) ditutup kepada semua pelanggan Perpustakaan sehingga 2 Julai 2005 kerana kerja-kerja penukaran server sedang dijalankan. Sehubungan itu, katalog komputer GEMILANG tidak dapat digunakan dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun, pelanggan masih boleh meminjam serta memulangkan bahan melalui sistem manual di kaunter Perpustakaan.

    (ewarga/bul/bil.27/06/2005-21)

    Seminar: Conflict Resolution In Ireland : A Lesson For Others [atas]

    Tarikh : 1 Julai 2005
    Masa : 10:00 - 12:00 pm
    Tempat : Sudut Wacana, ATMA, UKM.
    Dibentang oleh : Tuan Yang Terutama Daniel Mulhall, Duta Ireland ke Malaysia

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi Prof. Dato' Dr. Shamsul - 89215254 atau Pn. Ina Md Yassin 8921 3967

    (ewarga/bul/bil.28/06/2005-26)

    Bengkel Pengenalan Malaysian Research & Education Network (MyREN) [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Komputer (PK) akan menganjurkan Bengkel Pengenalan Malaysian Research & Education Network (MyREN) pada:

    Tarikh: 29 Jun 2005 (Rabu)
    Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
    Tempat: Bilik Latihan, Kompleks Bestari, Pusat Komputer

    Kakitangan yang berminat, sila hubungi Puan Salina (PPA) melalui e-mel salina@pkrisc.cc.ukm.my atau menelefon nombor sambungan 5077/3856 untuk pengesahan kehadiran tuan/puan. Tempat adalah terhad.

    (ewarga/bul/bil.27/06/2005-24)

    Pengumuman Pelanjutan Tarikh bagi Iklan Kenaikan Pangkat [atas]

    Iklan kenaikan pangkat yang telah diiklankan sebelum ini akan dilanjutkan tarikh tutup permohonan berikutan dengan Keputusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) yang terkini. Sila hantar borang permohonan pada atau sebelum 30 Jun 2005 (Khamis). Jawatan-jawatan kenaikan pangkat yang terlibat adalah seperti berikut:

    - Pegawai Tadbir N44
    - Pembantu Teknik J38
    - Jururawat U32
    - Juruteknologi Makmal Perubatan U32
    - Pembantu Tadbir (P/O) N26
    - Pembantu Perpustakaan S22
    - Pemandu Kenderaan R6
    - Atendan Kesihatan U12
    - Pengawal Keselamatan KP14

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
    - Rohani Nordin - 89215011
    - Encik Faris Ngadinin @ Adinin - 89213604
    - Puan Salmah Ahmad - 89214453
    - Puan Sabariah Junid - 89214453

    (ewarga/bul/bil.22/06/2005-20)

    Program Audit Kecukupan MS ISO 9001:2000 HUKM [atas]

    Untuk makluman semua Warga UKM bahawa Hospital UKM akan menjalani Audit Kecukupan persijilan MS ISO 9001:2000 bagi keseluruhan hospital pada 30 Jun 2005.Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan.

    (ewarga/bul/bil.22/06/2005-16)

    PENUTUPAN SISTEM PERPUSTAKAAN (6-26 JUN 2005) [atas]

    Dimaklumkan bahawa Sistem Perpustakaan (Virtua) akan ditutup kepada semua pelanggan Perpustakaan mulai 6 hingga 26 Jun 2005 kerana kerja-kerja pertukaran server. Sehubungan itu, katalog komputer GEMILANG tidak dapat digunakan dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun, pelanggan masih boleh meminjam serta memulangkan bahan melalui sistem manual di kaunter Perpustakaan.

    Segala kesulitan amat dikesali.

    (ewarga/bul/bil.02/06/2005-02)

    KURSUS KENEGARAAN, ANJURAN BIRO TATANEGARA (BTN) [atas]

    Dimaklumakan bahawa Sijil bagi Kursus Kenegaraan berikut sudah diperolehi:

    Tarikh Kursus Tempat Kumpulan
    29/11 – 3/12/04 Pusat Latihan IKRAM, Kajang SOKONGAN
    6 – 10/12/04 Pusat Latihan IKRAM, Kajang PENGURUSAN

    Tempat untuk menuntut sijil:

    Unit Latihan, Bah. Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM
    - Bagi calon UKM, Bangi dan Kampus Kuala Lumpur. (Tel: 03-8921 3026/3617)

    Unit Pengurusan Latihan, Jabatan Sumber Manusia, HUKM
    - Bagi calon HUKM dan Fakulti Perubatan. (03-9173 3333 ext. 8171/8203)

    Keputusan dan Sijil bagi kursus lain akan dihantar terus oleh pihak BTN kepada penama. Sila maklumkan kepada Unit Latihan UKM jika masih tidak memperolehi keputusan BTN yang dijalankan pada tahun 2004.

    (ewarga/bul/bil.31/05/2005-34)

    Kecemerlangan Penyelidikan Di I.Tex 2005 [atas]

    UKM Memenangi Tiga Pingat Emas di 16th International Invention, Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition (I.Tex 2005), 19 – 21 Mei 2005.

    << Maklumat lanjut >>

    (ewarga/bul/bil.28/05/2005-31)

    MINGGU PENYELIDIKAN PERUBATAN & KESIHATAN Ke-VII (2-8 JULAI 2005) [atas]

    Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Pergigian dan UMBI akan mengadakan Bengkel Epidemiologi Klinikal & Kaedah Penyelidikan Perubatan dan Bengkel SPSS. Borang penyertaan kursus boleh didapati:

    Pusat Penyelidikan Perubatan
    Tingkat 1, Blok Klinikal
    Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
    Cheras
    Tel: 03-91703795/3772/3132
    ( Cik Musmarlina Omar)

    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Jun 2005.

    (ewarga/bul/bil.17/05/2005-20)

    Anugerah-Anugerah Khas Kualiti UKM [atas]

    Warga UKM dipelawa menyertai Anugerah-Anugerah Khas Kualiti UKM. Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2005. Sila layari laman web http://www.ukm.my/ppa. Hadiah menarik menanti anda.

    (ewarga/bul/bil.16/05/2005-18)

    Kursus Teknologi Maklumat (Jun) [atas]

    Di maklumkan bahawa pendaftaran Kursus Teknologi Maklumat bulan Jun telah di buka. Pendaftaran boleh dibuat di www.ukm.my/kursusict. Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Tarikh
    Tahun 2005

    Masa
    Kursus

    Tempat
    (Makmal, PK)

    Kumpulan Sasaran
    16/06
    Khamis
    8.00 pagi - 5.00 ptg Klinik Anti Virus Latihan 1 Terbuka kepada semua
    21-22/06
    Selasa - Rabu
    8.00 pagi - 5.00 ptg Bengkel Baikpulih Mikrokomputer - Asas Latihan 1 Terbuka kepada semua
    28-29/06
    Selasa - Rabu
    8.00 pagi - 5.00 ptg Teknologi Maklumat - Lanjutan Latihan 1 Terbuka kepada semua
    30/06
    Khamis
    8.00 pagi - 5.00 ptg Klinik Anti Virus Latihan 1 Terbuka kepada semua

    Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan urusetia Unit Latihan di talian 3026.

    (ewarga/bul/bil.13/05/2005-16)

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Siri Kolokium FTSM pada kali ini akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 24 Jun 2005 (Jumaat)
    Masa : 3.00 petang
    Tempat : Bilik Mesyuarat FTSM (1)

    Tajuk kolokium adalah "INDUSTRIAL GRANT SCHEME (IGS)): NETWORK MANAGEMENT SOFTWARE" yang akan dibentangkan oleh Mr. Hong (Innodium Sdn. Bhd).

    (ewarga/bul/bil.22/06/2005-18)

    Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi UNIKEB Berhad Kali Ke-28 [atas]

    Kepada Semua Anggota Koperasi UNIKEB Berhad

    Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi UNIKEB Berhad Kali Ke-28 akan di adakan seperti berikut:-

    Tarikh: 25 Jun 2005 (Sabtu)
    Masa: 7.30 Pagi (Pendaftaran), 9.00 Pagi (Perasmian)
    Tempat: DECTAR, UKM


    Kepada anggota di Hospital UKM, Cheras & Kampus Kuala Lumpur, sebuah bas disediakan di kedua - dua lokasi untuk pergi dan balik ke DECTAR, UKM.

    Tempat Menunggu (HUKM) : Foyer, Blok Pendidikan
    Tempat Menunggu (KKL) :Foyer Bangunan Pentadbiran
    Masa Bertolak : 7.15 Pagi
    Masa Balik :2.30 Petang

    Sila bawa bersama Kad Anggota dan Buku Laporan Tahunan 2004

    SEMUA ANGGOTA DIJEMPUT HADIR

    (ewarga/bul/bil.20/06/2005-12)

    Mesyuarat Agung Kelab Wanita Ke-21 [atas]

    Tarikh : 25 Jun 2005
    Tempat : Auditorium Hospital Universiti Kebangsaan
    Masa : 9.30 pagi hingga selesai
    (Jamuan tengah hari desediakan)

    Semua ahli Kelab Wanita dari Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Hospital UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.22/06/2005-17)

    Aktiviti Senamrobik Bulanan [atas]

    Semua warga UKM dijemput beramai-ramai ke aktiviti senamrobik bulanan anjuran Unit Sukan Jab. Hal-Ehwal Pelajar.

    Tarikh : 25hb. Jun 2005 (Sabtu)
    Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi
    Tempat : Parking Lot, Berhadapan Foyer Bangunan Pusanika

    Aktiviti senamrobik bulanan ini telah pun mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Pengurusan Universiti (Petikan Minit Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 28/2003 bertarikh 3 September 2003).

    * Kedatangan pada hari tersebut akan dicatat sebagai bukti kehadiran ke aktiviti senamrobik bulanan ini.

    (ewarga/bul/bil.15/06/2005-11)

    Kursus Induksi Bil. 2/2005 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Kursus Induksi Bil. 2/2005 seperti butiran berikut:

    Tarikh Kursus : 13 -23 Jun, 2005
    Tempat Kursus : Dewan Kompleks Bestari, Pusat Komputer, UKM
    Kumpulan Sasaran : Pengurusan & Profesional
    Tarikh Peperiksaan : 25 Jun 2005

    Semua kakitangan lantikan baru yang masih belum menghantar borang permohonan mengikuti kursus ini dikehendaki mengemukakannya segera ke Unit Latihan selewat-lewatnya 6 Jun 2005.

    (ewarga/bul/bil.02/06/2005-01)

    Sesi Motivasi Bersama Pelajar Cemerlang SPM [atas]

    Sesi Motivasi Bersama Pelajar Cemerlang SPM (17A1) Nur Amalina Che Bakri telah ditunda kepada tarikh baru:
    Tarikh : 25 Jun 2005 (Sabtu)
    Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
    Tempat : Kompleks Bestari, Pusat Komputer, UKM.
    Yuran Penyertaan : RM10.00

    Maklumat lanjut sila hubungi Puan Nur Atiqah : 012-2061447 atau 012-6030881, Puan Thuraiyen Nadzrah : 89215020
    Cik Rohaya Umar : 89213864.

    (ewarga/bul/bil.18/05/2005-23)

    KURSUS ANJURAN UNIT LATIHAN BULAN JUN 2005 [atas]

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan kursus-kursus pada bulan Jun 2005 seperti butiran berikut:

    NAMA KURSUS TARIKH
    Jun 2005
    TEMPAT SASARAN KUMPULAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Kursus Pengacaraan Majlis 8 - 9 Equatorial Hotel Pengurusan & Sokongan 1 Jun 2005
    Kursus Penulisan dan Analisa Soal Selidik 15 - 16 Puri Pujangga UKM Kakitangan Bahagian Sumber Manusia dan lain-lain Bahagian yang menguruskan aduan dan maklum balas pelanggan 1 Jun 2005
    Kursus Pengenalan Sistem Maklumat Universiti (SMU) 16 - 17 Kompleks Bestari, Pusat Komputer Pengguna SMU (kakitangan baru) 1 Jun 2005
    Kursus Penyelenggaraan Kenderaan 23 - 25 Akan diberitahu Pemandu 1 Jun 2005

    Sukacita sekiranya Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat mencalonkan kakitangan di bawah pengawasan Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dan mengemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya 1 Jun 2005 untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat seterusnya sila klik untuk pekeliling dan borang atau sila hubungi urusetia ditalian 03 89213026.

    < Surat Pekeliling Kursus >
    < Borang percalonan peserta >

    (ewarga/bul/bil.16/05/2005-17)

    International Conference on Doing Business in Islamic Asia [atas]

    Tempat: Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
    Tarikh: 21 - 23 Jun 2005
    Anjuran: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dan College of Business Administration, Universiti of Hawaii at Manoa,USA
    Warga UKM dijemput menyertai seminar ini.
    Maklumat lanjut, sila lawati laman web: http://pkukmweb.ukm.my/~fep/seminar/islamicasia/

    (ewarga/bul/bil.27/04/2005-47)

    Syarahan Islam Dan Bukan Islam Di Negara China [atas]

    Tarikh: 22 Jun 2005 (Rabu)
    Masa : 9.30 pagi
    Tempat: Bilik Mesyuarat 2, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam
    Syarahan oleh: Profesor Wu Zongyu, Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu,Beijing Foreign Studies University
    Beijing, China
    Anjuran: Jabatan Usuluddin dan Falsafah,Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

    (ewarga/bul/bil.21/06/2005-15)

    Siri Wacana Ilmiah Damai (Dunia Melayu Dan Islam) Bil.05/2005 [atas]

    Satu siri Wacana Ilmiah akan diadakan bertajuk Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu Dalam Konteks Wacana Sunni: Satu Pengamatan Awal

    Tarikh: 21 Jun 2005 (Selasa)
    Masa: 10.00 pg. – 12.30 tgh.
    Tempat: Sudut Wacana ATMA, UKM
    Anjuran: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM


    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 603 8921 5289 / 5280 / 5291 atau layari tapak web berikut: http://www.ukm.my/damai

    Semua dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.20/06/2005-13)

    Majlis Penyerahan Sijil ISO PPS [atas]

    Tarikh :
    17 Jun 2005
    Masa :
    9.30 pagi
    Tempat :
    Pusat Kembangan Pendidikan

    Majlis akan disempurnakan oleh
    Tuan Hj. Abdul Razak Salim, Pengarah Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

    Semua warga UKM dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.16/06/2005-13)

    PINDAAN TARIKH DAN TEMPAT KURSUS PENULISAN DAN ANALISA SOAL SELIDIK [atas]

    Dimaklumkan bahawa kursus Penulisan dan Analisa Soal Selidik yang dijadualkan pada 14 -15 Jun 2005 telah dipinda kepada tarikh dan tempat seperti butiran berikut:

    Tarikh : 15 - 16 Jun 2005 (Rabu - Khamis)
    Tempat : Kelab Rekreasi Universiti (KRU)
    Masa : Tidak berubah

    Pindaan ini dibuat memandangkan terdapat sebilangan peserta kursus di atas terlibat dengan Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari Peringkat IPTA/IPTS 2005 yang dijadualkan pada tarikh yang sama.
    Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Rahmat (3026).

    (ewarga/bul/bil.07/06/2005-05)

    Bengkel Budaya Masyarakat Hebah Kajian Mengenai Pembentukan Masyarakat Jaringan Malaysia [atas]

    Tarikh: 16 Jun 2005
    Masa: 9.00 pagi
    Tempat: Bilik Bankuasi, Aras Dua, Bangunan Canselori,
    Anjuran: Projek IRPA dengan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

    Majlis akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Esekutif, Insitut Penyelidikan Pembangunan Belia dan Sukan, Prof. Dr. Shamsudin A. Rahim

    (ewarga/bul/bil.16/06/2005-12)

    PERTANDINGAN PUISIDRA SAINS KEBANGSAAN KE XVII 2005 [atas]

    Pusat Kebudayaan UKM mengundang semua warga UKM untuk hadir ke Pertandingan Puisidra Sains Kebangsaan ke XVII 2005 yang disertai oleh para pelajar sekolah menengah rendah dari seluruh negara. Pertandingan Puisidra Sains ini adalah anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat pelbagai karya puisi sains menarik dipersembahkan dalam bentuk deklamasi puisi dan lakonan.

    Saringan
    Tarikh : 15 Jun 2005
    Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
    Tempat : DECTAR, UKM

    Akhir
    Tarikh : 16 Jun 2005
    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
    Tempat : DECTAR, UKM

    SEMUA WARGA UKM DIJEMPUT HADIR.

    (ewarga/bul/bil.08/06/2005-06)

    SEMINAR ANTARABANGSA BUDAYA DAN PEMIKIRAN ANTARA NEGARA CHINA DAN MALAYSIA [atas]

    TEMA: Tamadun Islam dalam Budaya dan Pemikiran Global : Melayu dan China
    Tarikh : 8 – 14 Jun 2005.
    Tempat : Beijing Foreign Studies University, Beijing.

    PENGANJUR
    Seminar ini dianjurkan secara bersama antara empat pihak iaitu:

    • Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
    • Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
    • International Research Centre for Culture and Art (IRCICA), OIC
    • Beijing Foreign Studies University, Beijing.

    Untuk makluman warga UKM.

    (ewarga/bul/bil.06/06/2005-04)

    Majlis Syarahan Naib Canselor Sempena 35 Tahun UKM [atas]

    Tajuk: "UKM Penjana Wawasan"

    Tarikh : 14 Jun 2005 (Selasa)
    Masa : 9.00 pagi
    Tempat : DK43.101, Kompleks Bestari, UKM Bangi

    Semua warga universiti dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.10/06/2005-09)

    Kolokium Penyelidikan Siswazah ke - 11[atas]

    Kolokium Penyelidikan Siswazah ke - 11, anjuran bersama Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Siswazah.

    Tarikh : 10 - 12 Jun 2005 (Jumaat hingga Ahad)
    Tempat : Empress Hotel Sepang, Selangor.

    Maklumat lengkap adalah seperti di brosur < klik >
    Tuan/Puan dipersilakan hadir

    (ewarga/bul/bil.25/05/2005-28)

    Makluman Pertukaran No. Telefon Kecemasan, UKM [atas]

    Adalah dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - UKM Bil. 1/2005 telah bersetuju supaya nombor talian kecemasan ditukar kepada nombor yang mudah di ingati. Pertukaran nombor telefon kecemasan bagi UKM, Bangi berkuatkuasa mulai 6 Mei 2005 seperti berikut:

    Pusat Kawalan Keselamatan – 24 jam : 03 - 8921 4666
    Bilik Kecemasan dan Kemalangan, Pusat Kesihatan Pelajar : 03 - 8921 4555
    Bilik Kecemasan dan Kemalangan, Pusat Kesihatan Pelajar (Selepas waktu pejabat) : 012 - 6485541

    No. Telefon Kecemasan bagi Kampus Kuala Lumpur : 03 - 4040 5395 dan HUKM 03 - 9170 2525 TIADA PERUBAHAN.

    (ewarga/bul/bil.09/05/2005-07)

    KONVENSYEN KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA (KMK) KE-10 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Konvensyen KMK Ke 10 peringkat UKM telah diadakan pada 17 Mei 2005 bertempat di Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi. Berikut ialah keputusan rasmi Konvensyen ini:

    KEDUDUKAN NAMA KUMPULAN FAKULTI/BAHAGIAN
    JOHAN PESUMA Jabatan Sumber Manusia, HUKM
    NAIB JOHAN PRISMA Jabatan Radiologi, HUKM
    KETIGA ALCHEMY Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UKM
    SAGUHATI MEDI-PRIMA Jabatan Rekod Perubatan, HUKM
    SAGUHATI CEMERLANG 2 Jabatan Kualiti dan Khidmat Pelanggan, HUKM
    SAGUHATI PERMADI Jab. Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HUKM

    Pihak urusetia mengucapkan tahniah kepada semua kumpulan yang telah menjayakan Konvensyen ini dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan hadir menjayakan Konvensyen ini.

    (ewarga/bul/bil.18/05/2005-22)

    Kursus Pendek Teknik Spektrofotometri Serapan/Pancaran Atom (AAS & ICP-ES) [atas]

    Tarikh : 7-8 Jun 2005
    Tempat: PPSKTM, Fakulti Sains & Teknologi.
    Anjuran : Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan (PPSKTM) & Perkin Elmer

    Hubungi:
    Pn Nurhayati Sulaiman ( yati@pknet.cc.ukm.my) atau
    Prof. Madya Dr Lee Yook Heng (yhl1000@pkrisc.cc.ukm.my)
    Tel:03-89215424
    Fax: 03-89215410

    (ewarga/bul/bil.12/05/2005-13)
    IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT [atas]
    KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK)

    Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Universiti Kebangsaan Malaysia dan HUKM yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan naik pangkat bagi:

    Senarai Jawatan :
    - Pegawai Tadbir N52
    - Pegawai Perubatan U52
    - Pembantu Teknik J38
    - Jururawat U32
    - Juruteknologi Makmal Perubatan U32

    Borang Laporan Nilaian Prestasi Untuk Kenaikan Pangkat, Latar Diri dan Laporan Sulit pemohon hendaklah sampai ke

    Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada atau sebelum 7 Jun 2005.

    < Iklan N52 dan U52 >
    < Iklan J38 dan U32 >

    (ewarga/bul/bil.11/05/2005-09)

    Lawatan Ke Kilang PROTON, Shah Alam Anjuran PERTADI [atas]

    Tarikh : 7 Jun 2005 (Selasa)
    Masa : 8.00 pagi
    Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

    Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan dengan Syarikat Korporat, bertukar-tukar pendapat/idea dengan pihak pengurusan syarikat korporat, memberi pendedahan kepada ahli-ahli mengenai perkembangan industri permotoran di Malaysia dan menjana budaya kerja di syarikat korporat. Ahli-ahli yang ingin menyertai lawatan ini, sila hubungi Aliza bt Mansor di talian 03-91702115 (HUKM). Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang ahli sahaja. Sekian, terima kasih.

    Jabatan Perhubungan Awam
    Hospital UKM

    (ewarga/bul/bil.05/05/2005-02)

    KAJIAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) TAHUN KEWANGAN 2004 [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sedang menjalankan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan berasaskan tahun kewangan 2004. Sukacita juga dinyatakan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) telahpun menghantar kepada semua ketua projek yang tersenarai seperti pada lampiran (klik senarai ketua projek dan tajuk penyelidikan), kesemua sampul surat yang dibekalkan oleh MASTIC, mengandungi maklumat mengenai perkara ini dan no. ID serta password ketua-ketua projek. Pengisian borang kajian ini telah boleh dibuat mulai 26 April 2005 melalui Portal MASTIC, http://www.mastic.gov.my atau terus ke http://indicators.mastic.gov.my/rnd

    Justeru, pihak PPP mohon kerjasama semua penyelidik yang terlibat agar dapat mengisi borang kajian secara online sebelum atau pada 31 Mei 2005. Sekiranya memerlukan keterangan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi “MASTIC survey helpdesk” di talian 03-88858110/ 8111/ 8112/ 8113 atau e-mel kepada survey@mastic.gov.my.

    (ewarga/bul/bil.06/05/2005-05)

    Seminar kawalan infeksi Hospital UKM [atas]

    Tema: "Strengthening Strategies in Confronting Infection Control Challenges"
    Tarikh: 1 - 2 Jun 2005
    Tempat: Auditorium, Hospital UKM

    Untuk maklumat lanjut klik sini atau menghubungi :

    ICN Zurina Mohamad Saleh
    ICN Siti Rokiah Yusof
    ICN Nor Rina Mahawar
    Tel: 03-91702625/91702524
    Fax: 03-91738692

    E-mail: zurinams@mail.hukm.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.15/04/2005-28)

    ANUGERAH KARYA INOVASI SAINTIS (KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI) [atas]
    1. Permohonan untuk anugerah di atas adalah dipelawa daripada para saintis yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang komoditi-komoditi berikut:
      - Sawit, getah, kayu. Koko. Lada hitam, dan Tembakau
    2. Saintis hendaklah menghasilkan penemuan penyelidikan dan pembangunan yang telah menyumbang kepada industri masing-masing.
    3. Permohonan hendakalah mengemukakan manuskrip yang menerangkan projek/program serta sumbangan dan impak kepada industri berkenaan. Butir-butir lanjut mengenai cara permohonan boleh didapati di laman web http://mpob.gov.my
    4. Hadiah berjumlah RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) dan sijil akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.
    5. Permohonan hendaklah di hantar ke:

      ANUGERAH KARYA INOVASI SAINTIS
      D/a Lembaga Minyak Sawit Malaysia
      No. 6, Persiaran Institusi
      43000 Kajang
      Selangor
      (U.P: Timbalan Pengarah)

    6. Tarikh tutup permohonan 31 Mei 2005 (Isnin). Keputusan adalah muktamat.
    (ewarga/bul/bil.06/05/2005-03)

    Persidangan Comparative Education Society Of Asia (CESA) Biennial Conference 2005 Ke-12 [atas]

    Persidangan CESA ke-12 ini adalah anjuran oleh Fakulti Pendidikan, UKM bersama Comparative Education Society for Asia (CESA) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

    Tarikh: 30-31 Mei 2005
    Tempat: Pusat Kembangan Pendidikan, UKM

    Untuk maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman web berikut:
    http://pkukmweb.ukm.my/~cesa2005/

    (ewarga/bul/bil.28/05/2005-32)

    Berita Takziah - Kepulangan Naib Canselor UUM Ke Rahmatullah [atas]

    Al-Fatihah

    Seluruh warga UKM merakamkan takziah kepada warga Universiti Utara Malaysia (UUM) atas pulangnya ke Rahmatullah, Naib Canselor UUM, YBhg. Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd. Fawzi Basri pada 23 Mei 2005 (Isnin). UKM juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

    (ewarga/bul/bil.24/05/2005-26)

    CERAMAH ANJURAN PERTADI DENGAN KERJASAMA PERPUSTAKAAN [atas]

    Ceramah bertajuk “Pelaksanaan Undang-undang Siber Dalam Pentadbiran dan Pengurusan” oleh En. Mohamad Rizal Abdul Rahman, pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM akan disampaikan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut:

    Tarikh: 25 Mei 2005 ( 9.00 pagi )
    Tempat: Aras 2, Bilik Serbaguna, Perpustakaan Tun Seri Lanang

    Semua pegawai pengurusan dan profesional dijemput hadir.

    Maklumat lanjut: abm@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.17/05/2005-19)

    Hari Pengesanan Awal Kanser Serviks Untuk Pemeriksaan Pap Smear [atas]

    Unit Gine Ongkologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi akan menganjurkan hari pengesanan awal kanser serviks untuk pemeriksaan pap smear seperti berikut:

    Tarikh Pendaftaran :
    13 dan 14 Mei 2005 - jam 8.00 pagi -12 thari
    Tarikh Pemeriksaan Pap Smear :
    28 Mei 2005 - jam 8.30 pagi
    Tempat :
    Klinik O&G
    Kriteria : Berkahwin, Umur 25 hingga 65 tahun, belum pernah menjalani ujian pap smear atau melewati tempoh 3 tahun.


    Kepada
    Warga Kompleks Perubatan Cheras dijemput ke program ini.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
    - S/N Nura Ibrahim - 7535 /2621 /2858

    (ewarga/bul/bil.12/05/2005-14)

    Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Sempena Cuti Sekolah [atas]

    Tarikh : 29 Mei 2005 (Ahad)
    Masa : 8.00 Pagi
    Tempat : Bilik Seminar Pusat Islam
    Yuran : Rm 120.00 Sahaja
    Hubungi : 03-8921 5404
    Anjuran : Pusat Islam Ukm Dengan Kerjasama Poliklinik Samsiah Bandar Baru Bangi

    (ewarga/bul/bil.12/05/2005-11)
    Seminar Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional [atas]

    Tarikh : 19 dan 20 Mei 2005
    Tempat: Hotel Palm Garden, Putrajaya

    Anjuran Bersama : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Pusat Pengajian Umum UKM dan Pasukan Penyelidik COLLA, UPM
    Maklumat lengkap adalah seperti brosur "klik".

    (ewarga/bul/bil.06/05/2005-04)

    Siri Kolokium FTSM [atas]

    Siri Kolokium FTSM akan diadakan seperti berikut:
    Tajuk kolokium adalah "MEKANIK QUANTUM DAN PENGIRAAN QUANTUM"
    Penceramah: Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain (Mantan Profesor, Pusat Pengajian Sains Matematik, FST).

    Tarikh : 27 Mei 2005 (Jumaat)
    Masa : 3.00 petang
    Tempat : Bilik Mesyuarat FTSM (1)

    Tuan/Puan dipersilakan hadir

    (ewarga/bul/bil.25/05/2005-29)

    Majlis Syarahan Umum Duta Switzerland [atas]

    Tarikh : 26 Mei 2005 (Khamis)
    Masa : 2.00 ptg
    Tajuk: The Shaping Of A Foreign Policy - The Swiss Experience
    Tempat : Dewan Persidangan, Pusat Kembangan Pendidikan

    Semua warga UKM yang berminat dijemput hadir ke persidangan ini.

    (ewarga/bul/bil.20/05/2005-25)

    Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul [atas]

    Tarikh : 20 Mei 2005 (Jumaat)
    Masa : 12:15 tgh
    Tempat : Jabatan Koleksi Khusus, Perpustakaan Tun Seri Lanang
    Penceramah : Ustazah Siti Salbiah Omar
    Anjuran: SUKMANITA

    Semua dijemput hadir

    (ewarga/bul/bil.19/05/2005-24)


    Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat [atas]

    Permohonan adalah dipelawa daripada Pemandu Kenderaan Bermotor R3 , Atendan Kesihatan U3 dan Pengawal Keselamatan KP11, Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat berikut :

    Jawatan :

    - Pemandu Kenderaan R6
    - Atendan Kesihatan U12
    - Pengawal Keselamatan KP14

    Borang Laporan Nilaian Prestasi Untuk Kenaikan Pangkat, Latar Diri dan Laporan Sulit pemohon hendaklah sampai ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada atau sebelum 21 Mei 2005.

    Klik untuk iklan dan surat pekeliling.

    (ewarga/bul/bil.28/04/2005-48)

    Persidangan antarabangsa
    'The Emerging East Asia Community: Economic & Security Issues'
    [atas]

    Persidangan antarabangsa 'The Emerging East Asia Community: Economic & Security Issues' akan diadakan pada 19 - 20 Mei 2005 (Khamis & Jumaat) jam 8.30am - 8.00pm bertempat di Auditorium, Pusat Kembangan Pendidikan. Persidangan ini adalah anjuran bersama IKMAS & Center for East Asian and Pacific Studies, University of Illinois, Urbana-Champaign, USA. Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tempat adalah terhad.

    Untuk maklumat lanjut dan slip jawapan, layari http://www.ikmas.ukm.my/ikmas05/pdf/conference/2005/may2005.pdf

    (ewarga/bul/bil.07/04/2005-13)
    Kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB) [atas]

    Dimaklumkan bahawa kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB) yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan kerana jumlah yang memohon tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, akan dijadualkan semula pada 9 - 18 Mei, 2005 bertempat di Kompleks Bestari, Pusat Komputer UKM.

    (ewarga/bul/bil.10/04/2005-19)

    KONVENSYEN KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA (KMK) KALI KE-10 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Konvensyen KMK kali ke-10 peringkat UKM seperti berikut:

    Tarikh : 17 Mei 2005
    Masa : 8.15 pagi
    Tempat : Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi.

    Kumpulan yang akan menyertai Konvensyen ini adalah seperti berikut:

    Nama Kumpulan
    Fakulti/Bahagian
    ALCHEMY
    Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UKM
    CEMERLANG 2
    Jabatan Kualiti dan Khidmat Pelanggan, HUKM
    MEDI-PRIMA
    Jabatan Rekod Perubatan, HUKM
    PERMADI
    Jab. Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HUKM
    PESUMA
    Jabatan Sumber Manusia, HUKM
    PRISMA
    Jabatan Radiologi, HUKM

    Semua warga UKM dijemput hadir
    bagi memeriahkan lagi Konvensyen ini.

    (ewarga/bul/bil.12/05/2005-10)
    Taklimat Mengenai Kajian Kebangsaan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Tahun Kewangan 2004 [atas]

    Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Penyelidikan akan mengadakan taklimat Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan berasaskan tahun kewangan 2004 kepada semua penyelidik yang terlibat di UKM. Taklimat ini akan disampaikan oleh pegawai MASTIC bertujuan untuk membantu para penyelidik memahami dengan lebih jelas tatacara pengisian borang kajian melalui kaedah online. Taklimat ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

    Tarikh : 17 Mei 2005 (Selasa)
    Masa : 9.30 pagi – 11.30 tengahari
    Tempat : Dewan Auditorium Siswa, Hal Ehwal Pelajar(HEP), Aras 1, Bangunan PUSANIKA, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Semua penyelidik yang terlibat dijemput hadir dan sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya atau pada 12 Mei 2005 dengan menghubungi Puan Syafura Abdul Halim (89214064) atau e-mail kepada syafura@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.11/05/2005-08)

    Pengumuman Dari Pusat Komputer UKM [atas]

    Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Sistem Maklumat Universiti (SMU) berasaskan Web dan Sistem e-Warga TELAH TIDAK BOLEH DICAPAI bermula dari jam 8.45 pagi ini. Ini disebabkan berlaku kerosakan perkakasan/komponen dalam komputer pelayan tersebut. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan oleh jurutera perkakasan terbabit. Segala kesulitan amatlah dikesali.

    Segala kesulitan amatlah dikesali.

    (ewarga/bul/bil.17/05/2005-21)

    Iklan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Pensyarah Universiti DS52 dan Pensyarah Perubatan DU52 Tahun 2005 [atas]

    Semua Pensyarah Universiti Gred DS45 dan Pensyarah Perubatan Gred DU45 yang layak dan berminat, termasuk yang sedang bercuti belajar, bercuti sabatikal atau yang dipinjamkan ke institusi lain. Tarikh tutup iklan ialah pada 16 Mei 2005.
    Sila hubungi Pn. Norhayati Zainal dan En. Razali Md. Sahlan di ext: 5326.

    (ewarga/bul/bil.06/05/2005-06)

    Hari Mesra Pelanggan Jabatan Sumber Manusia Hukm [atas]

    Jabatan Sumber Manusia HUKM mengadakan Hari Mesra Pelanggan seperti berikut:

    Tarikh :
    14hb Mei 2005 (Sabtu)
    Masa :
    8.30 pagi - 12.00 tengahari
    Tempat :
    Ruang Legar Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar UKM

    Anda
    dijemput hadir untuk bertanyakan sebarang masalah/kemusykilan berkaitan pentadbiran (Pengesahan Jawatan, Kontrak Perkhidmatan, Elaun dan Perubahan Gaji, Perlantikan dan Kenaikan Pangkat, Kursus Induksi dan PTK, Kursus Dalam/Luar Negeri, Persaraan dan Pencen, Cuti & Cuti Belajar dan pertukaran perlantikan).

    (ewarga/bul/bil.12/05/2005-15)


    Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat - Pembantu Tadbir (P/O) N26 [atas]

    Permohonan adalah dipelawa daripada Pembantu Tadbir (P/O) N22 Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat berikut :

    Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N26

    1. Borang Laporan Nilaian Prestasi Untuk Kenaikan Pangkat,
    2. Latar Diri dan Laporan Sulit pemohon hendaklah sampai ke
    Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada atau sebelum 6 Mei 2005 (Jumaat).
    Klik untuk Iklan dan surat pekeliling

    (ewarga/bul/bil.12/04/2005-22)
    SIRI KOLOKIUM FTSM [atas]

    Dimaklumkan bahawa siri Kolokium FTSM akan diadakan pada 6 Mei 2005 (Jumaat) jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat (1), FTSM. Tajuk kolokium adalah "Open Source as Cultural Practice: Social Informatics comes to the Malay World" yang akan dibentangkan oleh David Hakken, Professor of Social Informatics, School of Informatics, Indiana University, Bloomington, IN, USA. Kehadiran tuan/puan dalam kolokium kali ini amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

    <Biography Pembentang>

    (ewarga/bul/bil.05/05/2005-01)

    MAKLUMAN KHAS KEPADA PENYELIDIK [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Unit Inovasi sedang merancang untuk mengadakan "Sesi Taklimat Pra - Pengkomersilan Hasil Penyelidikan UKM" (sesi kedua) kepada pihak MTDC pada bulan Mei/Jun 2005 (sesi pertama telah diadakan pada 2 Februari 2005). Pihak MTDC mempunyai geran iaitu CRDF (Commercialisation of Research and Development Fund) untuk pembangunan prototaip, pilot plant dan projek garaj.

    Sukacita kepada semua Penyelidik yang mempunyai hasil penyelidikan yang berpotensi/sedia untuk dikomersilkan sila isi borang maklumat seperti yang dilampirkan bersama-sama ini.

    Sila serahkan borang yang lengkap diisi ke Unit Inovasi sebelum atau pada 14 Mei 2005. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila telefon Puan Tengku Nor Kirana (Eksekutif Pentadbiran) di sambungan 4437.

    << Borang Mohon Paten >>

    (ewarga/bul/bil.30/04/2005-56)

    Audit Pengawasan Tahun Kedua Pengurusan Peperiksaan Prasiswazah dari SIRIM [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Juruaudit SIRIM (QAS International Sdn. Bhd.) akan melakukan audit pengawasan Pengurusan Peperiksaan Prasiswazah di semua Fakulti Kampus Induk Bangi pada 3 dan 4 Mei 2005. Diharap semua Fakulti dapat memberi kerjasama dan mengambil perhatian berkenaan audit pengawasan ini.

    (ewarga/bul/bil.30/04/2005-55)

    Lawatan Sambil Belajar Ke Planetarium Negara [atas]

    Biro Perpustakaan Kanak-Kanak SUKMANITA akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara pada:

    Tarikh : 14 Mei 2005 (Sabtu)
    Masa : 7.45 pagi
    Tempat : Hadapan DECTAR
    Bayaran :
    - RM 5.00 (Dewasa)
    - RM 3.00 (Kanak-kanak - 7 –12 tahun)

    Tempat adalah terhad (40 orang). Sesiapa yang berminat sila hubungi:
    Cik Rohaya Umar di talian 3939 atau Pn Wan A’sah Wan Abdul Aziz di talian 5848 sebelum 13 Mei 2005.

    (ewarga/bul/bil.29/04/2005-54)

    Membaharui Skim Insuran Berkelompok Kakitangan untuk Tempoh 1 Februari 2005 – 31 Januari 2006 [atas]

    Sekiranya ada di antara kakitangan di Fakulti/Pusat/Institut/ Bahagian yang ingin menyertai atau menarik diri atau ingin menukar kepada skim baru, sila maklumkan ke Jabatan Bendahari sebelum 15 Mei 2005.

    Sila klik untuk maklumat lanjut.

    Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohamed Termizi Othman (samb. 5032) atau En. Kadir Rahmat (samb. 5117).

    (ewarga/bul/bil.29/04/2005-52)

    Permohonan Kursus Anjuran Jabatan Sumber Manusia Secara On-Line [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Latihan, Jabatan Sumber Manusia (UPL) dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kursus bagi kakitangan HUKM. Dalam melaksanakan kursus-kursus berkenaan, UPL sering menghadapi masalah utama iaitu permohonan yang lewat diterima dan tidak menyeluruh untuk semua kakitangan.

    Sehubungan dengan itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, melalui projek KMK, Jabatan ini telah bersetuju untuk mewujudkan Sistem eKursus - Sistem Permohonan Kursus Anjuran Jabatan Secara Online. Justeru itu, Y.Bhg. Prof./Dato'/Datin/Tuan/Puan dikehendaki menggunakan sistem ini bagi mengikuti kursus anjuran JSM, berkuatkuasa mulai 22 April, 2005. Dan sebagai makluman, penggunaan sistem ini adalah dalam peringkat percubaan dan tindakan penyeragaman akan diambil dalam sedikit masa lagi.

    Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Dato'/Datin/Tuan/Puan, sistem ini hanyalah untuk kakitangan HUKM yang ingin mengikuti kursus anjuran JSM, HUKM sahaja. Manakala bagi kursus-kursus anjuran luar perlulah dipohon seperti biasa iaitu menggunakan borang seperti biasa.

    Maklumat lanjut dan permohonan kursus, sila lawati laman web: http://jsm.hukm.ukm.my/sistem/kursus/index.php


    Sekian, terima kasih.

    Jabatan Perhubungan Awam,
    Hospital UKM

    (ewarga/bul/bil.29/04/2005-51)

    MESEJ TERKINI NAIB CANSELOR : National Genome Centre [atas]

    Sukacita dimaklumkan National Genome Centre di UKM telah dilancarkan dengan jayanya oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya International Convention Centre pada 28 April 2005. Warga UKM mengucapkan setinggi- tinggi tahniah dan syabas kepada kumpulan penyelidikan genomik dan biologi molekul di UKM kerana usaha gigih mereka telah mempertingkatkan kedudukan UKM dikalangan penyelidik tempatan dan persada antarabangsa. Detik yang membanggakan ialah apabila teleconferencing secara langsung peralatan dan keupayaan makmal genomik dan biologi molekul di UKM diperagakan sewaktu pelancaran. Kecanggihan dan kewibaan makmal ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

    Pelancaran National Genome Centre ini menunjukkan bahawa strategi penyelidikan UKM berada di landasan yang betul bersesuaian dengan wawasan UKM menjadi universiti penyelidikan.

    Kejayaan menjadi kenyataan kerana usaha gigih bukan seorang individu tetapi milik setiap warga UKM yang menyumbang merealisasikan citra UKM sebagai universiti penyelidikan.

    Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya.

    Prof. Dato' Dr. Mohd. Salleh Mohd. Yasin
    Naib-Canselor
    Universiti Kebangsaan Malaysia

    (ewarga/bul/bil.29/04/2005-50)

    Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat [atas]

    Permohonan adalah dipelawa daripada Pemandu Kenderaan Bermotor R3 , Atendan Kesihatan U3 dan Pengawal Keselamatan KP11, Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat berikut :

    Jawatan :

    - Pemandu Kenderaan R6
    - Atendan Kesihatan U12
    - Pengawal Keselamatan KP14

    Borang Laporan Nilaian Prestasi Untuk Kenaikan Pangkat, Latar Diri dan Laporan Sulit pemohon hendaklah sampai ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada atau sebelum 21 Mei 2005.

    Klik untuk iklan dan surat pekeliling.

    (ewarga/bul/bil.28/04/2005-48)

    International Conference on Doing Business in Islamic Asia [atas]

    Tempat: Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
    Tarikh: 21 - 23 Jun 2005
    Anjuran: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dan College of Business Administration, Universiti of Hawaii at Manoa,USA
    Warga UKM dijemput menyertai seminar ini.
    Maklumat lanjut, sila lawati laman web: http://pkukmweb.ukm.my/~fep/seminar/islamicasia/

    (ewarga/bul/bil.27/04/2005-47)

    Kursus Pendek Gas Kromatografi [atas]

    Tarikh & Masa: 3-4 Mei 2005
    Tempat: Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM Bangi

    Hubungi:
    En. Hasanuddin Saleh/Hj. Mohd Nor Ibrahim
    Tel: 03-89213883
    Fax: 03-89215410
    e-mail: hasan@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.27/04/2005-46)

    Siri Seminar Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt), Fakulti Sains dan Teknologi [atas]

    Tarikh : 4 Mei 2005 ( Rabu)
    Masa : 9.00 pagi
    Tempat : Bilik Seminar G148 Bangunan Sains Biologi, PPBsBt
    Tajuk : "Bridging Our Biotech Graduates Into Industry Readiness"
    Oleh : Prof. Dr. Mohd. Sanusi Jangi
    Semua dijemput hadir.

    (ewarga/bul/bil.23/04/2005-45)

    MAJLIS PERASMIAN DAN WAKTU OPERASI OPTOMETRI UKM KESIHATAN [atas]

    Adalah dimaklumkan bahawa sempena pembukaan Optometri UKM Kesihatan satu majlis perasmian oleh YBhg. Prof. Dato\' Dr. Mohd Salleh Mohd Yasin, Naib Canselor UKM telah diadakan pada 15 April 2005 (Jumaat) bertempat di Optometri UKM Kesihatan, Tingkat Bawah, Hospital UKM.

    Kini Optometri UKM Kesihatan telah dibuka sepenuhnya dan Waktu Operasi Optometri UKM Kesihatan ialah :

    Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
    Sabtu : 8.30 pagi - 5.00 petang
    Sabtu(Pertama&Ketiga), Ahad dan Cuti Umum : Tutup

    Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan Optometri UKM kesihatan sila hubungi Puan Ruzilah atau Puan Augastinar ditalian 03-9170 1706.

    (ewarga/bul/bil.22/04/2005-44)

    UKM Menang Perarakan Kategori IPT Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah/2005 [atas]

    Sukacita dimaklumkam UKM telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah/2005 Masihi di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 21 April 2005. Acara perarakan telah dipertandingkan mengikut beberapa ketegori dan UKM diletakkan di dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi. UKM telah berjaya memenangi tempat pertama kategori Institut Pengajian Tinggi dalam perarakan tersebut. Kemenangan ini menunjukkan UKM berjaya mengekalkan kejuaraan seperti tahun lepas. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua yang telah mewakili UKM dalam perarakan tersebut.

    (ewarga/bul/bil.22/04/2005-43)

    Aplikasi e-Warga [atas]

    Aplikasi e-Warga adalah aplikasi web bersepadu yang memudahkan warga UKM untuk mencapai pautan ke aplikasi web & sistem web yang tersedia di UKM ini.

    Ciri utama ‘Single Sign-on’ membolehkan warga UKM mencapai masuk ke mana-mana aplikasi web dengan hanya sekali pengesahan Kod Pengenalan & Katalaluan.

    Berperanan sebagai pusat setempat warga UKM dan pelanggan luar (pesakit HUKM & pembekal) mencapai dan mengemaskini maklumat melalui aplikasi web di UKM.

    Alamat laman web http://www.ukm.my/warga.

    (ewarga/bul/bil.20/04/2005-40)

    Sesi Bersama Pelajar Cemerlang SPM (17A1) [atas]

    Persatuan Wanita UKM (SUKMANITA) dengan kerjasama Kolej Ibu Zain akan mengadakan Sesi Bersama Pelajar Cemerlang SPM (17A1), Nur Amalina Che Bakri: Rahsia Mengecapi Kecemerlangan Akademik pada 22 Mei 2005 jam 8.00 pagi bertempat di Kompleks Bestari, Fakulti Pendidikan. Sesi ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah. Tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut dan borang sila hubungi 012 2061447 / 012 6030881 atau sila klik <Brosur m.s. 1> <Brosur m.s.2>

    (ewarga/bul/bil.20/04/2005-39)
    Keputusan Audit Pematuhan Persijilan ISO Pengurusan Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia [atas]

    Pasukan Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah memperakukan bahawa Pengurusan Pengajian Siswazah UKM layak dianugerahkan Sijil ISO 9001:2000. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama erat secara langsung atau tidak langsung kepada pihak pengurusan Universiti dalam usaha memperoleh persijilan ini.

    (ewarga/bul/bil.19/04/2005-38)

    KENAIKAN PANGKAT KE GRED 52 [atas]


    Pihak Universiti merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai-Pegawai Pentadbiran Universiti yang telah dinaikkan pangkat ke Gred 52 seperti berikut:

    Ketua Penolong Pendaftar Kanan (N52) berkuatkuasa mulai 7 Mac 2005

    1. Puan Asmahan Musa
      Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
    2. Encik Abdul Aziz Abu Bakar
      Pejabat Timbalan Pendaftar, HEP
    3. Puan Kiftiah Abdul Razak
      Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
    4. Puan Padlon Yahya
      Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa
    5. Encik Abdul Razak Hussin
      Pejabat Dekan, FSSK

    Pustakawan (S52) berkuatkuasa mulai 13 Mac 2005

    1. Encik Abu Bakar Maidin
      Perpustakaan Tun Seri Lanang
    2. Puan Thuraiyen Nadzrah Mohd Ghazali
      Perpustakaan Tun Seri Lanang
    (ewarga/bul/bil.19/04/2005-32)

    Kursus-Kursus Anjuran Unit Latihan Bulan Mei 2005 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan kursus- kursus bagi bulan Mei , 2005 seperti butiran berikut:

    i) Nama Kursus : PENGURUSAN KRISIS
    Tarikh Cadangan : 5 - 6 Mei, 2005
    Kumpulan Sasaran : Pengurusan & Profesional ( Gred 41 - 48)
    Tarikh Tutup Permohonan: 23 April, 2005

    ii) Nama Kursus : ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN
    Tarikh Cadangan : 9 - 12 Mei, 2005
    Kumpulan Sasaran : Sokongan (keutamaan Pengawal Keselamatan)
    Tarikh Tutup Permohonan: 23 April, 2005

    iii) Nama Kursus : KECERMELANGAN KAKITANGAN
    Tarikh Cadangan : 26 - 28 Mei, 2005
    Kumpulan Sasaran : Sokongan ( keutamaan PAR & Pemb. Tadbir)
    Tarikh Tutup Permohonan: 6 Mei, 2005

    Pekeliling kursus telah dihantar kepada Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian masing-masing. Kakitangan yang berminat sila berhubung dengan Penolong Pendaftar Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian masing-masing dan hanya kakitangan yang dipilih oleh Unit Latihan sahaja akan ditawarkan. Borang penyertaan boleh juga diperolehi daripada laman WEB ini. Sila klik Borang Pencalonan Peserta Kursus. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Kursus: En. Rahmat (3026) atau En. Saidi (5146).

    (ewarga/bul/bil.18/04/2005-31)

    Seminar kawalan infeksi Hospital UKM [atas]

    Tema: "Strengthening Strategies in Confronting Infection Control Challenges"
    Tarikh: 1 - 2 Jun 2005
    Tempat: Auditorium, Hospital UKM

    Untuk maklumat lanjut klik sini atau menghubungi :

    ICN Zurina Mohamad Saleh
    ICN Siti Rokiah Yusof
    ICN Nor Rina Mahawar
    Tel: 03-91702625/91702524
    Fax: 03-91738692

    E-mail: zurinams@mail.hukm.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.15/04/2005-28)

    Elsevier: SCOPUS [atas]

    Satu lagi produk terbaru dari Elsevier: SCOPUS. Pangkalan data ini boleh diakses secara percuma di alamat http://www.scopus.com. Indeks kepada lebih dari 14,000 judul jurnal di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuk sains, teknikal, perubatan dan sains sosial. Mempunyai abstraks kepada artikel sejak tahun 1966 hingga kini. Ada pautan kepada teks penuh bagi jurnal terbitan Elsevier. 'Cited References' juga disediakan. Tempoh percubaan tamat pada hujung September 2005. Sila berikan maklumbalas kepada Puan Lela Ruzma di talian 5126 atau e-mel lela@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.14/04/2005-27)

    Taklimat Sistem Maklumat Unit Instrumentasi,Pusat Pengurusan Penyelidikan – UKM [atas]

    Tarikh : 7 April hingga 5 Mei 2005
    Tempat : Disekitar Kampus UKM
    Sasaran : Semua kakitangan akademik dan sokongan, pelajar pra-siswazah dan siswazah UKM

    Pengisian :

    • Pendaftaran Sistem UI
    • Tempahan
    • Perkhidmatan Analisis
    • Kos Analisis
    • dan lain-lain

    Untuk maklumat lanjut sila klik atau menghubungi :
    Encik Sahak Sariman
    Tel: 89213506, Fax: 89254550
    e-mail: sahak_s@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.14/04/2005-25)
    Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat - Pembantu Tadbir (P/O) N26 [atas]

    Permohonan adalah dipelawa daripada Pembantu Tadbir (P/O) N22 Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat berikut :

    Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N26

    1. Borang Laporan Nilaian Prestasi Untuk Kenaikan Pangkat,
    2. Latar Diri dan Laporan Sulit pemohon hendaklah sampai ke
    Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada atau sebelum 6 Mei 2005 (Jumaat).
    Klik untuk Iklan dan surat pekeliling

    (ewarga/bul/bil.12/04/2005-22)
    Kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB) [atas]

    Dimaklumkan bahawa kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB) yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan kerana jumlah yang memohon tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, akan dijadualkan semula pada 9 - 18 Mei, 2005 bertempat di Kompleks Bestari, Pusat Komputer UKM.

    (ewarga/bul/bil.10/04/2005-19)
    Persidangan antarabangsa
    'The Emerging East Asia Community: Economic & Security Issues'
    [atas]

    Persidangan antarabangsa 'The Emerging East Asia Community: Economic & Security Issues' akan diadakan pada 19 - 20 Mei 2005 (Khamis & Jumaat) jam 8.30am - 8.00pm bertempat di Auditorium, Pusat Kembangan Pendidikan. Persidangan ini adalah anjuran bersama IKMAS & Center for East Asian and Pacific Studies, University of Illinois, Urbana-Champaign, USA. Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tempat adalah terhad.

    Untuk maklumat lanjut dan slip jawapan, layari http://www.ikmas.ukm.my/ikmas05/pdf/conference/2005/may2005.pdf

    (ewarga/bul/bil.07/04/2005-13)
    Pertukaran Nama Jawatan Timbalan-Timbalan Naib Canselor UKM [atas]

    Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.2/2005 pada 26 Februari 2005 telah bersetuju menerimapakai keputusan Mesyuarat YB Menteri Pengajian Tinggi dengan Naib-Naib Canselor/Rektor Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengenai penstrukturan semula tugas-tugas Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor IPTA ke arah membentuk satu sistem pengurusan yang lebih dinamik dan mampu bersaing untuk menghadapi cabaran serta harapan daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa di samping meningkatkan lagi prestasi, imej, pengiktirafan dan kualiti Universiti.

    Selaras dengan keputusan tersebut, pertukaran nama jawatan Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti ini disesuaikan berkuatkuasa mulai 1 April 2005 seperti berikut:

    NAMA JAWATAN ASAL NAMA JAWATAN BARU
    Timbalan Naib Canselor
    (Hal -ehwal Akademik)
    Timbalan Naib Canselor
    (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa)
    Timbalan Naib Canselor
    (Hal-ehwal Pembangunan)
    Timbalan Naib Canselor
    (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
    Timbalan Naib Canselor
    (Hal-ehwal Pelajar)
    Timbalan Naib Canselor
    (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)
    (ewarga/bul/bil.04/04/2005-5)

    KEWAJIPAN MENGISYTIHARKAN HARTA OLEH PEGAWAI AWAM MENURUT AKTA BADAN-BADAN BERKANUN [atas]
    (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605)

    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam suratnya bertarikh 29 Disember 2004 memutuskan supaya semua pegawai awam mengemaskini perisytiharan harta masing-masing selaras dengan usaha untuk memelihara dan mempertingkatkan tahap integriti perkhidmatan awam. Bagi melaksanakan matlamat tersebut, semua pegawai awam dikehendaki membuat perisytiharan harta berdasarkan keadaan berikut:

    i) Pengisytiharan Harta Kali Kedua

    Pegawai yang telah mengisytiharkan harta melebihi tempoh lima tahun hendaklah mengisytiharkan harta untuk kali kedua. Pegawai bolehlah menyemak tarikh pengisytiharan harta sebelum ini di dalam Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) dan membuat pengisytiharan harta untuk kali kedua menggunakan borang seperti di LAMPIRAN A.

    Borang yang telah lengkap diisi dan diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dikemukakan ke Unit Tatatertib dan Perundangan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar bagi tujuan kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib sebelum atau pada 30 April 2005.

    Kegagalan mana-mana pegawai mematuhi arahan ini akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Noor Hazira sambungan telefon 5179. << Borang >>

    (ewarga/bul/bil.04/04/2005-4)

    PEMBAYARAN MELALUI KAD KREDIT [atas]

    Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2005, sebarang pembayaran di Kaunter Bayaran Paras Satu, Jabatan Bendahari boleh dibuat menggunakan kad kredit.

    Bagi Kaunter-Kaunter Penerimaan yang lain iaitu Kaunter Penerimaan di Pusat Pengajian Siswazah, Kaunter Penerimaan di Jabatan Bendahari Zon Kuala Lumpur dan Kaunter Penerimaan di Fakulti Perubatan Cheras, penggunaan kad kredit akan dilaksanakan mulai 15 April, 2005.
    (ewarga/bul/bil.01/04/2005-1)

    PERSIDANGAN ANTARABANGSA KESULTANAN MELAYU NUSANTARA [atas]
    Sejarah dan Warisan
    "MEMUPUK WARISAN DAN TRADISI BANGSA BERAJA"

    Anjuran : Lembaga Muzium Negeri Pahang dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM

    Tarikh : 8 - 11 Mei 2005
    Tempat : Hotel Vistana Kuantan, Pahang Darul Makmur.
    (ewarga/bul/bil.31/3/2005-28)


    Pertandingan Rekacipta Laman Web sempena Sambutan Ulangtahun 35 UKM [atas]

    Jawatankuasa Pertandingan Rekacipta Perisian telah mengenalpasti empat jenis pertandingan yang akan dijalankan bagi empat kumpulan sasaran iaitu:

    1. Pertandingan laman web Fakulti/Bahagian/Pusat/Institut UKM versi Bahasa Melayu
    2. Pertandingan laman web Fakulti/Bahagian/Pusat/Institut UKM versi Bahasa Inggeris
    3. Pertandingan portal web akademik/bukan akademik untuk kakitangan UKM
    4. Pertandingan laman web Persatuan/Kelab/Kolej UKM

    Tarikh - tarikh penting :

    1 April 2005 Pendaftaran menyertai pertandingan laman web dibuka
    1 Jun 2005 Pendaftaran penyertaan di tutup
    1 Ogos 2005 Pengadilan mula dijalankan
    15 Sept 2005 Pengadilan di tutup dan pemenang akan diumumkan pada masa yang ditentukan.

    Maklumat lanjut sila layari laman http://www.ukm.my/ukm35/tandingweb.htm.
    Sebarang pertanyaan sila emel ke alamat jpweb35@pkrisc.cc.ukm.my

    (ewarga/bul/bil.30/3/2005-27)
    PENGGUNAAN KEPALA SURAT SAMBUTAN 35 TAHUN UKM [atas]

    Bersesuaian dengan sambutan Ulang Tahun ke 35 UKM, pihak pengurusan Universiti memohon supaya semua Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian menggunakan kepala surat berkenaan sepanjang tahun 2005.

    Kepala surat berkaitan telah disediakan seperti berikut:

    i.

    Dalam Bahasa Malaysia
    (berwarna)

    - digunakan untuk surat rasmi dengan pihak luar UKM
    ii. Dalam Bahasa Inggeris
    (berwarna)
    - digunakan untuk surat rasmi Bahasa Inggeris dengan pihak luar UKM
    iii. Dalam Bahasa Malaysia
    (hitam/putih)
    - digunakan untuk surat menyurat dalam UKM

    Pihak Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian diminta untuk mengambil kepala surat (i) dan (ii) yang telah dicetak di pejabat Pusat Penerbitan dan Pencetakan (PP&P) mulai 18 Mac 2005. Bagi kepada surat (iii) contohnya boleh dicetak dengan klik.

    (ewarga/bul/bil.29/03/2005-25)
    Soalselidik E-Learning UKM Untuk Kakitangan Akademik [atas]

    Satu soalselidik mengenai e-learning sedang dijalankan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan e-learning di UKM. Soalselidik ini adalah berbentuk elektronik dan boleh dicapai disini. Kerjasama semua kakitangan akademik unutk menjawab soalselidik ini amat dihargai.

    (ewarga/bul/bil.27/1/2005-21)

    Kursus-Kursus Anjuran Unit Latihan Bulan April 2005 [atas]

    Dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan kursus- kursus bagi bulan April, 2005 seperti butiran berikut:

    i) Nama Kursus : PENULISAN SURAT, KERTAS KERJA DAN MINIT MESYUARAT
    Tarikh Kursus : 19 - 20 April, 2005
    Kumpulan Sasaran : Pengurusan & Sokongan
    Tarikh Tutup Permohonan: 4 April, 2005

    ii) Nama Kursus : ASAS PENGURUSAN KEWANGAN
    Tarikh Kursus : 28 - 30 April, 2005
    Kumpulan Sasaran : Pengurusan & Profesional
    Tarikh Tutup Permohonan: 11 April, 2005

    Pekeliling kursus telah dihantar kepada Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian masing-masing. Kakitangan yang berminat sila berhubung dengan Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian masing-masing dan hanya kakitangan yang dipilih oleh Unit Latihan sahaja akan ditawarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Kursus: En. Rahmat (3026) atau En. Saidi (5146).
    (ewarga/bul/bil.23/03/2005-19)

    Ujian Kendiri Kemahiran ICT [atas]
     

    Ujian Kendiri Kemahiran ICT kini dibuka bagi tujuan kajian rintis. Warga UKM dipelawa mencuba ujian ini melalui laman web http://www.ukm.my/uict.

    (ewarga/bul/bil.28/2/2005-36)
    PINDAAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN CUTI BELAJAR DI BAWAH BIASISWA SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB) [atas]
     

    Sukacita memaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) melalui suratnya yang bertarikh 26 Januari 2005 telah menetapkan beberapa pindaan syarat-syarat permohonan cuti belajar di bawah biasiswa SLAB berkuat kuasa mulai tawaran tahun 2005 ini. Syarat-syarat berkenaan adalah seperti butiran berikut:

    i. Had umur maksimum calon bagi mengikuti pengajian Sarjana adalah tidak melebihi 35 tahun dan 40 tahun bagi pengajian Doktor Falsafah;

    Calon Cuti Belajar (Luar Negara)

    ii. Calon perlu lulus syarat Bahasa Inggeris dengan skor minimum TOEFL 600 (paper- based) dan 240 (computer-based) atau IELTS 6.5;

    iii. Bagi pasangan yang mengiringi calon yang ke luar negara akan dikenakan Tapisan Keselamatan dengan mengisi Borang Soalan Keselamatan (AM 480-Pin 2/88); dan

    iv. Calon dikehendaki mengemukakan sijil Kursus Kenegaraan yang dikeluarkan oleh pihak BTN. Permohonan yang tidak disertakan sijil akan diluluskan tawaran cuti belajarnya secara bersyarat.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi: Ketua Penolong Pendaftar, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di sambungan 5008/5089.

    (ewarga/bul/bil.15/2/2005-7)

    PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (PPC) 2004 OLEH PELAJAR [atas]
     

    Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat diminta memberikan kerjasama supaya mengedarkan Borang PPC kepada pelajar Tahun 3 dua minggu sebelum Semester II Sesi 2004/2005 berakhir. Borang PPC yang telah diisi oleh pelajar hendaklah dikumpulkan untuk penilaian Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat masing-masing. Tarikh tutup pencalonan Anugerah Pengajar Cemelang (APC) di peringkat Fakulti/Pusat ialah pada 30 Jun 2005. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penolong Pendaftar/Urusetia Anugerah Khas Kualiti UKM di PPA samb. 3885.
    Klik "Borang Pencalonan".

    (ewarga/bul/bil.4/2/2005-4)
    PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM SEMASA BEKERJA PADA HARI SABTU [atas]
     
    Pihak pengurusan Universiti berharap semua kakitangan UKM memakai baju batik buatan Malaysia berlengan panjang dan berkolar bagi kakitangan lelaki dan pakaian batik yang bersesuaian bagi kakitangan wanita pada setiap hari Sabtu, kecuali mereka yang dikehendaki memakai pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain. Tarikh Kuatkuasa Pekeliling ini ialah mulai 2 Januari 2005.

    Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Pekeliling Pendaftar Bil. 4/2004
    (ewarga/bul/bil.17/12/2004-19)