Prosidur
: Kakitangan | Pelajar
Kakitangan [atas]
- Pra-syarat Permohonan Tapak Web UKM
- 1.1. Kakitangan
a. Permohonan tapak web dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh laman web akan digunakan.
b. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman http://www.ukm.my/daftarweb
c. Pemohon telah mempunyai alamat e-mel rasmi universiti seperti berikut:-
i. @ukm.edu.my
ii. @ppukm.edu.my
d. Setiap kategori tapak web hanya boleh dipohon sekali sahaja.
e. ID tapak web dipilih oleh pengguna sendiri selagi tidak digunapakai oleh pengguna lain.
f. Pelayan web terpusat hanya menyokong :
i. Pengaturcaraan web :-
- Hypertext Markup Language (HTML)
- PHP Hypertext Preprocessor (PHP)
- PHP Wordpress Blog Script
- Microsoft ASP.Net
- Microsoft SharePoint
ii. Pangkalan data :-
- Microsoft Access
- Microsoft SQL Server
- MySQL
g. Selepas 2 hari, pemohon boleh membuat semakan kelulusan secara atas talian di alamat http://www.ukm.my/daftarweb.
Pelajar [atas]
- 1.2 Pelajar
a. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi kepada
Pengarah, PTM UKM.
b. Pautan yang perlu ada dalam laman utama web persatuan pelajar :
i. Laman Web Universiti : http://www.ukm.my
ii. Buletin e-Pelajar : http://www.ukm.my/epelajar
iii. Hal-Ehwal Pelajar : http://www.ukm.my/hep
iv. Persatuan Mahasiswa (PMUKM) : http://www.ukm.my/pmukm
v. Alamat e-mel persatuan dengan menggunakan alamat e-mel rasmi universiti. ( Permohonan e-mel rasmi persatuan perlu dibuat melalui surat dengan sokongan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar kepada Pengarah PTM UKM. )
- 1.3. Permohonan hanya akan diluluskan jika alamat ip yang dipohon berada di dalam lingkungan kawasan UKM (UKM Bangi, UKM Kampus KL dan Pusat Perubatan UKM) sahaja.
-
Pra-syarat Penggunaan Tapak Web UKM
- 2.1. Ruang tapak web yang diberi hendaklah digunakan untuk kategori yang dipohon. Sekiranya tidak, kebenaran pemusatan tapak web akan ditarik balik serta merta
- 2.2. Tapak web yang tidak aktif iaitu yang tidak mempunyai sebarang kandungan atau tidak dikemaskini selama setahun dari tarikh permohonan, akaun tapak web tersebut akan ditamatkan. Sekiranya perkhidmatan tapak web ingin digunakan semula, pemohon perlu membuat permohonan baru.
- 2.3. Ruang yang diperuntukkan adalah 1GB. Untuk peruntukan tambahan hendaklah memohon secara rasmi dengan menulis surat kepada Pengurus Bahagian Pangkalan Data,Pelayan dan Storan, PTM UKM atau menghantar e-mel ke alamat kbpd@ukm.edu.my, adminweb@ukm.edu.my dengan menyatakan peruntukkan tambahan yang diperlukan beserta alasan.
Pengarah,
Pusat Teknologi Maklumat,
UKM, Bangi.
|